Seluruh negeri Terengganu gamat apabila Datuk Ahmad Said Menteri Besar naik minyak marah marah pada Jabatan Hal Eh Wal Agama negerinya (JHEAT), kerana dikatakan gagal ambil tindakan terhadap Ayah Pin.
Marah betul dengan Jabatan yang bertanggungjawab dengan hal eh wah agama negeri Darul Iman.Tetapi marahnya nampaknya tidak kena pada tempatnya.
Kalau hendak marah kena marah macam Tun Mahathir marahkan Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi, baru kena caranya.
Kita tahu Siapakah yang tidak kecewa apabila jabatan berkenaan gagal menangkap ketua ajaran sesat kerajaan langit Ariffin Mohammad yang dikatakan sudah pulang semula di Kampung Batu 13, Tenang Hulu Besut.
Apatah lagi Ahmad Said.Beliau bukan sahaja kecewa malah merasa teramat malu dan tercabar kewibawaannya sebab itu naik berang semacam.
Kalau rakyat biasa boleh kecewa dan marah marah dengan amalan ajaran sesat ayah pin, masakan Menteri Besar yang bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku di negeri bawah takluknya.
Lebih-lebih lagi Ahmad Said telah diberi amanah oleh rakyat mentadbir Terengganu Darul Iman dengan lebih baik berbanding dengan Datuk Seri Idris Jusoh yang membazirkan wang rakyat.
Kalau beliau tidak boleh buat lebih baik daripada menteri besar dahulu sudah tentu memalukan. Sememangnya merasa malu jika jabatan berkaitan agama gagal menangkap ketua ajaran sesat kerajaan langit.
Yang anehnya Ahmad said marah kepada jabatan hal eh wal agama. Apa salah jabatan itu sehingga tergamak berkata sedemikian rupa.
Tidak wajar marah jabatan berkenaan, kerana kesalahan itu terletak pada orang yang mentadbir Jabatan hal eh wal agama.
Yang gagal bertindak menangkap Ariffin Mohammad ialah Pensuruhjaya Jabatan Hal Eh ehwal agama. Sebab dialah jabatan gagal bertindak, kerana dia tidak menbuat arahan kepada penguatkuasa menangkap orang yang didapati terbabit dengan jaran sesat itu.
Menurut Ustaz Mohamad Ramli Nuh, timbalan pengerusi jawatankuasa agama dan penerangan negeri bahawa ajaran sesat kerajaan langit yang berketuakan Ariffin Mohammad bukan lagi ancaman.
Kalau ajaran sesat kerajaan langit tidak menjadi ancaman lagi, mana mungkin akan diambil tindakan oleh jabatan hal eh wal agama.Adalah tersangat tidak wajar pesuruhjaya jabatan hal ehwal agama mengarah penguatkuat kuasanya bertindak menangkap.
Wajarkah pesuruhjaya Datuk Sheikh Harun Sheikh Ismail membuat arahan supaya Arifin Mohamad di tangkap dan didakwa sedangkan ajaran itu tidak mengancam akidah umat Islam Terengganu.
Jadi, adakah patut Ahmad Said merasa kecewa dan berkata bukan bukan kepada Jabatan Hal Ehwal agama, sedangkan ajaran sesat kerajaan langit itu telah dikategorikan sebagai sudah lumpuh.
Cuba kita bayangkan orang kena penyakit lumpuh. Sudah tentu orang yang lumpuh tidak berdaya lagi untuk mengugat keselamatan sesiapa, apatah lagi dia memang tidak boleh lagi mengancam akidah orang Islam.
Penulis kira kemarahan Ahmad Said itu ada asasnya. Apatah lagi dengan batang tubuh Pesuruhjaya yang dianggap sebagai lemah dalam banyak perkara. Lemahkah Sheikh Harun
kemarahan Ahmad said itu tidak patut ditujukan kepada jabatan itu, Kalau hendak marah marahlah kepada batang tubuh pesuruhjaya yang kelihatan lemah untuk bertindak dan harus diganti dengan orang lain yang lebih berwibawa.
Jika Pesuruhjaya yang dilantik oleh Datuk Seri Idris Jusoh itu tidak ditukar dengan orang lain yang lebih berwibawa sudah barang tentu orang terbabit sepertimana yang diharap-harapkan oleh menteri Besar itu jadi sia-sia.
Bagaimana mungkin Pesuruhjaya itu akan mengarah supaya Ariffin Mohammad ditangkap wal hal orang yang melantiknya sudah beri signal supaya jangan usik, kerana setiap kali pilihanraya umum diadakan mereka itulah yang banyak beri saham dan boleh memberi jaminan serta penyumbang terbesar kepada kemenangan Umno di Besut.
Kalau mereka tangkap ketuanya sudah barang tentu menjadi kemarahan pengikutnya yang dikatakan ramai terdiri daripada orang umno dan penyokong yang taatsetia tidak berbelah bahagi itu.
Inilah yang menyebabkan jabatan hal ehwal agama Terengganu gagal menangkap sepertimana yang dimahukan oleh Ahmad Said. Beliau marah marah atas kegagalan bertindak dengan berkata tangkap. Dahulu dia lari sekarang dia ada tangkaplah.
Yang peliknya ada sesetengah mengatakan Datuk Sheikh Harun Ismail telah memberi arahan kepada penguatkuasa jabatan hal eh wal agama tetapi ketua penguatkuasa enggan mengikut arahan.
Apabila dengar kenyataan yang buat oleh Datuk Seri Syed Hamid Albar, menteri dalam negeri yang meminta dan menunggu arahan jabatan hal ehwal agama baru boleh berindaka menahan ayah pin, seolah olah tiada sebaran rahan dibuat pihak berkenaan. Demikian juga dengan kenyataan ketua polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Mana mana boleh jadi begitu, wahl hal pesuruhjaya agama sudah buah arahan dan ianya sesuai dengan kenyataan yang dibuat oleh menteri jabatan perdana menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang mengatakan pihaknya sudah lama membuat pemantauan untuk mengawasi ajaran sesat kerajaan langit itu.
Pihak kemenetrian dalam negeri kata,jika ada arahan boleh boleh mertindak kerana tangkap ajaranm sesat bukan bidang kuasa kementeriannya, sebab itu kita kena menunggu arahan.
Yang menghairankan kita mengapa menteri di jabatan perdana menteri lain pula ceritanya. Ini mesti adalah yang tidak kena. Semacam ada cerita yang tidak kena disebalik yang tersurat dan yang tersirat. Sebab itu sampai hari ini pihak jabatan hal ehwal agama dianggap gagal.
Bukan setakat gagal sahaja malah telah dicemah oleh menteri besar Teregganu dengan sedemikian rupa dan memalukan kerajaan yang bernama Darul Iman itu.
Sepatutnya sebuah Negari yang bernama Darul Iman ini tiada ujud ajaran sesat. Kalau ada jangan dibiarkan dia hidup dan sangat sesuai dengan hasrat Menteri Besarnya yang tidak mahu melihat ada kegiatan ajaran sesat kerajaan langit yang jelas mengancam akidah umat Islam.
No comments:
Post a Comment