Thursday, February 7, 2008

Viagra

Baru-baru ini seorang kawan berusia 56 tahun menyatakan kepada penulis yang dia telah membeli “ubatkuat” sejumlah RM140.00 dan memkannya untuk tujuan tahan lama ketika menjalinkan hubungan seks dengan isteri sendiri.

Penulis simpulkan bahawa kawan berusia 56 tahun itu mempunyai masalah atau mempunyai penyakit lemah tenaga batin. Tidak hairanlah dia membeli ubatkuat untuk tujuan mempertahnkan kelelakiannya.

Tidak lama kemudian kawan penulis telah menyatakan yang dia sangat runsing hati, kerana senjata sulitnya tidak boleh digunakan langsung lantas datang kesebuah klinik untuk mendapatkan nasihat Doktor.

Inilah bahayanya mengambil ubat-ubatan tanpa terlebih dahulu mendapat nasihat doctor. Sekarang apa sudah jadi dengan kawan penulis itu?

Oleh kerana doctor tersebut juga kawan penulis, maka sedikit sebanayak maklumat mengenai kawan tadi diceritakan sebagai pengetahuan agar apabila hendak mengunakan ubat-ubatan berkaitan dengan lemah tenaga batin mesti terlebih dahulu mendapat nasihat doctor.

Memang sah hasil menggunakan ubat-ubatan itu membuat senjata sulit kawan itu tidak boleh diguna langsung yang merunsingkan dan membimbang takut kalau-kalau senjata itu mati terus dan nahas kebahgiaan selama ini.

Persoalan sekarang apakah ubatan yang digunakan kawan penulis tadi ubatan yang dibenarkan oleh undang-undang negara ini atau ia ubatan palsu usaha pengusaha yang semata-mata mencari untung tanpa memikir berbahaya kepada penggunanya.

Apa pun ubatan yang bersabit dengan lemah tenaga batin, termasuk viagra yang sangat popular di Amerika Syarikat pada tahun 1989 juga berbahaya jika diambil tanpa mendapat nasihat doctor terlebih dahulu,

Apa tah ubat-ubatan palsu yang bersabit dengan lemah tenaga batin yang dijual secara meluas diseluruh negara sekarang.

Mereka yang terbabit dengan penyakit lemah tenaga batin sudah tentu sangat kepingin dengan ubat-ubatan seumpama itu. Lebih-lebi lagi harganya sangat murah berbading dengan viagra yang berharga RM 40.00 sebiji.

Penulis mendapat maklumatan ubat-ubatan lemah tenaga batin yang dipasar secara meluas murah harganya tetapi kesan adalah serupa dengan kesan Viagra.

Bagi mereka lemah tenaga batin dan berpendapat rendah bahawa ubat-ubatan tersebut merupakan rahmat tanpa memikirkan risikonya.
Pada tahun 1998 sebanyak 130 kes kematian di Amerika syarikat tidak termasuk di lain-lain negara telah dicatat dan dilaporan oleh akhbar dan majalah atas sebab mengunakan viagra ketika melakukan hubungan seks dengan isteri sendiri.

Ini menunjukan pengambil viagra bukannya rahmat bagi mereka yang mengidap panyakit lemah tenaga batin, malah berbahaya menyebabkan kematian.Bilangan itu mungkin telah meningkat dari masa kemasa.

Kita percaya disamping memberi kesan yang baik kepada mereka yang berpenyakit, tetapi kesan samping yang menyebabkan mereka diserang darah tinggi dan angin ahmar
Sangat tinggi berbanding dengan orang yang tidak mengambilnya.

Pengaruh menggunakan pil tahan lama dan kuat di Malaysia begitu meluas. Barangkali hampir sama dengan semua lapisan massyarakat di Amerika Syarikat.

Kalau dahulu masih ramai yang tertanya-tanya mengenai ubat itu. Contohnya terlalu ramai lelaki di Malaysia yang mengidap penyakit lemah tenaga batin.

Menurut laporan sebanyak satu juta orang lelaki yang bermasalah yang mahu tidak mesti membeli ubatan bagi membantu mereka menjalikan hubung intim dengan isteri masing-masing.

Menurut laporan terkini ramai juga wanita yang turut mengunakan viarga. Mengapa demikian. Ada yang menyatakan kalau suami mereka mengunakan viagra ketika hendaklah melakukan hubungan seks, maka dia juga perlu viagra agar tidak bermasalah.

Lazimnya lelaki yang menggunakan viagra mempunyai ketahan yang luar biasa. Malah ia boleh bertahan selama dua jam dan isteri mana yang boleh tahan dengan masa selama itu. Jadi sebagai langkah keseronokan dan kebahagian mahu tidak mahu ia kena lawan dengan ubatan yang sama.

Seperkara lagi ada juga lelaki yang tidak memerlukan ubatan itu turut menggunakan, kerana ingin tahan lama apabila melakukan hubungan seks, sedangkan itu menbuktikan viagra disalahgunakan.

