Mustahil orang Islam tidak marah dengan isu agama tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah. Hendak kata orang Islam marah tapi setakat hari ini belum ada satu tulisan pun yang menyanggah pendapat itu.
Berdasarkan fakta ini sah orang Islam tidak marah dengan isu sensitif itu. Hendak kata mereka tidak tahu mustahil, kerana isu itu disiar oleh Mingguan
Atas sebab itulah saya terpanggil untuk menulis dan menyanggah pendapat yang dikemukakan oleh Syed Ali Tawfik AlAttas, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia ( IKIM).
Saya sangat tersentuh dengan pendapat seumpama itu, walaupun beliau ada hujah. Walau bagaimanapun hujah itu tidak boleh dipakai kerana tanggungjawab kerajaan mengatasi tanggungjawab ibu bapa dalam semua perkara, termasuk dalam soal agama dan akidah.
Jadi amat tidak patut seorang yang masih ada agama mengatakan agama tidak perlu diajar sebagai mata pelajaran di sekolah. Yang paliknya mata pelajaran akhlak dan moral wajar di ajar di sekolah.
Akhlak dan moral datang dari agama. Agamalah yang membuat seseorang itu ada akhlak dan moral. Orang yang tiada agama mustahil dia ada akhlak dan moral. Kalau mereka ada akhlak dan moral mereka tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama-agama samawi
Berkenaan hujah Dr. Syed Ali Tawfik, Ketua pengarah IKIM yang berbunyi “secara peribadi saya berpendapat bahawa agama, khasnya akidanya, tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah” suatu yang sangat mengelirukan.
Malangnya setakat hari ini belum ada sebarang tulisan yang bersifat menyanggah hujah yang melampau itu.bermakna peratus umat Islam yang setuju dengan pendapat itu adalah tinggi. Jadi orang Islam sendiri bersetuju mata pelajaran agama tidak wajar diajar di sekolah.
Saya secara peribadi sangat sensitif dengan pendapat seumpama ini, kerana Dr Syed Ali Tawfik seorang Islam dan ketua pengarah institut kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang berperanan secara langsung dengan misi dan visinya ialah untuk memberi kefahaman Islam kepada rakyat negara ini.
Saya tidak faham malah menjadi lebih keliru dengan pendapat seumpama itu. Kalau sekiranya orang bukan Islam berkata demikian, tidak mengapalah. Tapi pendapat itu terbit dari mulut seorang yang bernama Islam yang dipertanggungjawabkan untuk memberi kefahaman Islam kepada rakyat negara ini, tiba-tiba bertindak berlawan arus dengan kerasionalannya .
Ingin saya ulangi lagi bahawa tidak mengapalah jika orang bukan Islam berpendapat demikian, Kerana sememangnya ajaran agama Islam ini bertentangan dengan prinsip hidup mereka. Al-Quran telah menjelaskan kepada kita bahawa orang bukan Islam musuh Allah. Adalah wajar mereka menentang sekeras-kerasya akan mata pelajaran agama diajar di sekolah.
Kita tidak hairan,Tapi sangat
Betullah ajaran agama itu tugas bapa, tetapi bapa nombor satu ada dalam sesebuah negara iaitu kerajaan yang memerintah dan layak mengambil alih tugas serta berperanan untuk mendidik rakyatnya supaya ajaran agama itu sampai kepada rakyatnya.Tanpa agama kerajaan akan porak peranda.
Terpulanglah kepada rakyat bukan Islam hendak belajar atau tidak. Ia tidak dijadikan mata pelajar wajib kepada orang bukan Islam. Tetapi menjadi fardhu ain kepada semua orang Islam. Diwajibkan.Oleh yang demikian orang bukan Islam tetap merasa bimbang dengan ajaran agama Islam di sekolah. Orang bukan Islam wajar bimbang. Tiada sebab orang Islam sendiri turut bimbang. Dimana rasionalnya.
