Wednesday, April 8, 2009

Idris Jusoh akan dilantik menteri pusat?

Jam 3 petang 9 April 2009 Datuk Seri Mohd Najib Razak akan umum Kabinet baru.

Sebut sahaja nama bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh teringat penulis akan nama Datuk Rahim Abu Bakar, bekas Menteri Besar Pahang.

Rahim Abu Bakar tidak mendapat perkenan Sultan Pahang yang menyebabkan dia dilantik sebagai pengerusi Mara.

Demikian Idris Jusoh yang juga tidak mendapat perkenan sultan Terengganu untuk dilantik semula sebagai menteri besar kali kedua selepas Umno/ BN kekal menang pilihanraya umum ke 12 8 Mac 2008.

Setelah tidak mendapat perkenan Sultan yang juga Yang Di Pertuan Agong Malaysia dia dilantik sebagai pengerusi Mara atas sebab kenang jasa.

Kenang jasa itu dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipertikaikan kewibawaanya dan sedang tunggu masa untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Razak.

Ia dilakukan atas desakan Umno agar dilakukan peralihan kuasa dengan seberapa segara atas sebab Tun Abdullah Ahmad Badawi terlalu lemah yang menyebabkan UMNO/BN lemah dan kalah teruk dalam pilihanraya umum ke 12.

Bukan setakat tidak mendapat dua pertiga, malah lima buah negeri yang diperintah oleh BN jatuh ke tangan Pakaran Rakyat yang dianggap bukan kuat tetapi kerana kelemahan berada pada Umno.

Sebelum ini nama Idris Jusoh pernah disebut sebut akan dilantik sebagai menteri. tetapi malangnya tidak menjadi kenyataan. Dia hanya dilantik sebagai pengerusi MARA sahaja.

Sebaik sahaja perhimpunan agung Umno ke 59 berakhir, nama Idris Jusoh meniti dari mulut ke mulut akan dilantik sebagai menteri atas sebab menang dalam pertandingan Ahli Majlis Tertinggi.

Pelik juga, dia yang bukan pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan bukan seorang Menteri Besar turut menang dalam permilihan tersebut

Beliau hanya pengerusi Mara dan hanya ketua Umno Bahagian Besut boleh menang, sedangkan dua orang menteri Datuk Shahrir Samad Menteri Perdaganag Dalam Negeri dan Datuk Azalina Said, Menteri Pelancungan boleh kalah.

Datuk Shahrir Samad meletak jawatan sebaik sahaja diisytiharkan kalah. Manakala Datuk dan Datuk Azalina Said, menyerahkan jawatan itu kepada budi bicara Perdana Menteri baru.

Empat orang Menteri Besar turut kecundang dalam pertandingan MT kali ini. Mereka ialah Datuk Adnan Yaakub, Menteri Besar Pahang yang dikatakan sedang menunggu masa dan ketika untuk meninggalkan jawatan itu.

Datuk Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohd Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan Datuk Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang dikatakan kekalahan itu atas sebab mereka masing masing orang PAK LAH.

Datuk Idris Jusoh juga orang Tun Abdullah Ahmad Badawi. tetapi beliau menang sebaris Datuk Shabery Cheek, Menteri Penerangan yang juga disebut sebagai orang Pak Lah.

Kalau Idris Jusoh orang Pak Lah sudah tentu tidak akan dilantik sebagai menteri oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak apabila membuat rombakan kabinet nanti.

Lebih lebih lagi kuota menteri yang diberi kepada Terengganu hanya satu sahaja dan dua Timbalan Menteri yang sudah kosong itu kemungkian besar akan diberi kepada tokoh lain negeri kerana fakta tiada seorang pun ahli parlimen Terengganu yang layak.

Untuk menjaga hati rakyat Terengganu kedua dua jawatan timbalan menteri yang kosong dan juga kuota kepada Umno Terengganu.Mahu tidak mahu orang Terengganulah yang berhak untuk menyandang kedua dua jawatan itu.

Jika kedua dua jawatan itu beri kepada orang negeri lain sudah barang tentu ianya akan berlaku taufan baru yang membuat Umno yang baru hendak stabil tidak mungkin akan pulih sepertimana yang diharapkan akar umbi.

Ini juga merupakan masalah yang bukan kecil untuk ditangani dan menjadi cabaran kepada perdana menteri baru yang akan melakukan perubahan yang dijanjikan melalui ucapan perasmian dan pengulungan yang diwar warkan berubah atau rebah.

Kalau berubah sudah tentu Umno tidak akan rebah, tetapi kalau tidak berubah sudah pasti akan rebah. Begitulah persepsi akar umbi terhadap Umno yang diterajui oleh Mohd Najib Razak.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri baru ada menyebut tidak beri salah beri pun salah yang menimbulkan reaksi yang pelbagai dikalangan akar umbi umno kini.

Ini boleh kita kaitkan dengan apa yang sedang sibuk diperkatakan oleh orang Umno Terengganu. Rakyat juga turut tumpan sekaki berbual mengenai Idris akan dilantik sebagai menteri.

Sesetengah mengatakan mustahil. Sesetengah mengatakan munasabah. Mustahil akan dilantik sebagai menteri, kerana dia tidak mendapat perkenan sultan Terengganu yang juga Yang Di Pertuan Agung.


Inilah berbetulan dengan kata kata Datuk Seri Najib bahawa tidak beri salah, beri pun salah yang barangkali akan berlaku juga keatas Umno Terengganu apabila hendak membentuk kabinet baru yang dikatakan bersesuaian dengan kehendak dan matlamat serta agenda untuk tujuan perubahan Umno dan kerajaan yang sudah lama berlaku krisis keyakinan.

