Sunday, August 30, 2009

Kerajaan Terengganu pernah digelar lebih teruk dari Yahudi

Sesungguhnya memang tidak wajar negeri Terengganu darul Iman di gelar sebagai lebih teruk dari kerajaan Yahudi.

Kerajaan Yahudi sememngnya wajar digelar zalim, kerana telah meroboh rumah rakyat Palestin dengan sewenang wenangnya.

Bukan setakat itu sahaja, malah setakat ini sudah satu juta rakyat Palestin dibunuh dengan kejam sekali.

Rasanya ramai yang sedia maklum dengan tajuk rencana saya ini. Lebih lebih lagi mereka yang terbabit dengan urusan masing masing.

Kerajaan Terengganu semasa diterajui oleh Datuk Idris Jusoh (2004-2008) tidak se kejam yang diperlakukan oleh Yahudi terhadap rakyat Palestin sejak (1948 hingga kini).

Begitu malangnya nasib sebuah negeri Terengganu Darul Iman yang sering dituduh demi dituduh ternasuk telah digelar sebagai negeri yang teruk macam Yahudi.

Datuk Ahmad Said, ketika Mohd Abdul Wahid Endut menyatakan bahawa kerajaan Terengganu lebih teruk dari Yahudi tidak lama dahulu naik berang. Pendek kata ini tidak diterima sama sekali.

Beliau begitu marah dan tergamak mengeluarkan kata kata ”jahat tu Yang di Pertua” terhadap YB Mohd Wahid Endut. mereka berdua bertikan lidah, termasuk mencabar untuk membuat perhitungan seorang lawan seorang di mana mana sahaja.

Kebetulan Ahmad said seorang EXCO kanan dan bertanggung jawab mempertahankan kerajaan yang diterajui Idris Jusoh dari dituduh sebagai kerajaan yang teruk macam Yahudi.

Siapa yang tidak naik berang dengan gelaran seumpama itu, sedangkan tindakan meroboh masjid di Kampung Bujal Kemaman yang dibina diatas tanah kerajaan yang berstatus TOL yang ditamatkan.

Pihak menganggap tindakan meroboh sebuah mesjid dan beberapa buah rumah yang didirikan atas tanah lot yang diberikan oleh Kerajaan PAS (1999-2004) wajar, manakala rakyat pula menganggap tindakan seumpama itu adalah zalim.

Tindakan kerajaan tempatan meroboh masjid Bujal kemaman tempoh hari itu dilakukan atas prosedur yang betul, tetapi dinilai oleh YB Mohd Abdul wahid Endut sebagai tindakan yang zalim, kerana mesjid rumah Allah dan rumah rakyat turut di roboh dengan semahu mahunya.

Yang peliknya penyokong Umno diberi geran kekal, manakala penyokong PAS ditarik balik lesen menumpang semantara (TOL) dan tidak diberi pelaung langsung. malah hampir semua tanah lot TOL ditarik balik dan tidak dibenar lagi untuk membina rumah.

Malangnya jika dibina juga rumah rumah akan diroboh dengan notis yang dikeluarkan oleh pihak penguasa tanah setiap daerah.
Kini kedengaran sekali lagi bahawa kerajaan Terengganu Darul Iman yang diterajui oleh Ahmad Said sendiri pula di gelar sebagai kerajaan yang lebih teruk dari ”ah long”.

Ini mesti ada yang tidak kena. Kalau tidak mana mungkin keluar perkataan seumpama itu dihala terhadap kerajaan Ahmad Said.

Teruknya kegiatan Ah long membuat pihak Polis akan terus memburu semua ahli kumpulan itu yang melarikan diri ke luar negara selepas lima ketua kumpulan sindiket pinjaman haram itu diberkas, tidak lama dahulu.

Menteri Dalam Negeri yang juga pengerusi Badan Perhungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau telah mengingatkan Polis Johor supaya menggunakan rangkaian hubungan luar negara untuk membantu mengesan ahli kumpulan tersebut.

