Monday, April 20, 2009

Nik Aziz tetap mahu bukan Islam sertai PAS ?

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi melontarkan cadangan membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam walaupun ia tidak dipersetujui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya PAS perlu memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam yang mulai menerima baik parti itu sehingga ada yang telah menubuhkan Kelab Penyokong PAS serta turut berkempen untuk calon parti itu pada pilihan raya umum lalu.

"Bukan Islam pun dah mula undi PAS, kenapa kita tak boleh beri peluang kepada mereka. Politik ini untuk semua," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini tidak lama dahulu.

Pada muktamar PAS yang lepas, Abdul Hadi menolak cadangan berkenaan dan berkata penerimaan golongan bukan Islam untuk menyertai PAS mungkin mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan perlembagaan parti yang antaranya menetapkan syarat keanggotaan seperti beragama Islam, berakal dan akil baligh.

Barangkali atas sebab berita diataslah saya menerima Komen mengenai orang bukan Islam menjadi ahli PAS.Komen ini juga mungkin ada hubungkait dengan sokongan Melayu terhadap PAS sudah merosot dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April 2009.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melontarkan cadangan membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam walaupun ia tidak dipersetujui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jangan duduk releks dengan kemenangan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar dalam pilihanraya kecil itu. PAS memang dengan sokongan orang china dan India.

Orang yang hantar kepada kepada penulis ini bukan calang calang orang dari pengetahuan agama islam. Beliau pesara sebuah universiti di Terengganu. Dia bukan seorang pengampu bukan pembodet jauh sekali seorang tali barut sepertimana yang ada dalam Umno hari ini.

Komen ini berbunyi begini: Pandangan ini dilihat dari segi parti Islam se Malaysia (PAS) parti yang menyeru manusia kepada mantauhidkan Allah Subha Nahu wataala dan mengikut ajaran yang dibawa oleh Nabi Mohamad SAW.

Islam tidak redha dengan kekufuran dan maksiat demikian juga PAS.

Justeru itu apabila orang bukan Islam diterima sebagai ahli pas sama ada ahli biasa, bersekutu atau ahli kehormat, maka mereka akan menjadi sebahagian daripada PAS.
Ini berarti kita ahli ahli PAS redha dengan kekufuran yang ada dalam diri mereka.

Mengikut kaedah Islam redha dengan kekufuran adalah menjadi kufur, redha dengan maksiat adalah kemungkaran.

Saya berkeyakinan kaedah ini ahli ahli PAS tidak memandang sebagai perkara remeh. Perlembagaan PAS Juga menyatakan diantara syarat untuk menjadi ahli PAS adalah islam yang membuktikan pas tidak redha dengan kekufuran.

Tidak ada apa apa halangan bagi orang bukan Islam mengundi calon calon PAS dalam mana mana pilihanraya, sebaliknya mereka digalakan mengundi PAS, sekiranya pas dapat memerintah Malaysia, kerana kedudukan orang bukan islam bertambah baik atas sebab Islam itu fliksibel dan adil untuk semua manusia.

Dengan itu mereka lebih mudah mengenali Islam, alam akhirat dan berusaha untuk menjadi orang Islam yang diredhai oleh Allah subha nahu wataala, manakala pas memerintah Negara.

Matlamat perjuangan PAS ialah untuk mengajak manusia beriman kepada Allah Subha nahu wataala percaya kepada adanya hari akhirat, membuat perkara baik meninggalkan perkara buruk dan mentadbir Negara/institusi mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Ada pun menyertai pilihanraya bukan matlamat PAS tetapi adalah satu satunya cara untuk mencapai matlamat.

Sekiranya system demokrasi di Negara ini musnah PAS tetap wujud dan terus berjuang dengan cara yang sesuai pada masa itu untuk mencapai matlamatnya kerana PAS bersifat universal.

Tidak sepatutnya PAS mengorbankan matlamat dari segi keahlian kerena mementangkan cara iaitu mengharapkan kepada ahli ahli PAS yang bukan islam (jika diterima menjadi ahli) mengundi calon-calon PAS dalam pilihanraya yang belum pasti mereka akan mengundi PAS kerana mereka masih belum Islam.

