Najib bertindak gopoh gapah?
Jika benar Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri yang dilantik tidak sampai seminggu ini sudah membentuk kabinet, maka berani saya katakan tindakannya itu adalah suatu tindakan yang tersangat gopoh gapah.
Saya berani buat kesimpulan tindakan itu merupakan tindakan yang tidak bijaksana walaupun Tan Sri Ismail adam dalam Dialog@ 1 TV 1 8 April 2009 malam begitu yakin dengan perdana menteri baru.
Tan Sri Ismail Adam yakin, kerana Datuk Seri Najib Razak boleh buat sesuatu, kerana semasa menjadi menteri belia dahulu beliau ada motto "belia cemerlang" tapi malangnya motto belia cemerlang wang KOBENA hilang.
sekarang ini saya dapat baca bahawa Mohd Najib masih berpegang dengan amalan sikap "tak apa, biarkan. Sikap ini adalah sikap yang dimiliki orang orang melayu sejak zaman berzaman lagi.
Ayahandanya Tun Razak juga memiliki sikap itu. Juga Tunku Abdul Rahman, Juga Tun Husein Onn Juga Tun Mahathir, juga Tun Abdullah Ahmad Badawi yang baru serah jawatan yang disandangnya.
Orang tua tua ada mengatakan biar lambat asal selamat. Tapi sekarang ini Mohd Najib buat biar cepat walaupun tidak selamat.Ini sesuai dengan kata kata yang diucap berubah atau rebah.
Rebah seorang pemimpin tidak memberi sebarang kesan pada dirinya. Mereka tetap kayaraya. Ia tetap memberi impak yang sangat besar kepada rakyat dan negara. Sebab itu para pemimpin tidak pernah ada niat untuk membela rakyat kecuali hanya kata kata yang mampu diucapkan.
Mereka boleh bercakap tapi cakap tidak serupa bikin, malah ada udang di sebalik batu.
Kalau mereka adan niat sudah barang tentu nasib rakyat, terutama Melayu tidak berada ditahap macam yang ada sekarang. Orang Melayu lemah dalam bidang usahawan. tidak maju.Apa lagi dalam bidang keagamaan. 72 peratus orang Islam tidak solat lima waktu sehari semalam.
Orang melayu yang teramai terbabit dengan dadah, orang melayu yang ramai terbabit dengan rasuah. orang melayu yang ramai terbabik dengan gejala sosial. orang melayu juga ada yang juah bini. orang melayu juga paling ramai terbabit dengan judi.
Tahap pemilikan ekonomi tetap ditakak lama, masih 18 peratus dan masih jauh untuk mencapai 30 peratus yang di peruntukan oleh DEB.Mengapa begitu, sedangkan dalam Islam tiada hak kecuali jangan ambil hak orang lain sahaja.
2 comments:
kabinet dapur najib saiznya lebih kecil daripada kabinet dapur pak lah.
Peralihan kuasa Pak Lah kepada najib bukanlah satu transformasi tapi momokan kepada rakyat.Najib memerintah dengan otak mamak memanda pencen.tak ubah macam boneka.negara kita kini berada seperti pada zaman mamak memanda pencen memerintah dulu.
Kabinet dapur yang baru dibentuk ibarat kabinet perpecahan yang menanti masa untuk retak dan menanti belah.
pemerintahan 100 hari najib sebagai PM hanya untuk memenuhi nafsu serakah mamak memanda pencen untuk menyingkirkan KJ.
Liciknya mamak memanda pencen ini ialah mengekalkan hulubalang kanan KJ seperti sepupunya shaziman,Ismail Sabri dan saifuddin abdullah dalam kabinet dapur najib.
sama seperti yang dilakukannya ketika memasukkan Rais yatim dan Brahim Ali dalam kabinet dapurnya hanya untuk meminggir dan menjadikan Kuli terasing daripada hulubalang kanannya.
KJ senasib dengan Kuli
Tok tak percaya KJ akan bersabar dan membiarkan dirinya diinjak-injak oleh mamak memanda pencen.
KJ belum memetik butang kecemasan dan setakat ini Pak Lah masih bersikap neutral tapi jika menantu kesayangannya terus dianiaya,sudah tentu Pak Lah akan mengumpul bala tenteranya untuk melawan.
semboyan perang masih belum dibunyikan.Najib masih terus-terusan mengikut telunjuk mamak memanda pencen yang sibuk melobi tempat untuk anaknya dalam kabinet dapur najib sambil menyingkirkan seteru utamanya KJ.
Selepas ini dijangkakan rombakan teraju kepimpinan akan berlaku di Perlis,Negeri Sembilan,Melaka,johor,Pahang dan Terengganu.Mereka akan digantikan oleh hulubalang-hulubalang najib.
Masih ada 3 MP di Perlis yang berpihak kepada Pak Lah dan Pulau Pinang kerusi Pak Lah sendiri parlimen Kepala Batas,seorang MP di Melaka,7 MP di Perak,3 di Negeri Sembilan,seorang MP di WP,2 MP di Selangor,6 MP di Johor,6 di Pahang,3 di Terengganu dan Kuli di Kelantan.
Sekurang-kurangnya 10 MP lagi akan menyertai Pak Lah jika beliau berjaya mengumpulkan 30 MP menyertainya.Ketika ini tak mustahil jika mereka keluar UMNO dengan menjadi bebas dan mencapai persetujuan dengan PR untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru dan menumbangkan kedudukan najib sebagai PM melalui undi tak percaya yang dikemukakan d dalam parlimen.
Jika ramalan tok berlaku,nescaya umno akan tumbang dan setelah menjadi parti yang mendominasi kaum Melayu akhirnya parti ini mulai reput dan tinggal usang.
kehadiran mamak memanda pencen selaku tuan penasihat najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan najib.
bila dan bagaimana?sama-samalah kita tunggu dan lihat
kepada tok Iskandar said
jika dilihat komen tok Iskandar said, nampaklah lubang untuk PR rakyat untuk memerintah Malaysia tanpa melibat MP Sbah dan Sarawak.
Tapi masalah yang paling pokok mahi ke MP Umno berbuat demikian?
MP yang tidak ada hutang barangkali boleh berbuat demikian sepertimana yang pernah dilakukan oleh Kamaruddin Jaafar yang masuk PAS.
Tapi bagaimana yang ada hutang Bank? mereka mungkin tidak boleh berbuat demikian.
Kalau mereka berbuat demikian akan jadi macam Timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang.
Apabila ada kertas siasatan sudah timbul banyak masalah yang bakal menjelma.
Kalau mahu boleh buat belaka. Kalau tidak mahu serba tak jadi.
Kalau mereka ada niat hendak tukar kerajaan jangan takut. buatlah agar kerajaan yang diterajui Mohd najib tumbang dalam masa tidak sampai 6 bulan.
Jika mahu serba serbi jadi. jika tak mahu serba serbi tak jadi.Lompat sahaja dalam parti keadilan rakyat.Itulah sahaja kaedah yang boleh tumbangkan kerajaan BN.
Undi tak percaya dalam parlimen pasti tidak menjadi, kerana apa. usul undi tak percaya yang dikemukakan pasti ditolak oleh yang pertua Dewan.
oleh itu jangan haraplah ianya boleh berfungsi. lompat sahaja baru berjaya. kalau mahu tukar kerajaan kabinet dapur Najib.
Post a Comment