“Kita mempunyai hubungan baik dengan negara ASEAN, polis antarabangsa (Interpol) dan hubungan dua hala dengan negara luar. Walaupun mereka boleh melarikan diri tetapi tidak boleh bersembunyi, katanya.

“Kita serius bagi memastikan jenayah yang boleh menjejaskan keharmonian dan keselesaan rakyat jelata ini diperangi tanpa sekatan sempadan sesebuah negara,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin mengumumkan kejayaan polis menahan lima ketua ah long termasuk seorang bergelar
Datuk yang terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman secara haram.

Ekoran daripada penangkapan itu, kebanyakan ahli sindiket lima kumpulan itu dikesan melarikan diri ke luar negara.

Hishammuddin berkata, kenyataan yang dibuat oleh Mohd. Bakri itu merupakan satu petanda baik bagi pihak berkuasa di negara ini untuk mengatasi jenayah tersebut dengan lebih serius.

“Sejak kebelakangan ini juga, banyak kes berprofil tinggi berjaya diselesaikan pihak polis dan ia merupakan satu petanda positif kepada usaha kerajaan memerangi jenayah di negara ini,” katanya.

Penulis diberitahu bahawa kerajaan Terengganu lebih teruk dari ah long yang menjalankan kegiatan pinjaman haram dengan faedah yang tinggi sedang diburu oleh kerajaan sebagai langkah membenteras kegiatan jahat itu.

Anda mungkin sudah maklum dengan isu itu, kerana tidak lama dahulu Ahmad Said pernah meminta rakyat berhenti membenci kerajaan.

Anda juga sedia maklum bahawa kerajaan Terengganu pernah disebut sebagai kerajaan zalim, kerana menafikan kalangan rakyat yang berhak menerima bantuan, termasuk bantuan atap, bantuan duit raya.

Pendek kata hampir semua rakyat yang layak menerima bantuan dinafikan haknya, manakala yang tidak layak diberi segala bentuk bantuan asalnya mereka sah sebagai penyokong UMNO .

Kalau sebelum ini kerajaan pernah dituduh sebagai zalim sudah barang tentu tuduhan lebih teruk dari ah long juga pasti ada asasnya.

mengapa tidak? Ini memeranjatkan rakyat yang tidak membayar cukai tanah milik kekal diseluruh pelusuk negeri.

Masakan tidak? Sebidang tanah luas 3.0183 hektar yang cukai hasilnya sebanyak RM 62 .00 satu tahun dan tidak dibayar selama 46 tahun (1962-2004) dan jumlah cukai yang perlu dibayar sebanyak RM 1,977.00.

Tanah tersebut dikenakan tunggak denda sebanyak RM 6,436 jumlah yang perlu dibayar ialah sebanyak RM 8,475.20 dicampur cukai tanah semasa sebanyak RM 62.00 jumlah besarnya ialah sebanyak RM 8,500.20.

Malang bagi rakyat Terengganu, kerana dibebankan dengan tunggakan denda yang begitu tinggi. Tidakah tindakan serumpama itu membebankan dan Ahmad Said harus fikir semula. Kalau tidak buruk jadinya, termasuk betapa buruk kerajaan yang menggunakan cogan kata rakyat didahulukan.

2 comments:

Anonymous said...

Salam.

Suruh Mat Said bayar semua harga buah kurma yang diedarkan.

Pemberian itu merupakan pemberian peribadi.

Tkasih.

ana said...

Harga buah kurma yang dibahagi bahagi kepada rakyat Terengganu seramai 300 ribu orang itu sebanyak RM 7.8 juta.

Banyak tu. Macam mana Ahmad Said nak bayar.

Kerajaan Terengganu pun mungkin tidak boleh bayar, kerana saya dengar derita nak bayar gaji kaki tangan kerajaan pun mulai bermasalah sekarang.

Mungkin kerajaan Ahmad berhutang dulu bayar kemudian kira, kerana duit RM 680 juta yang pusat bagi sudah habis bayar hutang (tahi) yang ditinggal Idris Jusoh.

itulah ceritanya betul atau tidak betul saya tidak tahulah.