Friday, April 24, 2009

Cari jalan mudah untuk tukar Menteri Besar Terengganu

Sekiranya Idris Jusoh benar benar hendak tukar Menteri Besar Terengganu senang sangat.

Jalan undi tidak percaya terhadap Ahmad said jalan yang payah dan tak mungkin berjasa. Percayalah.

Speaker Tengku Puteri Tengku Awang orang Ahmad Said, sudah tentu usul yang dikemukakan ditolak bulat bulat.

Jalan mudah dan senang Idris Jusoh orangnya seramai 10 orang itu lompat sahaja ke parti keadilan rakyat.

Sebelas orang Adun yang lompat itu dicampur dengan 8 adun PAS jumlahnya 19 dan lawan 13 orang adun sudah tentu jatuhlah kerajaan yang diterajui Ahmad said.

Apabila jatuh maka bolehlah membentuk kerajaan baru atas nama pakatan rakyat, maka bolehlah tukar Menteri Besar lain.siapakah orangnya boleh fikir kemudian. Idris jangan diharap kerana sultan tak berkenan.

Inilah kaedah untuk tukar menteri besar dan sekaligus tukar kerajaan Umno/BN yang sudah lama tidak boleh diharapkan lagi untuk membela agama, bangsa dan negara.

Ia bukan terhenti setakat itu sahaja, malah mudahlah untuk tukar kerajaan yang diterajaui Datuk Seri Mohad Najib Razak kepada kerajaan Pakatan rakyat.

Sekarang ini sudah ada 34 orang orang Umno yang tidak gemar dengan Najib Razak. Namun sangat mudah untuk tukar kerajaan jika mahu. Tak mahu seribu dalih mahu mudah sahaja.

Mengapa cari jalan payah. Bukankah ada jalan mudah yang mungkin tidak sakit kepala dan sakit hati.

Mengapa tidak? Orang Idris Jusoh dikatakan hendak muntah apabila tengok wajah Ahmad Said. Jadi untuk atasi rasa muak dan hendak muntah itu jalannya tidak lain dan tidak bukan lompat sahaja.

Jangan buat macam songkok yang tetap diatas kepala dan kadang kadang ada juga orang letak diatas kepala lutut. Jangan buat macam kasut dibubuh dikaki sahaja. Ia pesis. Manusia tidak.

Parti hanya alat untuk manusia bejuang. Apa salah tukar parti dan ambilah parti yang boleh diharap untuk bela agama, bangsa dan negara. Kalau Umno tidak tak boleh buat biar parti lain pula yang buat.

Saya harap fikir dan fikir, agar jadi baik. Untuk jatuh Ahmad Said itulah kaedah yang terbaik dan mudah, tidak pening kepala. Najib tak pening. Pendek kata semua orang boleh terima.


Cuma hawa nafsu sahaja yang tidak boleh menerimanya. Sultan boleh menerimanya Ahmad Said pasrah sahaja.

3 comments:

wan said...

Menteri besar Terengganu walaupun jawatanya kekal, tetapi dia dilantik timbalan pengerusi badan perhubungan umno negeri.

Ini menunjukkn krisis yang berlaku dalam cawan umno Terengganu berkocak kuat.

Nampaknya memang tidak kuat tetapi ia semakin hari semakin kuat dek dendam Idris Jusoh terhadap Ahmad Said.

Maka untuk tukar menteri besar Terengganu mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Idris Jusoh memang marah. demikian juga Ahmad Said.Marah sama marah maka dendamlah antara mereka sampai bila bila.

cglee said...

sEKIRANYA KITA MAHU MENJADI MENTERI, KITA HENDAKLAH BERKHIDMAT SEPERTI YANG DIAMALKAN OLEH DATO MUSTAPHA MOHAMAED TU. IKUTILAH SEBAGAIMANA YANG DIAMALKAN OLEH DIA. MASA MAHATHIR, MASA PAK LAH DAN MASA NAJIB SEMUA LANTIK DIA. INILAH PEMIMPIN YANG DIPERLUKAN OLEH RAKYAT. BUKAN SETAKAT HANYA MAHUBOLOT KEKAYAAN SAJA MACAM YANG DIAMALKAN OLEH YB YANG LAIN LAIN TU. SAYA SOKONG BETUL PM AKAN AKAN DATANG NI MUSTAPHA MOHAMAD SELEPAS MUHYIDDIN.KETAHUILAH BAHAWA KINI RAKYAT MALAYSIA BERFIKIRAN MATANG DAN CERDIK. BUKAN MACAM DULU-DULU LAGI.BANYAK YANG PUNYA AKSES INTERNET.

ana said...

Ahmad Said sudah turun pangkat hasil desakan Idris Jusoh.

Idris Jusoh memang selama lamanya tidak berkenan dengan Ahmad said.

Apa pasal Idris tidak berkenan sangat dengan Ahmad Said.

Ada orang kata, projek ditangan Ahmad Said duit ditangan Idris Jusoh.

Ahmad tukang buat projek duit memang tak mari.

Kontraktor pening kepala, kerana sudah banyak wang dibelanjakan bayaran tidak dapat.

Bayaran tak dapat bukan mingu dua minggu, malah sudah ada yang tak dapat bayaran selama dua tahun.

Dengar cerita sudah ada kontraktor nak muflis.

Kalau muflis sudah tentu ramai yang hilang kerja.

Sebelum ini ramai para pekerja merungut, kerana ada antara mereka tidak dibayar gaji atas alasan mereka tidak ada duit, kerana kerajaan tak bayar progres.

Inilah yang membuat ahmad Said marah dan Idris Jusoh marah yang bukan kepalang.