Wednesday, February 11, 2009

Upayakah kerajaan kembalikan fungsi asal JKKK di Terengganu

Apabila calon Umno Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah teruk di parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil 17 Januari lalu boleh dikatakan tiap hari kita mendengar cerita pasal Ahli jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK).

Sesetengah mengatakan JKKK menyeleweng. JKKK punca masalah. JKKK teruk dan sebagainya.

Disamping itu, ada cadangan supaya pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap JKKK yang menyeleweng lantas ada pula yang mengatakan beranikah pihak kerajaan mengambil tindakan.

Maka Macam macam cadangan yang kita dengar. Termasuk dipecat sahaja mereka yang didapati menyeleweng.

Persoalan yang timbul beranikah pihak kerajaan yang diterajui Datuk Ahmad Said mengambil tindakan memecat JKKK yang didapati bersalah itu.

Penulis ingin tanya apakah benar JKKK yang dilantik sejak dahulu hingga sekarang ini pernah menyeleweng dalam ertikata sebenar.

Setahu penulis setakat hari ini belum ada JKKK dipecat kerana menyeleweng. Yang dipecat memang ada. Pendek kata ramai juga yang dipecat, tetapi bukan atas nama mereka benar benar menyeleweng.

Salah seorang pegerusi JKKK Banggol Tok Jiring, Kuala Nerus ( Hashim Mohamad) yang enggan menurunkan tanda tangan borang sekolah anak seorang penyokong PAS lima tahun lalu telah di pecat dan diganti dengan Yahaya Ismail.

Yang anehnya sekarang ini beliau telah dilantik semula mengganti Yahaya Ismail yang dianggap tidak releven, dikatakan terlalu mudah menurunkan tanda tangan kepada sesiapa sahaja tanpa aambil kira latar belakang masyarakat kampung tersebut.

Salah orang pengerusi JKKK kampung Buloh Gading Kanan, Kuala Nerus (Mastura Mohd) yang bertindak serupa. Beliau tidak dipecat, cuma dipanggil supaya memberi tunjuk sebab mengapa pihak kerajaan tidak boleh mengambil tindakan terhadap dirinya, kerana memberi duit raya sebanyak RM 300.00 kepada seorang penyokong PAS yang benar daif.

Mungkin inilah yang dianggap JKKK menyeleweng dan menjadi punca masalah serta disifatkan sebagai teruk oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam satu kenyataan media tidak lama dahulu.


Anda mungkin setuju dengan pendedahan yang dibuat secara ikhlas oleh Datuk Roslan Awang Chik. Bendahari dan Azmi Abdul Rahman, timbalan ketua penerangan badan perhubungan umno Terengganu tempoh hari.

Malah anda mungkin setuju seratus peratus JKKK punca masalah dipecat dan tindakan seumpama yang dinyatakan diatas memang tidak wajar dilakukan oleh pengerusi JKKK kepada masyarakat kampung yang mengharapkan segala urusan harian menjadi mudah.

Apa pun itulah hakikatnya.

Memetik sumber sumber, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Mohamad Mohd Taib, sebagai berkata, bahawa semua ahli jawatan kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negara diminta merancang pelan tindakan desa masing masing dalam usaha memajukan kampong mereka.

Tambah menteri itu lagi, rancangan tersebut perlu untuk memastikan kampung maju dalam pelbagai kegiatan ekonomi, sukan, budaya dan pendidikan demi kepentingan masyarakat.

Kita boleh baca dan tafsir bahawa tujuan pelan tindakan desa yang dicadangan itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan kampung kampong di seluruh negara kita ini jadi maju jaya dalam pelabagai kegiatan.

Tan Sri Mohammad Mohd Taib dalam kenyataan itu tidak menyebut langsung pasal kegiatan ”Politik”. Bermakna fungsi JKKK jelas tiada kaitan sama sekali dengan politik kepartian demi kepentingan rakyat seluruhnya.

Akan tetapi malangnya JKKK diseluruh negara termasuk negeri Terengganu telah mengketepikan fungsi asalnya, termasuk tergamak melakukan penyeleweng dengan sewenang wenangnya sepertimana tidak memberi hak kepada yang berhak.

