Saturday, February 28, 2009

premis judi di Terengganu : antara yang tersirat dan tersurat::

Beberapa minggu lepas penulis ada menerima aduan mengenai kegiatan beberapa buah kedai di sekitar pinggir bandaraaya Kuala Terengganu di jadikan primes jual toto dan empat nombor ekor.

Penulis difahamkan bahawa kegiatan yang berlaku secara bebas dan tidak terkawal itu berlaku di seluruh daerah, semacam ianya sudah dilesenkan semula setelah premisnya ditutup sejak PAS mengambil alih kerajaan Terengganu pada tahun 1999.

Barangkali kegiatan perjudian ini membimbangkan penduduk di sekitar pinggir Bandaraya Kuala Terengganu, sebab itu mereka mengadu kepada penulis.

Pelik juga mengapa perihal kegiatan judi diadu kepada penulis, sedangkan ianya patut dilaporkan kepada pihak polis agar kegiatan itu dibenteras atau diambil tindakan keatas kedai yang menjual Toto, Big sweet dan empat nombor ekor itu.

Sebaik menerima aduan penulis berkata, kenapa tak buat laporan kepada polis. Kan polis yang bertanggungjawab dalam perkara ini. Malah undang undang sudah sedia ada sesiapa yang menjalankan perniaga judi tanpa lesen dan premis boleh ditahan dan didakwa.

Beberapa orang pengadu, dua daripadanya adalah guru lantas berkata, kita sudah buat laporan kepada pihak polis, tetapi setakat hari ini belum ada apa apa tindakan yang dilakukan,malah mereka semakin bebas menjalankan kegiatan itu.

Mungkin atas sebab itulah penduduk datang mengadu dan memberitahu bahawa kegiatan beberapa buah kedai di sekitar pinggir bandaraya Kuala Terengganu menjalankan kegiatan jual toto dan empat nombor ekor yang sudah lama ditutup premisnya.

Pemilik beberapa buah kedai dilihat begitu berani menjalankan kegiatan judi yang ditutup operasinya dan ditarik balik premis oleh kerajaan PAS ketika mula menerintah dahulu lagi.

Rasa penulis hingga hari ini belum ada lagi kedai di seluruh negeri Terengganu membenarkan premis menjual Toto, Big Sweet dan empat nombor ekor beroperasi semula walaupun telah diperintah semula oleh Umno/BN yang menghalalkan judi itu dinegeri negeri lain di negara ini.

Mungkin lesen judi yang diluluskan selama ini tidak ditarik balik oleh kerajaan pusat, sebab itu ada kedai masih menjalankan kegiatan seumpama tanpa premis yang diluluskan oleh kerajaan negeri.

Barangkali atas sebab itulah pihak polis tidak mengambil tindakan menahan dan mendakwa pemilik kedai yang menjual toto dan empat nombor empat, kerana mereka masih ada lesen yang diluluskan oleh kerajaan pusat yang masih di sambung dan belum mengharamkan kegiatan judi tersebut.

Yang salahnya ialah ketiadaan premis perniagaan toto dan empat nombor ekor sahaja, Mungkin lesen menjual dan masih belum dibatalkan oleh pihak kerajaan persekutuan?

Setahu penulis setakat hari ini majlis bandaraya Kuala Terengganu dan majlis majlis bandaran dan daerah seluruh negeri Terengganu belum mengeluar sebarang lesen keatas beberapa kedai beroperasi semula selepas ditarik balik.

Kalau belum mengeluarkan sebarang premis perjudian toto dan empat nombor ekor mengapa banyak kedai menjalankan perniagaan secara bebas dan berleluasa sehingga kaki judi dan ramai pelajar mengunjungi membeli toto dan empat nombor ekor secara tidak segan silu.

Seorang bekas pesara polis memberitahu penulis ada papan tanda yang berbunyi: : TOTO halal ada disini”.

Bekas seorang pensyarah maktab perguruan Kuala Terengganu, berkata ”mana ada judi halal. Semua judi haram.” Memang dari segi Islam setiap judi itu haram, tetapi kerajaan yang memerintah negera ini tidak mengharamkan judi, malah telah dilesenkan dan disifatkan halal dari segi undang undang negera.

