Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu tradisi jawatan presiden dan timbalan presiden dalam parti itu yang disandang oleh golongan ulama diteruskan.
Itulah harapan seorang ulamak.
Bagaimana pula dengan para pemimpin yang lain yang bkelihatan tidak semesti ulamak kekal menerajui PAS.
Malah sudah ada yang tidak setuju dengan cadangan ulamak yang mengehadkan mesti ulamak yang terajui PAS.
Antara lain Ahmad Awang, ahli jawatankuasa syura ulamak sendiri tidak setuju dengan cadangan ketua Dewan ulamak PAS Pusat. Apa lagi dengan para pemimpin yang bukan ulamak, golongan professional yang dikatakan terlalu ramai dalam PAS itu pasti tidak setuju dengan cadangan itu.
Apakah boleh dijamin PAS kelal diterajui ulamak, sedangkan pemilihana kepimpinan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan menarik diri daripada bersaing merebut jawatan nombor dua dalam parti itu walaupun timbul polemik berhubung kepimpinan ulamak.
Katanya, pendirian itu dibuat kerana beliau hanya bersedia dipimpin oleh seseorang yang lebih berani dan lebih 'pandai' daripadanya.
Mohamad Sabu menjelaskan, kepimpinan ulama juga bukan sesuatu yang asing baginya kerana konsep itu diperjuangkan oleh beliau bersama rakan seangkatan dalam Dewan Pemuda Pas Pusat melalui muktamar di Bukit Mertajam pada 1982.
"Saya merupakan pengasas kepimpinan ulama bersama-sama Datuk Mustafa Ali, Subky Latif dan Datuk Wan Mutalib Embong sewaktu zaman Pemuda.
"Saya tidak akan berkompromi, sama ada anda bersama saya atau menentang saya," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi di Pejabat Agung Pas di sini hari ini.
Apa apa pun ini terletak ditangan para perwakilan dalam setiap dua tahun sekali didalam muktamar agung.termasuk muktamar pada Jun 2009 yang akan berlangsung di Stadium Melewati Shah Alam.
Dalam pada itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat , menegaskan, sejarah kepimpinan Pas sejak awal penubuhan menunjukkan bahawa hanya golongan itu yang layak untuk memimpin parti mengikut landasan.
Tidak dinafikan ulama sedia ada bukan sekadar arif dalam soal agama tetapi mereka juga adalah golongan profesional.tetapi bagaimana pula dengan perkembangan PAS setelah tiga naib presidean bukan dari kalangan ulamak.
Ditambah pula dua naib presiden Mat Sabu dan Husam Musa yang telah dicalonkan oleh Pas kawasan di dalam Negara ini untuk merebut jawatan timbalan presiden tidak akan berkompromi dan tidak akan akur dengan cadangan dewan ulama pas pusat.
Tidak mustahil satu hari nanti mereka yang menyandang jawatan timbalan presiden akan dicalon oleh pas kawasan kawasan diseluruh negara untuk merebut jawatan nombor satu.
Hal ini pernah dinyatakan oleh presiden dalam muktamar agung yang diadakan di kota baharu dua tahun lepas bahawa jika ada yang lebih layak daripadanya maka ambillah. bermakna sesiapa yang layak menjadi orang nombor satu sekalipun tiada apa apa masalahpun.
Nik Aziz berpendirian dengan apa yang dikemukakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa dua jawatan utama itu mesti disandang oleh ulama, beliau berkata:
“Ini bukan soal tidak setuju. Pas dah lama di bawah pimpinan ulama. Kalau ulama dulu tak banyak pelajaran tetapi sekarang mereka dah pandai, dah jadi profesional.
“Jawatan nombor satu dan dua ini mesti patuh kepada Islam. Yang penting beriman dan takwa kepada Allah.” Persoalan sekarang apakah golongan profesional tidak beriman dan tidak bertakwa? Ini merupakan teka teki yang perlu dijawap.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan diminta menyatakan pendirian mengenai individu yang layak memimpin dua jawatan tertinggi Pas dalam polemik yang tercetus menjelang pemilihan Jun ini.
Baru-baru ini, Mohamed Daud dilaporkan berkata, jawatan tersebut perlu disandang oleh golongan ulama yang berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.
Kenyataan Mohamed bagaimanapun mendapat tentangan pelbagai pihak terutamanya Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang dan Dewan Pemuda Pas Kelantan yang berpendapat bahawa pemimpin yang bukan daripada aliran agama juga boleh memimpin parti itu.
Nik Abdul Aziz yang pertama kali menyatakan pendiriannya mengenai perkara ini selepas pulang dari mengerjakan umrah semalam menyeru semua pihak supaya kembali kepada ajaran Islam.
Perkataan kembali kepada ajaran Islam, bermakna melihat apa yang pernah berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW sebagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Umar Al Kattab yang disebut oleh Saidina Abu Bakar Al Seddeq sebagai layak mengganti Rassulullah SAW sebagai khalifah.
Umar menolak kerana masih ada orang yang lebih layak menjadi khalifah selepas Rasulullah SAW. Bermakna dia walaupun dikatakan layak tetapi masih ada orang yang lebih layak ,maka mahu tidak mahu mesti diutamakan orang yang lebih layak menjawat jawatan khalifah. Demikian juga dalam PAS?
Wal Hal mereka berdua pernah disebut oleh Rasulullah SAW sebagai Ahli syurga, tetapi Umar tetap mengalah, kerana Abu Bakar lebih layak , pernah diberitugas sebagai Imam sewaktu Rasulullah SAW kurang sihat,berbanding dengannya.
Inilah yang harus diambilkira oleh Mohammad Sabu, Husam Musa dan Dr Hassan Ali,yang mendapat percalonan untuk bertanding timbalan presiden PAS dalam Muktamar Jun ini, kerana setakat hari ini memang masih ada orang yang lebih layak menyandang jawatan timbalan presiden.
Dengan itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan kembali sejarah kepimpinan dalam Pas suatu ketika dulu apabila berlaku kesilapan memilih menyebabkan beberapa pemimpin telah berpaling tadah.
Dengan katanya“Dalam Islam, ulama dan profesional itu sendiri telah bergabung. Seorang ulama yang profesional adalah pemimpin dunia dan akhirat.
“Kita pernah pilih Datuk Hassan Adli sebagai pemimpin tetapi dia berpaling tadah. Ini buktinya pemimpin yang dilantik mestilah seorang Islam yang mukmin,” jelasnya.
Bukan itu sahaja malah Datuk Mohd Asri Muda sendiri pernah melakukan kesilapan besar dalam menerjaui PAS, sehingga menyebabkan beliau dan golongan beliau digantung keahliannya, lantas keluar dan menubuhkan parti baru.
Akhirnya masuk Umno.
3 comments:
Semoga kesemua hal ini akan ada penyelesaiannya yang terbaik. Tidak mahu rasanya lihat pelbagai pihak sewenangnya permainkan isu ini.
sangat tidak betul isu besar seperti ini dibiarkan begitu sahaja.
Jika tidak diperjelaskan dengan sejelas jelasnya orang ramai menjadi keliru.
Kita bimbang suatu hari nanti apa yang berlaku didalam PAS boleh sahaja walaupun bercanggah dengan Islam.
Kepimpinan ada kait mengait dengan agama. Ia tidak boleh dipisah dengan politik.
Lain lah Umno politik suku agama suku.
Pas kena akur dengan agama bahawa agama tidak boleh berpisah dengan politik dan politik tidak boleh berpisah dengan agama.
Umno tidak jaga agama, tetapi PAS kena jaga agama supaya pintu fitnah tidak terbuka.
Kalau tak jaga agama alamat punahlah segala matlamat yang dikehendaki oleh Allah.