Ini telah di akui sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, bahawa memang benar berlaku penyeleweangan terhadap bidang tugas yang diamanahkan, Bukan setakat itu sahaja malah JKKK telah dikenalpasti oleh masyarakat negari minyak ini sebagai satu agensi yang boleh membawa perpecahan umah.

Sebagai bukti, kerajaan Terengganu suatu masa dahulu pernah mewujudkan agensi yang diberi nama Unit Perpaduan Umah semata mata untuk mengatasi perpecahan masyarakat yang berlaku konon angkara Parti pembangkang tanpa menyedari punca sebenar jelas datang dari JKKKnya sendiri.

Ini juga telah dijelaskan oleh Bendahari Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Roslan Awang Chik dalam satu kenyataan media, sebagai berkata memang wujud penyeleweangan dan punca masalah.

Malah pernah disebut ianya merupakan salah satu punca menyebabkan penduduk Parlimen Kuala Terengganu menolak Umno dan BN dalam pilihanraya kecil baru baru ini.

Walaupun Ahmad Said enggan mendedahkan punca sebenar kekalahan calon Umno dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, tetapi beberapa orang pemimpin peringkat perhubungan negeri awal awal lagi sudah berbuat demikian.

Mereka barangkali sudah sedar itulah punca sebenar rakyat Terengganu menolak Umno dan BN dalam musim pilihanraya umum ke 10 dahulu yang menyebabkan umno hanya mampu dapat kekalkan kerusi sebanyak empat kerusi sahaja.

Kata Tan Sri Muohamad Muhd Taib lagi, setiap pengerusi JKKK dan ahli jawatankuasanya boleh merancang pelan tindakan agar kampung mereka menjadi terkenal dalam semua aspek.

Jelasnya, pengerusi JKKK sebagai pemimpin kampung perlu merancang pelan masing masing, kerana ia menjadi satu tanggungjawab untuk memajukan kampun mereka setanding dengan kampung kampung lain di negara ini.

Terangnya lagi, kalau mereka tidak rancang, kampung tidak akan maju dan ini akan menjejaskan kualiti kepimpinan dan masyarakat setempat. Kenyataan ini jelas mengambarkan fungsi JKKK yang sedia ada boleh membuat kepimpianan Umno tercalar, termasuk kekalahan calon Umno dalam pilihanaraya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januri lalu yang membimbangkan.

Sehubungan dengan itu, perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika merasmikan pelancaran pelan tindakan desa di Kampar Perak, dipetik sebagai berkata bahawa pelan tindakan desa mampu memperkasakan keupayaan ekonomi penduduk luar bandar jika ia dilaksanakan secara bersungguh sungguh oleh semua pihak terlibat.

Katanya pelan tindakan ini adalah sama dengan gerakan desa wawasan (GDW) dan ia saling bantu membantu agar apa yang kurang dalam GDW telah diperbaiki dalam pelan itu nanti.

Seperkara lagi, Utusan Malaysia melaporkan bahawa kerajaan negeri Sembilan meminta senarai cadangan pelantikan JKKK dibuat semula demi kepentingan masyarakat setempat.

Ia disuarakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, kerana senarai cadangan JKKK yang dilihatnya tidak memgambarkan komposisi dalam masyarakat, terutama membabitkan golongan belia.

Ini mengambarkan kepada kita bahawa kekalahan umno dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lepas menghantui umno seluruh negara, terutama sekali membimbangkan para pemimpin tertingginya.

Umno Terengganu tidak terkecuali, kerana ada pendapat yang mengatakan itulah punca Umno kalah dalam pilihanraya kecil tempuh hari. Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan kampunglah (JKKK) puncanya dan ini juga sebagai penanda aras Umno Terengganu akan tumbang dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Persoalan yang timbul kini apakah benar JKKK telah menyeleweng? Kalau menyeleweng mengapa mereka masih kekal sebagai JKKK. Sepatutnya mereka dipecat dan adakah kerajaan berani bertindak demikian.

Sekian....................

No comments: