Barangkali anda setuju dan menyokong seratus peratus kalau saya kata Dr Mahathir Mohamad orang yang mencipta politik wang.
Zaman beliau menjadi presiden Umnolah, kauta untuk bertanding satu satu jawatan diwujudkan. Kauta tersebut diadakan semata mata untuk menyelamatkan dirinya dari dicabar.
Barangkali anda juga setuju dan sokong seratus peratus kalau saya katakana Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak ada cita cita dan niat dihati kecilnya untuk menbenteras politik wang yang sudah membarah itu.
Apa tidaknya. Kalau dia ada niat untuk menbenteras politik wang mana mungkin dikatakan “politik wang sukar dibendung”.
Kalau beliau mahu politik wang di benteraskan sudah barang tentu dia tidak berkata demikian.
Kata kata seumpama itu memgambarkan yang beliau mahu membiarkan politik wang “bermaharajalela”. Lebih lebih lagi politik wang yang berlaku sejak dahulu hingga kini sudah dikenalpasti menjadi barah.
Bayangkan seseorang yang menghidap barah, pasti tunggu masa sahaja untuk mati,kerana barah sangat merbahaya. Demikian juga dengan Umno. Malah ada yang mengatakan umno bak kata perpatah macam “telur diujung tanduk” yang hanya tunggu masa dan saat untuk jatuh dan hancur lebur.
Atas sebab itu juga beliau dianggap oleh kebanyakan rakyat Malaysia merupakan pemimpin yang tidak layak jadi Perdana menteri ke enam Negara.
Berkata “politik wang sukar di bendung” itulah pengukuran yang menjadi bukti yang cukup kukuh, kerana sudah ramai orang Umno yang terbabit dengan politik wang diambil tindakan, termasuk di pecat dan digantung keahliannya.
Macam mana beliau boleh kata “sukar” sedangkan ia sangat “mudah” dikesan akan pembabitan mereka dengan politik wang. Lebih lebih lagi Negara ada Badan pencegah Rasuah (BPR).
Badan Pencegah Rasuah di beri kuasa membenteras rasuah. Mereka melaksanakan tugas menyiasat dan mendakwa sesiapa sahaja yang terbabit dengan politik wang jika ada lampu hijau.
Yang menyebabkan kesukaran untuk mengambil tindakan bukan kerana apa. Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana ada “halangan” dan “campur tangan” kementerian berkaitan atau dengan katakan lain tiada “lampu hijau” pihak berkenaan.
Anda mungkin masih belum lupa dengan perpatah Melayu kita yang berbunyi: “ hendak serba serbi boleh -Tak hendak seribu dalih” Inilah yang didalihkan oleh Datuk Seri Mohd Najib bakal perdana menteri Malaysia keenam.
Disini dapat kita simpulkan bahawa ucapan yang berbunyi: “ politik wang sukar dibendung” hakikatnya beliau (Datuk Seri Mohd Najib Razak) adalah seorang manusia tidak memiliki “intergeriti” dan sangat tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Buatlah undang undang baik mana sekalipun kalau tidak dilaksanakan apalah gunanya. Demikian juga undang undang Allah yang maha sempurna, tetapi jika tidak dilaksanakan tiadalah gunanya, apatah lagi dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 yang dibentang di parlimen itu.Dia tidak akan memberi sebarang impak pun. Percayalah
No comments:
Post a Comment