Cita cita PAS ialah untuk mendukung Islam, malah mahu untuk mendaulatkan islam dan mahu supaya negara ini menjadi sebuah negara Islam.
Mungkin ada yang rasa payah hendak cari seorang pemimpin yang benar benar benar beriman dan bertakwa, maka pakai boleh berlaka.
Ia mesti dijelaskan dengan sejelasnya agar orang Islam tidak keliru.
Ini juga boleh membuat orang melayu berminat kepada PAS.Kita kena jaja Pas sebagai permata nilam. bukan nilam tiruan. Ia adalah asli.
Jangan takut. Kan Allah bersama orang yang benar Apatah lagi orang yang beriman dan bertakwa tetap disisiNya.
Yang palik dan sedihnya sudah ada yang tidak yakin dengan usaha PAS untuk mendaulatkan islam di negara.
Kalau mereka yakin sudah tentu tidak dicetuskan kerajaan perpaduan yang jelas boleh merosakkan imej PAS.
Kerajaan perpaduan yang sudah sedia wujud pasti tidak berupaya mendaulat islam, apatalh untuk membentuk negara itu menjadi negara islam.
Apabila adanya kerajaan perpaduan parti islam hanya boleh kata ini tidak boleh dan ini boleh.
Apakah ianya boleh dilaksanakan. Pasti ada pro dan kontranya.
Amalan demokrasi menjadi pegangan. Apabila ramai tidak setuju perkara itu dilaksanakan sudah pasti ianya tidak dapat dilaksanakan.
Kita kena patuh sebab kita tiada kuasa, kerana peratus kerusi kita lebih kecil berbaning dengan kerusi Umno.
Mengapa takut diperbincangkan isu ini.
Ramai yang kurang setuju presiden dan timbalan PAS pusat dihadkan kepada ulamak sahaja.
Memang adalah lojiknya, kerana ulamak terbahagi kepada dua golongan.
Rasulullah SAW pernah berkata, ada ulamak jahat ada ulamak baik.
Dalam PAS juga barangkali ada ulamak yang jahat dan ada ulamak baik sepertimana pernah ungkitkan oleh Ustaz Nasruddin Hassan yang bimbang dengan perkembangan tersebut.
Datuk Mustafa Ali pernah menyebut tidak semestinya ulamak yang memimpin. Ada bahagian bahagian perlu dipimpin oleh bukan ulamak dan bahagian bahagian dipimpin oleh profesional.
Dalam hal ini saya lebih setuju dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memberi besar kelantan bahawa pemimpin PAS mesti yang beriman dan bertakwa.
Oleh itu, sesiapa yang beriman dan bertakwa mereka dikira layak menjadi pemimpin PAS baik jawatan presiden mahupun timbalanya.
sesiapa sahaja yang dicalonkan harus muhasabah diri apakah mereka terdiri daripada orang yang beriman dan bertakwa.
Mereka pasti tahu diri mereka sepertimana sahabat Nabi tahu mengenai diri mereka masing masing sama ada layak atau tidak untuk jadi pemimpin.
Jika ini dijadikan ukuran tidak timbul lagi isu ulamak kah yang harus jadi pemimpin PAS atau profesional.
Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu yang dicalonkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden kena telik diri masing masing sama ada dia benar benar layak menjawat jawatan nombor dua itu.
Para perwakilan juga kena ingat dengan dosa dan pahala. Jika salah pilih nerakalah tempatnya nanti, kerana mengangkat orang yang tidak layak berdosa besar.
Kalau mengundi dalam pilihanraya ada dosa dan pahala, maka pilih pemimpin parti juga lebih lebih lagi.
Kalau ini diambil kira oleh orang orang PAS tidak timbul lagi isu pemilihan kepemimpinan dalam muktamar Jun ini ulamak ke profesionalke.
Presiden pernah berkata sesiapa sahaja boleh jadi pemimpin asalkan mereka layak, hatta presiden sekalipun.
Post a Comment