Thursday, July 30, 2009

Pergi jahnamlah dengan Umno wajar

saya tidak dapat pasti apakah perkataan pergi jahnamlah dengan umno itu keluar dari mulut Datuk Nik Abdul Aziiz Nik Mat sendiri.

Kalau kata kata itu benar benar keluar dari mulut Nik Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS sendiri, “tahniah” diucapkan kerana itu suatu yang sangat wajar.

Mengapa saya kata begitu? pertama perkataan itu membuat pemimpin dan ahli Umno seluruh Negara marah benar.

Kita dimaklumkan bahawa orang Melayu di Negara ini turut marah dengan sikap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu. Bukan orang umno sahaja yang marah, malah saya sendiri dengar orang PAS juga turut marah.

Tidak hairanlah jika ada orang PAS marah sama, kerana orang PAS hari ini tidak sama dengan orang PAS dahulu.

Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Harun Din, pernah berkata, ahli PAS kini ada diantaranya musuh dalam selimut. Bukan sahaja ada yang menjadi musuh dalam selimut malah sudah ada yang tergamak jadi talibarut dan brua kepada Umno.

Barangkali ada yang tertanya tanya mengapa saya ucap tahniah? mengapa tidak? pertama, kata kata yang keluar dari mulut musyidul Am PAS itu jadi kemarahan pemimpin dan orang Umno khususnya.

Marah bermakna ”pahit” kepada UMNO yang memang dia yang makan lada yang tidak dapat disembunyikan lagi rasa pedas dan pedih ulu hati masing masing.

Dalam Islam ”pahit” itulah ”jihad” yang diseru oleh Allah dan Rasulnya dalam melaksanakan dakwah. Barangkali itu juga merupakan suatu ”hikmah” yang dianjurkan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Ingat orang terbahagi kepada 73 puak. Satu puak sahaja yang diterima.Ingat jangan mendakwa kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji lagi.

Tidak dinafikan berkata baik itu juga suatu hikmah, tetapi jangan lupa berkata pahit juga suatu hikmah yang sangat dituntut oleh Islam. Demikian juga dengan baik sangka dan buruk sangka yang masih keliru hingga kini.

Ada yang mengatakan tidak boleh buruk sangka. Kita hendaklah kena baik sangka. Buruk sangka suatu yang dituntut oleh Islam dan baik sangka juga dituntut.Takut jadi macam orang Palestin yang baik sangka dengan orang Yahudi.

Jika baik sangka tidak kena pada tempatnya ia suatu yang zalim dan celaka. Begitulah kecelakaan yang menimpa rakyat Palestin dibumi sendiri.

Baik sangka membabi buta membuat ramai orang kena tipu, malah ratusan ribu wang melayan sepertimana yang pernah berlaku sejak dahulu hingga kini. Wajarkah kita baik sangka dengan orang yang tidak kenal baik buruknya peringai mereka.Sudah tentu tidak wajar. Jika kita lakukan juga maka nahaslah kita.

Buruk sangka juga demikian. Jika tidak kena pada tempatnya celaka jadinya. Wajarkah kita buruk sangka pada orang yang kita kenal mereka itu baik pekertinya. memang tidak wajar tetapi tersangat wajar kita buruk sangka dengan orang yang kita tahu kejahatan.

Malah kita wajib memaklumkan kepada orang lain agar mereka tidak menjadi mangsa. Kalau kita tidak berbuat demikian kita berdosa.

Kalau kita baik sangka dengan orang jahat maka alamat kita akan menjadi mangsa dengan kejahatan yang dirancang. Macam pemimpin Umno yang jahat dengan orang PAS dan jahat dengan kerajaan pembangkang. Kerajaan pembangkang bukan sahaja dianaktirikan malah hendak dibunuh macam membunuh kerajaan PR Perak.

Sekarang UMNO sedang berusaha keras untuk membunuh kerajaan Selangor dan kerajaan Kedah. Jadi adalah tersangat wajar kata pergi jahnamlah dengan umno dihalakan biar padan dengan mukanya.

Namun saya sangat setuju dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pergi jahnamlah dengan Umno, kerana kena pada tempatnya. Malah baik untuk menyedarkan mereka supaya orang Umno tahu yang mereka sudah sesat dan perlu kembali kepangkal jalan.

1 comment:

myMiGrasi said...

memang dituturkan oleg Tok Guru.. click link ini untuk video tersebut
http://mymigrasi.ning.com/profiles/blogs/pergi-jahanam-lah-umno-tgna