Datuk Idris Jusoh bukan sahaja dapat mengekalkan jawatan ahli majlis Tertinggi Umno, malah beliau antara tokoh Umno yang dikatakan jaguh kampungan itu merupakan tokoh yang layak menjadi menteri.

Mengapa tidak? Beliau pernah menjadi timbalan menteri perusahaan Awam dan Menteri Besar yang memacu Terenganu maju, berbanding dengan Tokoh lain seperti Datuk Nasir Ibrahim dan Mohd Jidin Shafie yang di sebut tidak layak. Tapi bagaimana dengan nama Mohd Nor Othman, Ahli Palimen Hutu Terengganu, bekas seorang guru dan Matulidi Jusoh Ahli Parlimen Dungun bekas pegawai tadbir

Apa pula akan terjadi jika Datuk Idris Jusoh dilantik sebagai timbalan menteri salah satu timbalan menteri yang di peruntukan kepada umno Terengganu itu.

Penulis berani mengatakan akan terjadi apa yang pernah terjadi keatas Ahli Parliman Kimanis, Datuk Anifal Aman yang dilantik sebagai timbalan menteri telah menolak dan meletak jawatan. Demikian apa terjadi keatas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghafur Salleh dan Ahli Parlimen Jerantut Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang dilantik sebagai Timbalan Menteri tetap menolak dan meletakkan jawatan.

Mengapa tidak? kerana ketiga tiga orang itu pernah dilantik sebagai timbalan menteri sebelum ini adalah wajar dinaikkan pangkat menjadi menteri. Adalah tidak wajar ketiga tiga tokoh itu dilantik timbalan menteri.

Penulis boleh bayangkan bahawa Idris Juosh juga akan berbuat demikian jika beliau tidak lantik sebagai timbalan menteri, kerana beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan tersebut.

Ini membuat Perdana Menteri baru jadi serba salah. Tidak beri salah, beri pun salah dan boleh jadi Umno Terengganu yang diterajui Datuk Ahmad Said akan menghadapi masalah yang sangat rumit dan kian mencabar. Lebih lebih lagi nama beliau disebut sebut sebagai seorang Menteri Besar yang lemah.

Masakan tidak? setakat hari ini mana ada projek yang dirancang dan dilaksanakan olehnya, kecuali projek projek yang ditinggalkan oleh Idris jusoh.

Dalam sibuk sibuk Idris Jusoh akan dilantik sebagai menteri timbul pula cerita Ahmad Said, tidak punya wibawa. Program ”sehari bersama Menteri Besar” di Kampung Maras, satu tahun memerintah Terengganu muncul pelbagai cemuhan yang tidak disangka sangka, termasuk mempertikaikan integeritinya didalam melayari Terengganu maju ini.

sekian.............

3 comments:

penawarrindu said...

Baham Keceeek...

itu lah rasa nya ungkapan yang dapat dikatakan dan paling manis serta paling sopan untuk dipersembahkan kepada umno Terengganu.

Dikahabarkan tak kurang 5 atau 4 orang dari Terengganu yang berangan-berangan dan berdoa siang malam supaya dipiliah PM6 Najib Razak dalam senarai Kabinetnya.

Hari ini ternyata sudah Najib mengumunkan barisan Kabinet yang menjadi harapan dan pertaruhan beliau untuk memulihkan sokongan dari dalam dan luar negara.Namun seperti beberapa penggal kebelakangan yang lalu, MP Bn Terengganu masih tidak mendapat tempat di hati PM6 ......

http://penawarrinduku.blogspot.com

abdullahngah said...

Ahli parlimen Umno Terengganu memang tidak layak dilantik sebagai timbalan menteri.

Mereka hanya layak digelar jaguh kampungan sahaja.

Nasib baik Ahmad Shabery Cheek kekal juga walaupun bertukar kementerian.

Yang menhairankan kita mereka yang jelas dan nyatakan tidak layak itu boleh menang.

Idris Jusoh walaupun derhaka terhadap raja juga menang MT.

apabila direnung panjang sikit Umno juga turut derhaka kepada raja raja Melayu.

Kalau Umno tidak derhaka kepada raja sudah pasti idris jusoh tak menang.

Demikian juga pasal politik wang.
Kalau Umno benci politik wang mana mungkin Khairy Jamaluddin boleh menang ketua pemuda.

cglee said...

sEKIRANYA KITA MAHU MENJADI MENTERI, KITA HENDAKLAH BERKHIDMAT SEPERTI YANG DIAMALKAN OLEH DATO MUSTAPHA MOHAMAED TU. IKUTILAH SEBAGAIMANA YANG DIAMALKAN OLEH DIA. MASA MAHATHIR, MASA PAK LAH DAN MASA NAJIB SEMUA LANTIK DIA. INILAH PEMIMPIN YANG DIPERLUKAN OLEH RAKYAT. BUKAN SETAKAT HANYA MAHUBOLOT KEKAYAAN SAJA MACAM YANG DIAMALKAN OLEH YB YANG LAIN LAIN TU. SAYA SOKONG BETUL PM AKAN AKAN DATANG NI MUSTAPHA MOHAMAD SELEPAS MUHYIDDIN.KETAHUILAH BAHAWA KINI RAKYAT MALAYSIA BERFIKIRAN MATANG DAN CERDIK. BUKAN MACAM DULU-DULU LAGI.BANYAK YANG PUNYA AKSES INTERNET.