Yang anehnya orang Islam juga turut menaruh kebimbangan sama. Inilah yang tidak kena menurut persepktif Islam.Hendak kata Dr. Syed Ali Tawfik Al Attas salah faham dengan Islam agak mustahil kerana beliau seorang DR yang diamanahkan oleh pihak kerajaan untuk memberi kefahaman Islam kepada semua rakyat negara ini. Dan tidak harus sama sekali ujud kekeliruan Islam.
Yang paling malangnya orang Islam sendiri yang tidak setuju mata pelajaran agama Islam diajar di sekolah dengan alasan tugas itu adalah tugas ibu bapa. Betul begitu. Tapi tanggungjawab kerajaan yang memerintah lebih besar lagi berbanding tugas ibu bapa, kerajaan ada kementerian pelajaran yang dipertanggungjawab untuk mendidik rakyatnya bagi melahirkan modal insan yang sempurna sebagai aset penting negara.
Disini dapatlah saya buat kesimpulan bahawa seolah-olah kerajaan yang memerintah tidak ada kena mengena dengan agama, wal hal ini tugas sesebuah kerajaan disamping tugas utama mengajar agama ini diletakkan diatas bahu ibu bapa ialah menghantar anak-anak belajar agama di sekolah yang sedia ada.
Ibu bapa tidak layak memikul tagus kerajaan. Cuma ia boleh dan akan mengendalikan instutusi kecilnya sepertimana yang dijelaskan Al-Quran: jagalah diri kamu, anak-anak dan keluargamu dari api nereka.
Dr. Syed Ali Tawfik Al Attas salah faham dengan ayat Al-Quran yang diatas ini. Jaga tidak bermakna tugas mengajar agama diajar sendiri oleh ibu bapa. Jaga memberi “makna” ibu bapa bertanggungjawab sama ada hendak mengajar sendiri atau menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau intitusi lain yang diwujudkan baik oleh kerajaan atau pihak swasta.
Seperkara lagi pendidikan mempunyai dua bahagian. Pertama, yang formal. Kedua yang tidak formal. Yang formal dipikul oleh kerajaan dan ibu bapa hanya boleh membantu sahaja. Manakala yang tidak formal inilah tugas ibu bapa berdasarkan kapasiti masing-masing.
Jika tugas mengajar dipikul oleh bapa, bagaimana pula untuk melahirkan model insan yang berkaitan dengan agama seperti ulama dan ustaz? Bolehkah tugas ini dipikul oleh ibu bapa. Lojikkah. Apakah makna “sebuah kerajaan dan jawatan yang diwujudkan.
Sebenarnya salah faham ini hanya berlaku dikalangan penganut kristian dan tidak berlaku sekali-kali dikalangan penganut agama Islam. Islam tidak memisahkan agama dengan pentadbiran, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
Tapi bagaimana ia boleh berlaku kepada seorang Ketua pengarah IKIM seorang yang mengucap dua kaimah syahadat, lagi bertanggungjawab memberi kefahaman Islam semua rakyat negara ini. Apakah maknanya… Salah faham? Atau disengajakan?
sekian
1 comment:
Bonjorno, komentarkini.blogspot.com!
Cialis W: Cerchi poo poo? Non ? un problema! Visita il nostro sito web per [url=http://farmamed.fora.pl/ ]Dove Compra cialis online[/url] equivalente [url=http://farmitalia.fora.pl/ ] Compra cialis in Italia[/url] Cialis.it, ? il nuovo sito di Lilly Italia Spa riservato alla sola classe medica [url=http://milanofarma.fora.pl/ ]Come Compra cialis online[/url] Levitra appartiene ad un gruppo di medicinali chiamati inibitori della [url=http://farmanova.fora.pl/ ]Dove Comprare cialis generico[/url] acquisto di viagra generico da 100MG subito disponibile con spedizione e arrivo [url=http://farmaroma.fora.pl/ ]Dove Compra cialis online[/url]
Post a Comment