Apa tah lagi dengan ubat-ubatan tiruan yang boleh membahayakan si penggunanya. Rata-rata menampakkan bahawa pengunaan ubat-ubatan kuat menjadi darah daging semua lapisan masyarakat di negara ini.

Tidak hairanlah jika hal seumpama ini berlaku di barat yang pengaruhnya kepada semau lapisan masyarakat adalah begitu meluas walaupun peluangnya baik tetapi banyak buruknya kepada mereka yang mengidap darah tinggi dan lemah jantung.

Dimaklumkan bahawa suami yang baru berkahwin juga turut menggunakan ubat-ubatan kuat, termasuk remaja yang belum kahwin turut mengambil viagra ketika hendak melakukan hubungan seks dengan teman wanita masing-masing.

Mengikut laopran yang dibuat oleh seorang pecegah maksiat yang berjaya menahan seorang remaja perempuan berusia 13 sedang melakukan hubungandengan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun apabila ditanya berapa kali jumlah hubungan seks sepanjang 4 jam lantas dijawap, sudah 4 kali.

Ini menunjukan bahawa perempuan itu telah diberi pil rangsang seks, manakal lelaki pula mengunakan ubat-ubatan kuat (tahan lama). Mungkin viagra atau sebaliknya yang senang didapati dimana-mana farmasi.

Atau mereka membeli dengan orang yang tidak bertanggungjawab memasarkan pil tersebut secara haram dan boleh membahayakan kesihatan generasi masa depan negara.

Dari segai perubatan sebarang salahguna lambat laun akan mendatangkan macam-macam kemurdaratan jika pihak kerajaan tidak mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang meraih keuntungan besar melalui urusniaga pil kuat.

Kegiatan hubungan seks antara remaja semakin hari semakin membimbangkan. Mungkin dengan adanya ubat-ubatan rangsang seks dan tahan lama dipasar secara meluas tanpa sebarang kawalan pihak kerajaan.

Seorang yang sihat tidak harus menggunakan ubat. Masakan seorang yang muda merlukan viagra, sedangkan ia tidak langsung mengalami penyakit lemah tenaga batin. Malangnya lojik ini masih tidak boleh diterima pakai apabila ubat viagra atau yang palsu dipasar secara bebas tanpa sebarang kawalan.

Nasihat Doktor kawan penulis bahawa “anda perlu tahu ubat anda”. Oleh itu ada baiknya kita perlu benar-benar faham terlebih dahulu sesuatu ubat. Cara ini dapat melindungi diri daripada bahaya yang sengaja dicari akibat salah guna ubat-ubatan kuat, termasuk viarga
Yang jelas bukannya rahmat bagi lapisan masyarakat Islam di Malaysia ini.

Selagi ubat-ubatan itu disahkan selamat digunakan oleh kementerian kesihatan, selok-eloknya ianya harus dihindari, kerana sudah ramai yang menggunakan ubat-ubatan kuat telah mengadu bahawa sejak ia menggunakanya senjatanya tidak boleh digunakan lagi.

Dan disahkan oleh doctor kawan penulis sudah ada yang datang mengadu bahawa senjatanya sudah tidak boleh dipakai lagi sejak dia menggunakan ubat tahan lama yang dijual oleh kawan-kawan sendiri.

Semua ini menunjukan penggunaan ubat-ubatan tahan lama yang tidak dibenarkan oleh kementerian kesihatan adalah suatu hal yang serius yang perlu ditangani segera agar rakyat Malaysia tidak terjebak dalam kancah kemurdaratan yang sukar diatasi.

Lazimnya ubat-ubatan tahan lama (kuat seks) ini kesan buruk lebih banyak berbanding kesan baik sebaik sahaja digunakan. Lebih-lebih lagi ia terdedah kepada jutaan lapisan Masyarakat di negara ini.
Lebih membimbangkan ada laporan yang menyatakan peratus penggunaan ubat-ubatan seumpama jenama viagra begitu tinggi berbanding sebelum ini. Kini sudah ada pil kuat berharga RM 10.00 hingga RM6.00 sebiji diseludup dari negara jiran, Thailand dan Singapura.

Mengikut hitung kasar rakyat negara ini akan membelanjakan RM1 billion setahun atas yang dihadkan. Bagaimana pula jika tidak dihadkan. Sudah tentu sekali mencapai tahapganda setahun.

Bayangkan betapa besarnya jumlah harga pasaran, berbanding dengan urusniaga selain itu. Sebab itu Thailand dan Singapura adalah antara negara jiran yang sudah lama meluluskan penggunaan ubat-ubatan berkaitan.

Penulis menyeru lapisan masyarakat di Malaysia berwaspada dengan pasaran ubat-ubatan kuat tenaga seks miskipun telah luluskan pendaftarannya oleh dua negara jiran terdekat itu.

Kahbarnya semakin banyak syarikat yang berminat memasarkan ubat-ubatan kuat tenaga batin di dua buah negara jiran terdekat kita itu, kerana sikap rakyat kita nampaknya berlumba-lumba menggunakan. Malah jumlahnya semakin hari semakin bertambah, termasuk mereka yang tidak memerlukan juga turut mengambil peluang.

No comments: