Tahniah pada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana tegas dan akan meneruskan siasatan terhadap kes rasuah membabitkan ahli politik.
Tahniah juga apabila penyiasatan yang membabitkan orang politik kerajaan nama tidak diumumkan manakala yang membabitkan orang politik pembangkang bukan sahaja namanya diumumkan Tapi disahkan mereka itu ada kes dan buktinya sekalinya.
Inilah keadilan yang dilakukan oleh SPRM sehingga membuat jadi haru biru.Lebih lebih lagi telah dilipatgandakan usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Selangor.
Berusahalah bersungguh kerana setiap yang hidup akan mati.
orang politik pembangkang disiasat walaupun tidak ada aduan, manakala orang politik kerajaan tidak disisat miskipin ratusan aduan diterima.
Seperkara lagi, orang politik pembangkang disiasat dan dijatuhkan hukuman manakala orang politik kerajaan dibebaskan setelah dibicarakan.
Tahniah juga di ucapan kerana telah menjalankan siasatan terhadap ahli politik tidak kira kerajaan atau pembangkang.Tidak tunduk dengan desakan walaupun sering dilempar pelbagai tuduhan negatif. Mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengganggu siasatan SPRM. Menganggap negara akan menjadi huru-hara jika siasatan dihentikan.
KUALA LUMPUR 17 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bertekad untuk terus menjalankan siasatan kes rasuah membabitkan ahli politik di negara ini.
Ini bermakna, SPRM tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan dalam melaksanakan tugas, walaupun sering dilemparkan dengan pelbagai tuduhan negatif.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menegaskan, pihaknya akan tetap menjalankan siasatan terhadap ahli politik tidak kira kerajaan atau parti pembangkang.
‘‘SPRM juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang dilihat mengganggu siasatan sesuatu kes rasuah dan penyelewengan,’’ tegas beliau.
Ahmad Said dalam hal ini, mengalukan-alukan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam yang mahu suruhanjaya itu lebih berani menjalankan siasatan rasuah melibatkan ahli politik.
Beliau percaya sekiranya siasatan ke atas sesuatu kes rasuah itu dihentikan, maka negara akan menjadi huru-hara.
Tegas beliau, pihaknya tidak pernah ‘memilih bulu’ dalam menjalankan siasatan sama ada melibatkan ahli politik atau masyarakat biasa.
‘‘Apa istimewanya ahli politik. Jika mereka dan orang awam melakukan rasuah, kedua-duanya akan disiasat mengikut peraturan dan undang-undang yang sama.
‘‘Segala yang dilakukan SPRM adalah mengikut undang-undang. Dalam siasatan, kita tidak berat sebelah. Kita akan siasat semua ahli politik tanpa mengira pembangkang atau kerajaan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Hishammuddin meminta SPRM berani berhadapan dengan cabaran, bukan melepaskan tanggungjawab dengan tidak menyiasat individu yang melakukan kesalahan rasuah kerana tekanan politik.
Katanya, tujuan utama SPRM ditubuhkan bagi memastikan gejala rasuah sama ada di kalangan orang biasa, wakil rakyat mahupun pembangkang dan kerajaan serta menteri disiasat dengan telus dan adil.
Kelmarin, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull melahirkan rasa kecewa dengan pakatan pembangkang yang berterusan membuat tuduhan tidak berasas terhadap suruhanjaya itu apabila pemimpin mereka disiasat atas dakwaan rasuah.
Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya mencadangkan semua siasatan melibatkan ahli politik ditangguhkan sementara berkuat kuasa serta-merta.
Tambah Mohd. Shukri, cadangan itu dibuat kerana ada beberapa pihak yang cuba menjejaskan kredibiliti SPRM dengan membuat tuduhan tidak berasas dan kejam terhadap suruhanjaya termasuk para pegawainya.
Dalam hal ini, Ahmad Said menegaskan pihaknya tidak mempedulikan kecaman daripada parti pembangkang dalam siasatan sesuatu kes.
Inilah senjata mujarab parti pemerintah untuk menjatuhkan kerajaan yang diperintah oleh pembangkang.Perak sudah, Selangor tunggu masa sahaja, manakala Kedah sedang diushakan.Lakukan semantara ada kuasa.
2 comments:
SPRM NAK TERUSKAN SIASATAN PADA AHLI POLITIK.kalau begitu..bila nak dakwa. osman jailu dengan jamaluddin. kata sprm bukti dah cukup,siap dgn sedekah seks lagi,itu sebelum melompat la. selepas melompat,semua bukti dah lesap kot.
Begitulah bidang tugas SPRM yang dianggap bebas oleh orang Umno.
Rupa rupa SPRM lebih teruk dan buruk berbanding dengan BPR dulu.
Mungkin untuk disesuaikan dengan cogan kata rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, kot.
Sebab itu SPRM siasat pemimpin pembangkang miskipun tiada aduan.
bagus sungguh fungsi tugas SPRM sekarang.
Mungkin hendak disesuaikan dengan Perdana menteri ke 6 yang kelihatan diktator, macam mahathir dulu.
Post a Comment