Sebelum kita pergi lebih jauh ada lebih baik kita tanya dahulu mengapa kita mesti berkahwin. Kadang kala kebanyakan artis lupa motif mereka berkawin dan itulah yang menyebabkan mereka tidak pasang “niat” semasa berkahwin.
Setiap sesuatu mesti didahului dengan niat. Apa itu niat? Kerana Allah kah atau kerana apa? Mengapa kita memilih untuk berkahwin? Jawpannya kerana, pertama, hendak ikut sunnah nabi, kedua untuk mendapatkan zuriat dan ketiga, tidak mahu melakukan dosa zina.
Artis selalu menegaskan bahawa mereka adalah sama seperti orang lain, mereka hidup dengan cara hidup yang sama seperti kita juga, akan tetapi kenapa kadar bercerai mereka lebih tinggi daripada kita?
Persoalan ini amat susah dijawab kerana setiap artis yang bercerai mempunyai pengalaman dan cerita yang berbeza. Malah kebanyakan berkata ‘tiada apa yang boleh dibuat lagi kerana itu sudah suratan takdir’.
Akan tetapi kita boleh membuat kesimpulan tentang sebab-sebab kenapa artis bercerai kepada beberapa faktor yang besar antaranya, godaan daripada wanita atau lelaki lain, publisiti terlampau, salah seorang lebih glamour, dan pendedahan terlampau kepada realiti TV.
Untuk sebab yang pertama, godaan terhadap artis adalah lebih kuat daripada orang kebnyakan. Mereka yg bergelar artis bisanya datang dengan pakej, mempunyai rupa dan intelektual. Sesetengah orang mungkin tidak bersetuju kalau saya katakan artis mempunyai daya intelektual yg tinggi. Tetapi kalau kita lihat dari sudut lain, adalah mustahil bagi org yang tidak mempunyai intelektual bergelar artis kerana artis perlu berfikiran pantas dan serba boleh.
Contohnya untul menghafal skrip sahaja memerlukan daya ingatan yg tinggi. Jadi saya tidak akan memperdebatkan hal ini. Mari kita fokus kepada sebab kenapa artis bercerai sahaja.
Bagi sesiapa yg mempunyi rupa, berintelektual serta terkenal, daya tarikan mereka kepada orang lain melebihi daya tarikan orang-orang yang tidak mempunyai semua itu. Oleh kerana itu mereka mempuyai kehidupan sosial yg lebih daripada kita dan ramai yang tertarik dengan mereka akan mencucuk jarum untuk masuk kedalam kehidupan mereka, demikian itu menyebabkan mereka berbelah bahagi serta mungkin akan tergugat dengan godaan tersebut.
Demikian juga, bagi artis yang sudah berkahwin, mereka juga tidak akan terlepas daripada perkara ini. Oleh sebab itu kalau tidak mempunyai Iman yg kuat dah tambahan lagi berperibadi yang rapuh, adalah mustahil untuk artis itu mengelakkan penceraian daripada berlaku.
Persoalan yang timbul sekarang, adalah sama ada untuk memilih pencerai bagi artis perempuan dan bermadu bagi artist lelaki. Akan tetapi berapa kerat sahaja yg mahu bermadu, dek kerana godaan serta sifat ingin tahu terhadap orang baru, penceraian akhirnya berlaku.
Kita semua sedia maklum, artis adalah mereka yang boleh dikatakan tidak mempunyai pegangan yang kukuh dari segi ajaran agama, oleh kerana itu apabila nafsu diletakkan mendahului Iman, langkah terakhir yang akan diambil adalah penceraian.
Sebab kedua adalah publisiti melampau. Apabila terdapat terlampau banyak publisiti dalam hidup artis itu, semuanya termasuk perihal peribadi didedahkan. Ini termasuklah sifat-sifat buruk seseorang artis itu.
Apabila perkara ini diketahui ramai, tekanan dari ahli keluarga dan orang sekeliling menyebabkan artis-artis ini mengambil keputusan untuk mengakhiri rumah tangga mereka. Sebagai contohnya seorang artis yg mempunyai tabiat menipu duit orang, telah didedahkan oleh media dan dia mempunyai seorang isteri yang berayahkan seorang berpangkat dato’. Untuk menjaga status dan kononnya maruah keluarga, mereka memaksa anak mereka bercerai tanpa mencari kemungkinan kepada penyelesaian kepada permasalahan tersebut.
Sebab ketiga, bagi artis yg berkahwin sesama artis dan salah seorang pula kebetulannya lebih terkenal dan mempunyai penghasilan yang lebih tinggi daripada pasangannya. Perkara ini akan lebih buruk kalau si suami yg mempunyai pendapatan yang lebih rendah. Orang akan mempersoalkan kehidupan mereka, kononnya si suami menumpang hidup atas kemewahan si isteri.
Si suami juga akan terasa maruahnya tercalar dan tekanan psikologi telah menyebabkan kadangkala si suami menderita dan akan juga menyebabkan si isteri menderita. Kesibukan pasangan akan menyebabkan pasangan dan keluarga terabai. Institusi kekeluargaan mula sedikit demi sedikit musnah. Apabila rasa benci melebihi rasa sayang, penceraian adalah pengakhirannya.
Ada sesetengah artis lebih mngutamakan kemasyuran walaupun kemasyuran itu datang dari publisiti yang tidak elok seperti penceraian. Walaupun ada sessetengah artis yang berusaha untuk mengelakkan hal penceraian mereka diketahui ramai akan tetapi ada juga yang sengaja menjadikan hal penceraian sebagai buah mulut dan batu loncatan untuk menagih simpati dan publisiti segera.
Artis kengkadang tidak terlampau memikir tanggungjwab kerana artis adalah insan yang pelik. Artis kengkadang sukar dibaca pemikiran mereka kerana mereka mendakwa mereka adalah ‘orang kreatif’, jadi amatlah susah untuk diramalkan apa yg akan berlaku dalam kehidupan artis. Selalu juga artis menjadikan hal-hal cerai ini sebagai gurauan semata-mata untuk mendapat perhatian dan menolak hukum agama ke belakang.
Demikian juga bila dibangkitkan soal ego para artis. Ego mereka adalah lebih tinggi jikalau mereka lebih masyur. Pendedahan melampau menyebabkan ego mereka meletus, dan mula memandang rendah pasangan mereka. Mereka dambakan kehidupan yang lebih bagus, maintainance yang lebih tinggi dan pasangan yang lebih sempurna. Akhirnya mereka memilih untuk menamatkan alam rumah tangga dengan bermacam-macam alasan yg mungkin sahaja rekaan semata-mata.
Kengkadang kita terfikir, kenapa artis masih mempunyi keberanian untuk bersuara sedangkan terang-terang mereka telah melakukan kesalahan besar seperti zina. Akan tetapi selepas di temu-bual mereka boleh bercakap seolah-olah perbuatan mereka itu tidak salah walau sedikit pun serta mereka mencipta bermacam-macam alasan yang kadang kalanya masuk logik akal dan menyebabkan kita tertipu tentang kedaifan mereka. Artis, satu sahaja yang sesuai menggambarkan mereka, iaitu mereka adalah ‘pelakon’ dan pelakon pandai menipu kerana itu kerja mereka, menjadi orang lain untuk mencari rezeki.
Demikianlah kerana ceteknya ilmu agama para artis, pencerai berlaku bila habisnya rasa cinta. Publisiti menjadi pilihan mengatasi maruah keluarga dan penderitaan anak-anak. Hal cerai adalah perkara biasa bagi artis. Semuanya berkisar kepada siapa yang boleh menjadi lebih glamor dan siapa yang akan mendapat lebih perhatian.
Bagi kita org biasa walaupun cinta berakhir kita akan menahan kesakitan tanpa cinta dan bersabar demi tanggungjwab dan anak, serta berusaha untuk hidup bersama selagi boleh. Akan tetapi bagi artis, mereka selalu memilih jalan singkat kerana mereka tahu mereka ada banyak lagi peluang untuk berjumpa orang lain di masa hadapan dan tidak perlu menahan kesakitan penceraian dan tamatnya rasa cinta serta tidak takutkan penceraian walaupun penceraian itu adalah yg paling dibenci oleh Allah s.w.t.
Kesimpulannya kemngkinan besar artis yang berkahwin itu tanpa ada niat “Lillahitaala” bukan kerana Allah, sebab itu tapak yang dibina atas nama “rumahtangga” tidak kukuh dan mudah runtuh.
No comments:
Post a Comment