PAS boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam sama ada dalam menghadapi pilihanraya atau pemerintahan negeri seperti wujudnya Pakatan Rakyat (PR), maka tidak ada sebab perlembagaan PAS akan dipinda sedangkan ruang kerjasama dengan mereka sentiasa terbuka.

Kegagalan mereka menerima Islam sepertimana mempertikaikan hukum hudud menyebabkan mereka tidak layak menjadi ahli PAS bukan kerana perlembagaan atau ahli ahli PAS tidak berdakwah tetapi mereka tidak mendapat hidayah daripada Allah subha nahu wataala.

Oleh itu tugas kita ahli ahli PAS hendak terus berusaha dan berdoa serta berdakwah supaya mereka menerima islam sehingga layak menjadi ahli PAS.

PAS jelas berbeza dengan parti prti lain seperti Umno danh parti keadilan rakyat Malaysia. Keahlian PAS terbukan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak kira an warna kulit. Matlamatnya untuk menubuhkan Negara islam di Malaysia.

Parti Umno ialah parti kebangsaan Melayu dan bumi putera lain, matlamat perjuanganya untuk menjadi rakyat Malaysia golongan materialis dan sekularis.

Parti keadilan rakyat Malaysia keahliannya terbukan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan warna kulit. Matlamat perjuanganya menwujudkan keadilan umah.

Sekiranya PAS menerima orang bukan islam menjadi ahli, maka PAS sama dengan parti keadialan rakyat dua parti yang sama dalam sebuah Negara adalah merugikan.

Oleh itu PAS tidak boleh membuang syarat keahliannya Islam sama ada ahli biasa , ahli bersekutu dan ahli kehormat kerana parti itu bekerja mencari keredhaan Allah, membiarkan kekufuran wujud dalam rumah tangga sendiri adalah dimurkai oleh Allah subha nahu wataala, kerana khianat kepada parti dan berlakulah ketika itu satu perpecahan yang tidak mungkin boleh diselamatkan lagi.

Saya siar komen ini dalam blog saya semata mata untuk dijadikan bahan renungan kepada para pemimpin PAS yang kelihatan ghairah dengan kemenangan dalam pilihanraya umum ke 12 setelah bersama sama dengan DAP dan perti keadilan rakyat.

Jangan duduk sedap, kerana undi Melayu dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang sudah merosot dan undi China dan India naik.

Saya ketika bersama sama dalam majlis kesyukuran di Taiping Ahad 19 April 2009 sempat dengar bisik bisik dari kalangan orang PAS yang bukan pemimpin tinggi sudah mula bimbang. Malah ada yang tidak mahu Dewan dibubar bimbang dengan apa yang berlaku sekarang.

Akan tetapi Datuk Seri Mohammad Nizar ketika berucap dalam majlis itu sangat sangat mengharapkan DUN Perak di bubarkan agar krisis politik yang semakin buruk ini dapat diselesaikan dengan cara serahkan kepada rakyat untuk menentukan ssiapakah kerajaan yang akan memerintah Perak. PR atau BN.

6 comments:

Putra IJ80 said...

"Jangan duduk sedap, kerana undi Melayu dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang sudah merosot ".

Penulis terpengaruh dgn berita arus Pedana,atau dari sumber yang cuba mengelirukan fakta.

Kemerosotan undi Melayu,tidak bole di nilai hanya dalam satu PRK.,dalam kes ini Bukit Gantang.

Kemerosotan yang di uar uarkan itu banyak di pengarohi unsur unsur lain,di antara nya.

1.Pengundi luar yang tak dapat balik,di sebabkan Undi di jalankan pada hari kerja dan di awal minggu hari kerja..mengikut perangkaan seramai 1300 orang pengundi totok PAS tidak dapat balik.

2.Berleluasa nya hadiah berupa wang Tunai,kepada penduduk terutama nya di kawasan Melayu,dgn syarat jangan undi PAS atau jangan keluar mengundi.

