Friday, February 29, 2008

Kalau kita biarkan umno/BN memerintah, negera ini akan bangkrap


Semasa berkempen Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak berpakat menghukum parti pembangkang dengan berkata: “jika pembangkang memerintah negeri ini akan “hancur”.

Ini mengambarkan parti lain selain daripada parti umno/BN tidak mampu memerintah. Jika diberi mandate memerintah Negara Malaysia yang aman, maju dan makmur konon akan hancur.

Bukan setakat itu sahaja kedua-dua orang ketua Negara itu berkata. Malah dia turut berkata: “jika harga minyak di turunkan sudah pasti rakyat akan “sengsara” dan Negara akan “bangkrap”.

Itulah hukuman yang dijatuhkan tanpa menyedari yang rakyat malsysia sekarang ini hidup sengara dan Negara hanya tunggu masa sahaja untuk jadi “bangkrap”. Bukan setakat Negara akan jadi bangkrap, malah akan “tergadai”.

Negeri Johor hamper separuh sudah dijaul kepada Singapura,. Wilayah pembangunan Iskandar (wpi) yang sedang dalam proses untuk dijual kepada Singapura, Thailand. Korea dan China.

Kita hanya tunggu masa sahaja untuk melihat nagara ini “tergadai” jika umno/BN diberi mandate memerintah dalam musim pilihanraya umum ke 12 ini. Percayalah. Kerana kesemua pemimpin yang ada sekarang ini mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi segala-galanya.

Bukan setakat itu sahaja mereka sedang mengujudkan “dinasti” dan mengumpulkan seberapa banyak yang boleh tanpa menyedari rakyat “sengsara” Negara akan “bangkrap”.

Seperkara lagi yang menyedihkan kita yang kedua ketua Negara ini sering berkata: “UMNO membela Malayu” tanpa menyedari segala tindak tanduknya kelihatan dengan jelas bahawa umno “pengkhianat” orang Melayu.

Mana tidaknya? Orang Melayu semakin hari semakin “susah” hidup kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Yang kayaraya hanya para pemimpin. Mereka bukan sahaja kayaraya, malah terlalu “rakus” mengaut keuntungan diri setelah diberi kuasa.

Jadi jika kita beri mandate kepada umno/BN berkuasa semula dalam musim pilihanraya umum ke 12 ini bermakna kita setuju Negara jandi bangkrap. Kita setuju rakyat sengsara kita setuju Negara tergadai.

No comments: