Sesetengah orang berkata: "tak munasabah umno kalah" dan tak munasabah PAS boleh menang dengan majority besar berbanding dengan kemenangan Umno dalam Musim piliharaya ke 12 Mac 2008.
sama ada tak munasabah atau sebaliknya itulah hakikatnya.Umno kalah lagi dan PAS menang dengan majoriti 2,631 undi. Umno yang menang pada pilihanraya mum ke 12 dengan majoriti 628 undi -undinya merosok.
Bayangkan Datuk Razali peroleh undi sebanyak 32,562, manakala Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang dikatakan sebagai calon pilihan terbaik itu hanya memperoleh undi 30,252. Merosok sebanyak 2,310 undi.
Apabila bercakap pasal tak munasabah umno kalah memang betul dan ada asasnya.Lebih lebih lagi Timbalan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turun setiap hari, manakala Naib presiden Umno Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak kering gusi berceramah disana sini.
Perkara lagi, Umno habiskan wang rakyat sebanyak RM100 juta lebih dalam musim pilihanraya kecil parlimen kuala Terengganu. Ini tidak termasuk yang diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said sebanyak RM 6.1 juta kepada orang China di Kampung China.
Bukan itu sahaja malah diumum pula sebanyak RM 5.8 juta diperuntukan untuk membangun sekitar bandaraya Kuala Terengganu, termasuk Turap jalan dan baik longkang tersumbat yang menyebabkan berlaku banjir kilat yang setakat harini tidak pernah selesai.
Antara Anda semua barangkali belum lupa bahawa Muhamad Mohd Taib umum RM 51 juta untuk baik atap rumah rakyat miskin di Bandaraya Warisan Persisir Air. Ini sudah cukup sebagai bukti peluang BN cerah sepertimana pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Datuk Seri Najib Razak pula umum RM 50 juta untuk tujuan pembangunan parlimen Kuala Terengganu, termasuk turap jalan jalan kampung buat longkang dan baik lonkang tersumbat dengan harapan pengundi Parlimen Kuala Terengganu mengundi Barisan Nasional.
Salah seorang subkontraktor dapat projek sebanyak RM 11 juta. Usaha cakaplah dengan kontraktor kelas A.Masing masing sudah barang tentu memperolehi projek puluhan juta dan diagihkan kepada kontraktor Kelas F yang dikatakan terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM 20,000 setiap seorang sebagai wang pendahuluan dan dijamin akan dapat projek yang berharga RM100,000 hingga RM200, 000 setiap satu.
Bayangkan Lima ratus orang kontraktor kelas F yang dapat projek buat jalan dan turap jalan baik longkang, baiki rumah dan tukar atap yang berwarna biru berapa juta yang dipunggut.
Betapa banyak dan mewahnya projek yang didatangkan secara mee segera.Oleh itu amat tidak munsabahlah Umno kalah, kerana sudah belanja besar disamping pengundi parlimen Kuala Terengganu ditimbun dengan kesenanagan yang tidak terduga.
Ini belum lagi wang yang diberi kepada setiap mengundi sebanyak RM 300, RM 500 dan RM 600 seorang.termasuk remaja yang dijadikan sandaran sebagai undi penentu kalah menangnya BN dalam pilihanraya kecil kali ini.
Kalau RM 300 setiap seorang berapa banyak wang rakyat dibelanja untuk pilihanraya parlimen Kuala Terengganu.Adalah tidak keterlaluan jika belanjanya memakan angka ratusan juta yang pernah dilakukan keatas pengundi Parlimen Permantang Pauh tidak lama dahulu.
Barangkali apa yang dicakapkan oleh Perdana menteri, Timbalan perdana menteri, menteri besar Terenggnau dan Datuk Seri Muhamad Muhd Taib tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Kalau dilaksanakan mana mungkin pengundi parlimen Kuala Terengganu enggan memberi undi kepada BN sebaliknya telah memberi undi kepada calon PAS yang berjanji akan membela nasib pengundi jika takdirkan menang.
Mungkin rakyat lebih percaya dengan isu isu yang dimainkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat yang berceramah dan menyebarkan risalah mengenai janji kosong yang pernah dilakukan semasa pilihanraya kecil di permantang pauh dahulu.
Misalnya mengenai risalah bertajuk “Najib bohong” yang menyatakan janji peruntukan RM100,000 kepada masjid, RM 30,000 kepada surau ketika piliharaya kecil Parlimen Permantang Pauh terbukti palsu.
Mungkin RM 10 billion yang dijanjikan untuk lembaga tabung pelaburan Terengganu (TIA) itu juga suatu pembohongan.
Isu risalah yang disebarkan secara meluas itu menyatakan, Ketika pilihanraya kecil parlimen Permantang pauh 26 Ogos tahun lalu, Timbalan perdana menteri Najib Razak berkjani memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada 8 buah masjid dan semua surau.
Isi risalah sekeping muka surat dibuat secara terperinci dengan menyatakan bahawa pengerusi masjid dan surau tersebut telah menerima surat yang mewakili geran bagi membaiki pulih serta menaikkan taraf masjid berkenaan dari najib sendiri pada 20 ogos 2008.
Hal ini adalah persamaan dengan apa yang dilakukan kepada kerajaan Terengganu, iaitu menyerahkan raplika cek lebihan minyak sebanyak RM 408 juta kepada menteri Besar Terengganu yang diragui oleh NGO MANPAT melalui pengerusinya Fauzi Abu Samah dalam satu kenyataan media.
Isi risalah itu menyatakan dalam lawatan tersebut, Najibb mengumumkan serta menyerahkan bantuan kewangan sejumlah RM 100,000 dalam bentuk geran kepada semua majid dan RM 30,000 kepada surau surau di permatang Pauh.
Selepas mendapat arahan salah seorang wakil pentadbiran masjid Kubang Semang membawa surat geran peruntukan berkenaan ke pajabat jabatan perdana menteri (JPM) Pulau Pinang untuk menuntut peruntukan yang dijanjikan bagaimana pun beliau terkejut apabila dimaklumkan oleh pegawai di jabatan berkenaan bahawa tiada peruntukan disediakan bagi surat geran yang dimaksudkan.
Kes seumpama ini barangkali kemungkinan besar akan berulang dan berlaku juga di Parlimen Kuala Terengganu. Apatah lagi jika pilihanraya kecil itu tidak memihak kepada BN.
Dan apa akan terjadi kepada kontraktor kelas F yang diberi peruntukan dengan geran seperti turap jalan kampung yang masih baik, baiki longkang tersumbat, tambun jalan, baiki dapur rumah dan tukar atap yang bocor.
Kebanyakan kontraktor Kelas F mulai gusar dan bimbang jangan jangan projek yang disiapkan itu akan menerima nasib yang sama dengan apa yang berlaku di Parlimen Permantang pauh. Lebih lebih lagi BN kalah di Parlimen Kuala Terengganu dengan majority bergaya.
Sekian……………………
No comments:
Post a Comment