Sesungguhnya Datuk Ahmad Said sudah acapkali naik berang ekoran banyak sebab yang dilakukan oleh orang dibawah takluknya. Apa tidak kalau ada orang yang tergamak melanggar perintahnya.
Tidak lama dahulu Ahmad naik berang dengan tindakan YB Yahya Khatib Mohamad, pengerusi jawatankuasa pembangunan infrastuktur dan kemudahan awan negeri yang sengaja melanggar perintah kerana bertanding jawatan ketua parti bahagian Marang.
Pada hal pihak Badan Perhubungan Umno negeri telah mengarah supaya Exco tidak bertanding jawatan tertinggi parti, tetapi dilanggar juga. Atas sebab itu Ahmad nekad dan berkata YB Yahya akan dipecat dan diganti dengan orang lain.
Marah memang marah betul, Akan tetapi hingga sekarang ini Yahya Khatib tetap kekal sebagai EXCO tanpa diambil sebarang tindakan.
Antara Kemarahan yang amat sangat Ahmad Said, ialah ekoran Jabatan Hal Ehwal Agama yang gagal menangkap Ariffin Mohammad ketua ajaran sesat kerajaan langit (ayah Pin).
Beliau naik berang dan berkata macam macam itu dan ini keatas Jabatan Hal Eh Wal Agama yang dianggap enggan mengarah penguatkuasa agama menangkap dan menahan Ariffin Mohammad yang sudah mula balik semula setelah menghilang entah di mana konon.
Kini Ahmad Said berang lagi ekoran Umno Bahagian Kuala Terengganu tidak memberitahu siapakah calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Ianya seolah olah sengaja dilakukan agar perkelahian berterusan sebagai penyebab calon yang bertanding piliharaya kecil kali ini kalah lagi sepertimana yang berlaku keatas parlimen Pemantang pauh
Memang sangat tidak patut Umno bahgian Kuala Terengganu ketepikan Bos Umno Negeri ketika memilih nama nama calon. Tak patut bertindak begitu terhadap Menteri Besar. Sepatutnya kena hormatlah sikit.
Dia seorang Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Terengganu yang sah, walau bagaimana berkelahi sekalipun mahu tidak mahu mestilah kena beritahu siapakah orangnya calon yang akan diserahkan kepada Najib. Tak kan Bos tidak tahu sedikit pun. Tak patut buat begitu.
Metang metang Umno bahagian itu duduk dibawah ketiak Datu Seri Idris Jusoh, tergamak diperlakukan pada Menteri Besar sedemikian rupa. Kan Ahmad Said sudah kata,biarpun kita berkelahi.tepai kita kena kembali bermain? Entah.
Beliau meminta pemimpin Umno Terengganu mengetepikan semua masalah peribadi termasuk perselisihan yang berlaku, kerana langkah itu adalah penting bagi menjamin kemennangan BN dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.
Tambah beliau lagi mana mana pihak tidak harus menjadi persaiangan yang merosakan perancangan dan perjaungan parti. Biar kita berkelahi, tetapi kita perlu bermain kembali dan tidak harus berkecil hati dengan krisis dalaman yang berlaku sebelum ini.
Tak kan ketua dan jawatan kuasa Umno bahagian kuala Terengganu tidak faham dengan apa yang ucapkan oleh Ahmad Said itu. Yang sudah sudah lah. Begitulah luahan yang termampu dilakukan. Demikianlah yang kita difahamkan.
Ada orang kata Ahmad Said hanya bergurau ketika menjawap soalan orang media mengenai nama calon Umno dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari tahun depan.
Kalau beliau tidak diketepikan masakan terbit perkataan yang berbunyi: “kita akan buka sampul surat nama calon depan Najib esok”. Ini sudah cukup kuat sebagai bukti yang beliau naik berang.
Mengapa Ahmad Said berkata demikian. Sama ada bergurau atau sebaliknya tetapi ucapan kata kata itu mengambarkan kepada kita ia naik berang.Sudah tentu ada benda yang tidak kena. Lebih lebih lagi dia adalah ketua Umno negeri Terengganu patut tahu siapakah orangnya yang terisi dalam samput surat yang diserahkan oleh Datuk Wan Ahmad Farid ketua Umno Bahgian Kuala Terengganu itu.
Sepatutnya nama nama calon yang disenarai pendekkan itu diberitahu terlebih dahlu sebelum diserahkan kepada Najib, sebagai menghormati seorang ketua. Ini tidak.Seolah olah Pengerusi Perhubungan Umno negeri tidak perlu diberitahu siapakah orangnya.
Sewajarnya Umno Kuala Terengganu memaklumkan terlebih dahulu siapakah orangnya.Ini tidak ,tiba tiba sahaja menerima sampul surat yang berisi senarai calon yang disebut disenaraipendekkan.
Perkataan “disenaraipendekkan” difahamkan hanya seorang sahaja calon yang disenaraikan dalam sampul surat yang diserahkan oleh ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid tempoh hari.
Barangkali Ahmad Said sudah tahu siapakah orangnya. Beliau mendapat maklum melalui audit politik orang yang taatsetia dengannya. Sebab itu dia berani bercakap sedemikian rupa.
Nampak jelas yang Ahmad Said naik berang. Kalau tidak masakan dia tergamak berkata demikian.
Tindakannya itu memang sesuatu yang datang dari hasil tidak puashati dengan tindakan yang dilakukan Umno Bahagian Kuala Terengganu, yang masih dipengaruhi oleh Datuk Seri Idris Jusoh.
Dengar cerita nama calon yang disebut Ahmad sebagai disenaraipendekkan itu, tidak lain dan tidak bukan iaitu Datuk Che Mat Jusoh,orang yang disayangi Idris Jusoh.
Ada juga yang berkata, tidak lain dan tidak bukan iaitu Datuk Seri Idis Jusoh. Barangkali munsabah juga, kerana beliau orang kesayangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hingga ke hari ini.
Desas desus Wan Ahmad Farid sebagai calon sah bukan, kerana dia sudah dilantik semula sebagai senator bagi kali kedua dalam sidang DUN yang bersidang 14 Disember 2008.
Manusabah juga, buat apa dipilih untuk bertanding sedangkan beliau sudah ada jawatan sebagai timbalan menteri dalam negeri yang lebih selesa. Apa pun pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu merupakan medan untuk menguji kewibawaan Ahmad Said, sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang baru.
No comments:
Post a Comment