Thursday, January 1, 2009

Pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu medan politik wang

Datuk Ahmad Said kelihatan begitu megah menunjukkan raplika cek lebihan royalti minyak bernilai RM408.6 juta yang diserah oleh Najib di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Disamping mempamerkan senyuman yang mengambarkan betapa gembiranya kerana berjaya menuntut wang royalti minyak 5 peratus dikembali semula kepada kerajaan negeri setelah dirompak.

Turut hadir dalam majlis itu, Datuk Seri Muhammad Mohamad Taib,Ketua Penerangan Umno Malaysia yang juga Menteri Pembanguan Luar Bandar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Antara bangsa, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Pelajaran, dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Keempat tokoh ini akan bertanding jawatan timbalan dan naib presiden Umno dalam perhimpunan agung Umno Mac 2009 nanti. Mereka ini juga telah diberi amaran oleh Perdana Menteri agar jangan sekali sekali dijadikan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu sebagai medan kempen pertandingan jawatan Mac depan.

Masing masing mempamerkan senyuman yang sinonim dengan cogan kata “mesra rakyat” dan mengutamakan kepentingan peribadi berbanding untuk mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu yang merupakan cabaran terbesar selepas diuji dengan kekalahan teruk di parlimen Permatang Pauh tidak lama dahulu.

Ahmad Said Menteri Besar Terengganu yang menjulang raplika cek baki royalti minyak (2007/2008) sebanyak RM 406.6 juta mempamerkan senyuman yang berbeza satu sama lain dan megah.

Anda semua boleh nampak dengan jelas antara senyuman mereka itu. Antara mereka ada perbezaan yang nyata satu sama lain. Allah sahaja yang mengetahui akan hakikat sebenar apa yang tersirat didalam hati masing masing.

Senyuman Ahmad, senyuman terlalu gembira dapat raplika cek sebanyak RM408.6 juta dan menang tuntutan serta ada cam untuk melaksanakan projek yang akan memberi impak kepada rakyat disamping memberi impak kepada diri dan kroni kroninya.

Manakala senyum Datuk Seri Najib pula mengambarkan yang dia sudah selamat untuk naik pangkat menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009 ekoran menang tidak bertanding sebagai presiden Umno.

Demikian juga senyuman ketiga tiga orang yang akan beradu nasib bertanding jawatan timbalan presiden Umno. Lebih lebih lagi mereka sangat senanghati apabila Najib berkata rasuah politik sukar untuk dibanteras.

Mereka merasa lega kerana kenyataan yang dibuat bakal presiden Umno dan bakal Perdana Menteri itu telah memihak kepada mereka yang dikatakan ada aduan bersabit dengan politik wang sedang disiasat.

Kenyataan Najib itu juga seolah olah telah memberi lampau hijau kepada mereka melakukan politik wang, terutama semasa berlakunya pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Ini juga memberi peluang kepada mereka secara tidak langsung untuk bertemu dengan ketua ketua umno Bahagian seluruh Negara yang akan turun berkampung di markas markas di parlimen Kuala Terengganu.

Peluang ini adalah merupakan peluang keemasan yang sangat sukar didapati. Apatah lagi semua ketua bahagian Umno pasti berada sepanjang hari hingga tamat hari pengundian dan senang di temui.

Ianya memudahkan mereka bertiga menyalurkan wang kepada ketua ketua bahagian atas nama membantu kempen pilihnraya kecil kuala Terengganu sepanjang 11 hari itu.

Wang yang diberi oleh mereka kepada ketua ketua bahagian memang sukar untuk dikesan yang ia ada kaitan dengan politik wang, malah ianya tidak boleh diketegorikan sebagai rasuah politik.Lebih lebih lagi Najib berkata politik wang sukar dibanteras.

Ini satu jaminan yang ada sandaran kukuh bahawa mereka boleh buat apa sahaja demi peribadi.

Samalah dengan apa yang dilakukan oleh Najib iaitu menyerahkan raplika cek sebanyak RM 408.6 juta kepada Ahmad Said. Termasuk menisytiharkan peruntukan sebanyak RM 10 bilion untuk tujuan pelaburan negeri Terengganu atas nama TIA ( Lembaga pelaburan Terengganu).

Yang peliknya dahulu semasa Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad menjadi Menteri Besar sudah ada tiga Lembaga pelaburan Terengganu antaranya ialah Lembaga Tabung Amanah Warisan.
Persoalanya ke mana pergi wang yang di peruntukan sebanyak RM 7 bilion itu sehingga tinggal hutang RM780 juta apabila kalah pada tahun 1999.

Zaman Datuk Seri Idris Jusoh menerajui Terengganu (2004/2008) juga di peruntukan sebanyak RM 7 bilion untuk tujuan pembangunan menjadi negeri Terengganu negeri maju- maju pembaziran sepertimana yang disifatkan oleh Ahmad Said, kerana tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat.

Bayangkan belanja RM 4 bilion- hilang RM 3 bilion.

Demikian juga apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Muhamad Mohamad Taib yang telah memperuntukan wang sebanyak RM51 juta untuk tujuan baik pulih rumah rakyat termiskin.

Senyuman Muhamad Mohamad Taib berbeza sekali, kerana sudah ada cam dapat menambat hati ketua ketua bahagian Umno negeri Terengganu disamping dapat menawan hati pengundi parlimen Kuala Terengganu konon.

Ahmad Said wajar diberi ucapan “tahniah” kerana mempunyai kewibawaan dalam usahanya mengembalikan semula wang royalty sebanyak lima peratus kepada kerajaan negeri.

Ucapan tahniah juga wajar diberi berikan kerana Berjaya mendapat wang sebanyak RM 10 bilion daripada kerajaan pusat.

Sebelum ini beliau pernah meminta wang dengan kerajaan pusat sebanyak RM 1 bilion untuk membangun bandar bandar seluruh negeri, akan tetapi bukan angka yang diminta itu yang lulus, malah RM 10 bilion diberi untuk dijadikan pelaburan kerajaan negeri yang barangkali akan menjadi senasib dengan kerajaan yang diterauji Tan Sri Wan Mohktar dan Datuk Seri Idris Jusuh dahulu.

Sekian……………..

No comments: