Jangan ingat mengundi dalam sesuatu pilihanraya umum atau kecil tidak ditanya oleh Allah subha nahu wataala nanti. bermkana kalau sekiranya kita salah pilih maka berdosalah. Jika betul pilihanraya kita maka dapat pahalalah kita.
Kita kena ingat. dosa mengundi bukan dosa kecil. Tapi ianya adalah dosa besar. Jika dosa besar, hukumnya masuk neraka selepas mati nanti dan dunia ini salah buat boleh jadi "kafir". Sebab itu kita yang mengaku Islam kena ingat.
Ingat bahawa mengundi ini ada dosa dan pahala yang alangkah baiknya jika kita undi parti yang diredhai oleh Allah. Dapat pahala yang menjanjikan kita masuk syurga selepas mati nanti. Itulah adalah janji Allah Subha nahu wataala.
Jangan jadi macam orang kafir tidak ada pahala dan dosa. Mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Tapi kita orang yang mengaku Islam ada dosa dan pahala selepas mati nanti akan ditanya segala kegiatan semasa hidup didunia. Akhirat akan jadi penentu kemana akan perginya kita.
Di manakah tempat yang akan ditempatkan oleh Allah subha nahu wataala? Ke neraka atau ke syurga. Jangan ingat kita akan dilepaskan sepertimana janji Allah terhadap haiwan (orang utan) dia tidak ditanya. Tapi kita manusia.Lebih-lebih lagi mengaku beragama Islam.
Alangkah malangnya kita jika kita undi umno yang jelas menolak undang-undang Islam dijadikan undang-undang negara, sedang Allah subha nahu wataala telah menyatakan sesiapa yang tolak hukum hakam Allah mereka adalah "kafir", "zalim" dan "fasik".
Ingat undi umno/BN dosa besar. Dr. Mohd Asri Zainal Abidin mufti kerajaan perlis dalam satu kenyataan media (sinaran harian) berkata: "mengundi ada dosa dan pahala." oleh itu apa yang pernah disebut oleh orang pas berkaitan dengan dosa undi umno/BN itu bukan rekaan, tetapi ianya suatu realiti yang jelkas telah ditetapkan oleh Allah agar segala apa yang dilakukan oleh orang Islam yang mengaku beriman itu tidak sia-sia.
Ingat dosa dan pahala. Jangan jadi macam orang umno hidup dengan budaya "melentang patah" sehingga boleh buat apa sahaja yang diharamkan oleh Allah. "Rasuah" jadi budaya hidup mereka. "Minum arak" minuman harian mereka, "judi" adalah hobi mereka. "Zina" semacam halal bagi mereka (tak kira siapa). pendek kata mereka tidak pernah ambil kira halal dan haram dan dosa dan pahala.hiup macam orang kafir.
Apabila diberi mandat memerintah negara mereka salahgunakuasa, menyeleweng, tidak amanah. Bukan setakat itu sahaja, mereka tipu rakyat dengan segala bentuk penipuan, termasuk yang bergelar ulama' sanggup tipu rakyat berbohong kepada rakyat dengan katanya jika harga minyak diturun rakyat "sengsara" dan negara akan jadi "bangkrap".
Mereka tidak sedar kerajaan yang diperintah hanya tunggu masa untuk muflis dan rakyat sedang sengsara akan merana buat selama-lamanya kerana wang negara dibazirkan denagn sewenang-wenangnya.
No comments:
Post a Comment