Pas/PR dan Umno/BN sama sama merasa yakin kerusi Parlimen Kuala Terengganu P.036 adalah milik masing masing.Apakah keyakinan itu ada sandaran dan asasnya.
Pendek kata kedudukan sokongan antara dua parti yang akan bertanding dalam piliharaya kecil pada 17 Januari 2009 tahun depan berdasarkan statastik yang dibuat oleh penganalisi politik (50-50).
Malahan Umno mendakwa kemenangannya dalam pilihanraya kecil itu nanti pasti dengan majoriti yang lebih besar berbanding majoriti yang diperolehi dalam musim pilihanraya umum ke 12 lepas.
Alasanya, berdasarkan parti PAS yang tidur sebantal dengan keadilan dan DAP mimpi nya lain lain.
Akan tetapi ada pihak yang mengatakan Pas tidak akan menang dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, hatta diletakkan sesiapa calon sekalipun.
Manakala Datuk Seri Mohd Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Senator Abdul Rahman Bakar dan Shaberi Chik Menteri Penerangan optemis Umno akan mengekalkan kerusi itu, kerana ketidaksefahaman yang berlaku antara parti-parti dalam pakatan pembangkang.
Tambah mereka itu lagi, pakatan pembangkang kini semakin rapuh dan sering gagal mencapai persefahaman dalam beberapa isu.
Jelas mereka itu lagi, sebenarnya, pakatan pembangkang telah retak dan hubungan mereka semakin renggang. Ketidaksefahaman berlaku dalam pakatan sekarang ini.
Inilah yang membuat Umno/BN merasa lega dan yakin menang serta dapat menguasai pengundi Parlimen Kuala Terengganu yang kebanyakannya terdiri daripada golongan elit dan intelektual.
Menurut Najib, bakal perdana menteri Mac 2009 nanti, bahawa pengundi Kuala Terengganu lebih mengharapkan Umno berbanding PAS.
Memang benar orang Umno mengharapkan Umno menang, tetapi pengundi Kuala Terengganu kali ini nampaknya lebih mengharapkan PAS/PR, kerana banyak janji yang dibuat oleh Umno tidak dikotakan.
Kes perpindahan penduduk cendering yang jadi mangsa pemgambilan tanah tujuan pembangunan belum dapat penyelesaian lagi hingga hari ini.
Misalnya, duit raya yang dijanjikan oleh Datuk Ahmad Said, akan dibahagi selepas hari raya Idil fitri hingga kini habuk pun tidak ada. Demikian juga wang RM 200 yang di peruntukan kepada nelayan juga janji hanya tinggal janji.
PAS walaupun bukan kerajaan telah dipuji kerana berupaya membantu pengundi parlimen Kuala Terengganu ketika dilanda banjir baru baru ini.
Oleh itu PAS mempunyai alasan bahwa “mood” politik kini lebih baik berbanding “mood” politik dalam musim pilihanraya umum ke 12 lepas yang merupakan tsunami terhadap Barisan Nosional.
Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS negeri berpendapat “Moodlah” yang membuat PAS mempunyai potensi besar untuk menang dan merampas semula kerusi yang dimenangi Umno dengan majoriti 628 undi itu.
Nampak memang mudah, tetapi dalam piliharaya kecil untuk PAS memenagi satu satu kerusi boleh dikatakan tersangat sukar, miskipun di negeri Kelantan yang negerinya diperintah oleh PAS.Apatah lagi negeri yang diperintah Barisan Nasional pasti sengit.
Lihat pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir, di Pasir Mas dahulu PAS sangat sukar untuk mempertahankan kerusi yang di milikinya. Apatah lagi parlimen Kuala Terengganu.
Umno walaupun merasa yakin akan dapat mempertahankan kerusi yang di menanginya, tetapi harus ingat bahawa Umno Bahagian Kuala Terengganu sedang berhadapan dengan krisis yang berlarutan, termasuk soal pemilihan calon yang tetap kontraversi jadinya.
Masakan tidak, kerana ada yang mahu orang Datuk Ahmad Said dipilih menjadi calon sementara itu ada yang mahu orang Datuk Seri Idris Jusoh menjadi calon. Tetapi tidak dinafikan. Inilah krisis yang sukar diselesaikan, malah sedang menghadapi jalan petis keting akhirnya.
Orang Idris Jusoh mahu supaya Datuk Che Mat Jusoh diberi peluang lagi sekali untuk bertanding di Parlimen Kuala Terengganu juga dinafikan, Manakala orang Ahmad Said mahu supaya Zuber Embong, ketua sektor pejabatan Pelajaran negeri juga tersingkir.
Betul calon yang di pilih ( Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh) merupakan calon terbaik, kerana seorang senator, seorang Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu,tetapi Umno kena ingat akan isu isu besar yang sedia menanti membuat undi penentu akan beralih kepada PAS.
Sehubungan dengan itu Datuk Seri Mohd Najib Razak, Timbalan Presiden Umno mengatakan meskipun wujud perbezaan pendapat dalam BN,ia adalah perkara kecil dan tidak akan menyebabkan peluang UMNO untuk mengekalkan kerusi pada pilihan raya kecil Parlimen itu terjejas.
Kalau pun tidak terjejas, tetapi sokonganya walaupun disebut 50-50 boleh dikatakan akan menyebelahi PAS berbanding Umno yang sedang bertelegah satu sama lain.
PAS Juga harus ingat sebanyak 1, 795 orang yang mengundi empat DUN PR dalam musim pilihanraya umum ke 12 yang lalu tidak memberi undi pada Mat Sabu itu harus diambil kira sebelum mengumumkan calon yang sudah diputuskan itu.
Peluang PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 januari 2009 nanti Nampak cerah, jika calon yang diletakkan bertanding terdiri daripada “muka baru” yang masih belum terpalit dengan noda dan dosa politik.
Kriteria pemilihan calon antara kedua dua parti harus dijadikan sandaran agar keputusan yang dibuat semestinya keputusan yang positif. Jika keputusan yang dibuat dengan keputusan yang negative tunggu lah akibatnya.
PAS harus cermat jika mahu kemenangan memihak pada partinya. Umno mungkin tidak begitu bimbang, kerana telah disahkan mengamalkan “rasuah” dalam setiap kali musim pilihanraya baik umum dan kecil.
Apapun sejarah telah membuktikan dalam setiap musim pilihanraya kecil Umno telah menghabiskan wang ratusan juta ringgit, termasuk mengadakan projek projek kilat yang diluluskan macam mee segera.
Sebab itu “Mood” pengundi tidak boleh dijadikan sandaran oleh PAS, malah ianya boleh jadi suatu perangkap, kerana “mood pengundi biasanya boleh berubah dalam sekelip masa jika mereka di sogok dengan wang.
Dr. Abu Hassan Hasbullah, pensyarah penagjian media Universiti Malaya pernah mendedahkan bahawa mood pengundi Terengganu dalam musim pilihanraya Umum ke 12 berubah dalam saat saat akhir.
Itulah yang menyebabkan PAS Terengganu gagal menumbangkan Umno/BN dalam musim pilihanraya umum ke 12 , sedangkan Tsunami politik melanda seluruh Negara sehingga empat negeri milik BN jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, disamping Kelantan menang besar.
Akhir sekali PAS kena ingat dengan isu isu yang boleh menjejaskan sokongan termasuk isu orang bukan Islam bertanding atas tiket PAS di Johor dan orang bukan Islam boleh menjadi ahli yang dianggap mendapat sokongan dan takut takut sokongan itu akan membawa rebah.
No comments:
Post a Comment