Atas isu ini penulis masih ingat apa kata mantan Menteri Besar Terenggganu, Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad ketika menjawab soalan pembangkang dalam satu persidangan Dewan undangan negeri sebelum BN tumbang pada tahun 1999.

Apa dia kata. Bunyi kata kata yang keluar dari mulut mantan menteri Besar Terengganu, bekas ketua biro agama Umno dan pernah menjadi pengerusi loteri kebajikan masyarakat yang sudah diharamkan operasinya, tidak lain dan tidak bukan bahawa lesen judi dikeluarkan dengan tujuan ”orang tidak berak merata rata .”

Tan Sri Wan Muhktar ibaratkan kedai judi yang diluluskan premis oleh kerajaan itu macam ”tandas” agar orang berak merata rata dan disama dengan orang ramai yang hendak berjudi dan telah disediakan tempat untuk berjudi.

Nampaknya papan tanda berbunyi ”TOTO halal” yang dipasang secara misteri itu mengamik perhatian kebanyakan yang melihat dan membaca untuk mendapat resksi secara drastik.

Ini dapat kita buat kesimpulan bahawa mana mana premis judi yang dikeluarkan sebelum ini barangkali masih disambung, sebab itu kegiatan toto dan empat nombor ekor seluruh negari Terengganu berjalan seperti biasa.

Bukan setakat itu sahaja, malah semakin banyak kedai yang menjalankan perniagaan premis judi yang ditutup oleh kerajaan sejak tahun 2000 lagi.

Sehingga hari ini belum pun ada pemilik sesebuah kedai yang menjalankan premis judi haram oleh Kerajaan Terengganu ditangkap dan dakwa.

Kalau ada sudah tentu media akan melaporkannya, terutama akhbar sinaran yang mottonya ”suara cakna kumuniti anda” yang boleh dikatakan cukup proaktif, termasuk banyak melapor berita berita menarik diperingkat daerah dan kampung.

Penulis jarang benar membaca berita suatu tangkapan yang dibuat oleh pihak polis mengenai kegiatan judi toto dan empat nombor ekor atas sebab ketiadaan premis yang di keluarkan.

Ini menunjukkan kegiatan premis judi toto dan empat nombor ekor walaupun tiada lesen dan premis dikeluar tetapi ianya dilihat sebagai halal (tidak salah) dari segi kerajaan yang memerintah.

Kalau salah sudah tentu sudah lama diambil tindakan menangkap dan mendakwa mereka yang menjalankan operasi judi tersebut.

Betullah apa yang didakwa oleh beberapa orang yang mengadu kepada penulis bahawa setakat ini polis tidak mengambil sebarang tindakan setelah menerima laporan, malah kegiatan judi toto dan empat nombor ekor berlaku secara berleluasa.

Kaki judi dan juga para pelajar semakin berani melanggan toto dan empat nombor ekor berbanding sebelum ini, kerana sewaktu kedai ada premis dan dilesenkan pelajar beragama Islam tidak boleh membeli, kerana ianya salah dan mereka boleh ditangkap serta didakwa di mahkamah syariah.

Tetapi sekarang ini mereka yang datang membeli tidak boleh ditangkap kerana toto dan empat nombor ekor yang di jual di kedai kedai tiada premis majlis daerah, mungkin diantaranya masih ada lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat.Cuma rakyat Terengganu sahaja yang tidak tahu apa yang tersurat dan yang tersirat.

Sebab itu polis tidak mengambil sebarang tindakan walaupun ada banyak laporan dari masyarakat setempat yang bimbang dengan kegiatan judi yang berlaku secara sewenang wenang dan berleluasa itu.

Sekian.......................

1 comment:

Anonymous said...

pas jgn nak cuba nak tipu semasa tahun 2002 masi ada premis judi di buka di terengganu.malahan bertambah. pakcik sya antara pembeli nombor ekor dan juga beliau merupakan ahli pas.dan kedai pjak riba bermaharajarela..