3.Ada nya ugutan,provokasi dan kehadiran pihak berkuasa sahingga menimbulkan kebimbangan.,biasa lah orang Melayu kampong malas nak bersusah payah atas perkara yg.tidak melibatkan diri atau keluarga secara langsung.i.e dgn maksud tahap pemikiran tentang penting nya undi mereka masih jauh ketinggalan.

"dan undi China dan India naik."

Mereka ini dari kalangan Menengah,celik IT.

Di beri habuan,di beri makan,di beri hiburan,mereka tahu yang mana mereka hendak pilih dan apa jua yang datang tidak akan mengubah pendirian mereka.

Kita tunggu PRK PENANTI jika ada.

Kita lihat orang Melayu PENANTI undi UMNO atau PR.kerana di situ kawasan Melayu.

Ok.Jgn Maree !!!!

Putra IJ80 said...

Justeru itu apabila orang bukan Islam diterima sebagai ahli pas sama ada ahli biasa, bersekutu atau ahli kehormat, maka mereka akan menjadi sebahagian daripada PAS.
Ini berarti kita ahli ahli PAS redha dengan kekufuran yang ada dalam diri mereka.

Satu pandagan dan penilaian yang dangkal.

Adakah jika jiran kita yang berbangsa China atau India atau apa apa saja yang bukan Melayu,datang membantu kita dan mengaku sebagai saudara kerana kita ini orang yg.di hormati di segani atas sifat baik,budi bahasa suka menolong orang.,MAKA kita jadi Cina atau India ?????

Orang Melayu PAS,atau orang Melayu Islam tidak akan jadi begitu,tetapi orang Melayu UMNO kemungkinan nya ada.

Sebab itu kita lihat perangai Melayu UMNO lebih Cina dari Cina lebih India dari India.

abdullahngah said...

kepada indraputra

Orang Melayu memang masih tebal dengan sikap tak apa, biarkan.

Sikap ini juga ada pada orang Islam Palestin yang menyebabkan hilang segala galanya.

Tidak ikut ajaran Islam, sedang AlQuran dan hadis masih ada untuk dijadikan panduan.

Tapi mereka tidak berbuat apa yang dikehendaki oleh islam.

Sikap tak apa biarkanlah yang menyebabkan tanah tanah milik orang Islan dijual mkepada orang Yahudi.

Akhirnya apa sudah jadi dengan orang Islam palestin, walaupun sudah ada fatwa haram jual tanah kepada orang Yahudi.

Sikap tak apa biarkan ini ada pada orang Melayu Umno dan juga orang Melayu PAS.

Sebab itu jangan duduk sedap setelah diberi kemenangan oleh Allah.

Duduk sedaplah yang membuat kerajaan PAS Terengganu yang menang besar dalam pilihanraya umum ke 10 (1999)tumbang teruk dalam musim pilihanraya umum ke 11 (1004).

Duduk sedap ini juga yang menyebabkan kerajaan PR Perak jatuh dalam masa tak sampai satu tahun.

Saya yakin dan percaya sikap tak apa biarkan inilah yang membuat orang PAS terutama sekali kalangan pemimpin yang duduk sedap.

Mereka memang sedap. Ada yang jadi menteri Besar, ada yang jadi EXCO. Ada yang pegang itu dan ini.

Kita kena ingat rancangan Allah mengatasi segala galanya jika kita terlalu ghairah dengan apa yang ada pada kita.

Jangan sampai pintu fitnah terbukan seluas luasnya.

Kalau pintu fitnah terbuka dengan seluas luasnya tunggulah apa yang akan berlaku sebagai ujian sama ada kamu beriman atau kufur.

saya ada pengalaman, tidak terima berita yang bukan bukan. Saya cakap sendiri dengan petugas PAS di Bukit gantang. Maklumat ini adalah maklumat mutawatil.Mereka bimbang dengan kedudukkan ini.

pemimpin mungkin tidak tahu atau buat buat tak tahu, kerana masih ghairah.

Dengar ucapan Nizar pada hari majlis kesyukuran pada Ahad 19 April 2009) jelas dan nyata sikap tak apa biarkan masih tebal. Demikian ucapan ringkas Sivakumar.

Jangan ikut retak orang bukan Islam, kerana mereka tiada pantang larang. Mereka tiada halal haram.

Demikian juga orang Umno yang sejak dahulu lagi halal haram tiada perbezaan.

Nevada said...

pas adalah parti yang ditubuhkan untuk menegakkan islam. soal menegakkan islam ini dilakukan keatas sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, sesuai dgn keadaan dan keupayaan selama mana ianya diredhai Allah.

kemuncak perjuangan ini adalah tertubuhnya satu negara yang berpaksikn alquran dan sunnah.

padahal, boleh dikatakan adalah wajib bagi seluruh umat islam dimalaysia untuk menyokong perjuangan ini kerana ini adalah tuntutan Allah semata2.

dan, jikalau dalam usaha ini, kita dapati terdapat orang-orang bukan islam yg menyokong usaha kita, adakah patut kita tidak meraikan mereka? kerana mereka tidak beriman? kita tidak redha dengan kekufuran mereka tapi tidak bermakna kita harus mengenepikan mereka. orang2 bukan islam ada hak mereka setakat yg Allah, ArRahman dan ArRahim, redha. tidak bererti apabila kita menerima sokongan mereka maka kita telah menggadaikan aqidah kita, atau setuju dgn kekufuranmereka.

lihat saja sirah Rasulullah SAW dalam soal meraikan sokongan bukan islam dalm perjuangan menegakkan islam.

yang pasti dakwah adalah wajib dan iman adalah satu pemberian dari Allah bukan satu perolehan yg kita usahakan.

semoga dgn membuka keahlian kpd org bukan islam akan menjadi satu wadah da'wah yg berkesan. masalah seperti perlembagaan dsb adalah masalah teknikal yg boleh diselesaikan jika ada kemahuan.

wallahua'lam.

ana said...

Kebanyakan kita salahfaham dengan sirah Rasulullah SAW.

Bukan setakat yang salahfaham dengan Islam.

Syed Qutu' pernah berkata ramai kalangan orang Islam sendiri yang salah faham dengan Islam.

Kita yakin,kebanyakan orang Islam salah faham dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Mengapa tidak? kalau tak salahfaham terhadap Islam mana mungkin wujud 73 puak.

Mengenai sirah Rasulullah waktu membentuk kerajaan dan bekerjasama dengan Yahudi di Madinah.

Kebanyakan kita faham bahawa boleh bentuk tubuh kerajaan dengan orang kafir.

Sirah memang rasulullah SAW pernah berbuat demikian. Tapi bagaimana pula dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Yahudi sehingga menyebabkan Saidina Omar halau orang Yahdui dari menduduki Madinah dan Mekkah.

Sehingga sekarang orang kafir tidak dibenar memasuki Madinah dan Mekkah.

Puncanya ialah Yahudi khianat tehadap negara Islam Madinah.

Ini harus dijadikan pengajaran. Lebih lebih lagi adil sudah ada orang bukan islam boleh jadi ahli parti keadilan.

Mengapa harus patuh dengan kemahuan sedangkan kemahuan yang ada pada orang lidak lebih hanya hawa nafsu sahaja.

Bukan ikut hawa nafsu itu dilarang keras oleh Allah. Ikut nafsulah yang boleh anggap itu boleh dan itu tidak boleh, sedangkan kita ada ayat ayat Allah dan hadis.

dimana hendak kita campak ayat ayat Allah seperti orang yang campakkan ayat ayat mengenai jihad dan ambil ayat al Quran separuh separuh.

Sanggupkah kita tengok PAS hari ini lebih kurang juga dengan Umno. Makan riba makan rasuah apabila bentuk kerajaan atas nama PR nanti.

IRON MASK said...

salam....aku rasa....pendapat dari TG nik Aziz tu ader benarnya....jgn la kita duk gaduh pasal apa yang TGNA kata.....skrg cuba kita fikirkan mcmana cara yang membolehkan org org cina dan india menyertai PAS....semua masalah ader jln penyelesaiannya....semua penyakit ader ubatnya....so...kita harus fikirkan...semua kena fikir dan lontarkan apa sahaja cdgn yg boleh dimasuki akal utk membolehkan org cina dan india menjadi ahli PAS...tolong fikir....jgn gaduh....