Wednesday, September 23, 2009

Adakah ada calon UMNO yang bersih

Tun Dr Mahathir Mohammad Kata, UMNO akan menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang yang akan berlangsung pada 11 Oktober 2009 ini miski pun calonnya kotor dengan politik wang dan rasuah sekalipun.

Akan tetapi, kalau hendak menang dengan majoriti lebih besar dan bergaya calonnya mestilah seorang yang bersih atau dengan kata lain calonnya mesti benar benar tidak kotor.

Calon kotor pun boleh menang kerana Bagan Pinang kubu UMNO. Begitulah kedudukan DUN Bagan Pinang. Bermakna PAS tidak ada harapan untuk menang lagi dalam piliharaya kecil kali ini.

Persoalan yang nak ditimbulkan disini, adakah calon UMNO orang benar benar tidak kotor?

Setakat hari ini tiada seorang pun orang UMNO yang bersih dari politik wang dan Rasuah, kerana rasuah dan politik wang sudah jadi darah daging orang UMNO, Hatta Tun Dr Mahathir sendiripun.

Apa lagi Datuk Seri Mohd Najib Razak yang dianggap sudah berjaya pulihkan UMNO dengan slogan rakyat dan dahulukan dan pencapaian diutamakan.

Oleh itu usah mimpi untuk dapat calon yang bersih untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN bagan pinang yang bakal diadakan pada 11 Oktober 2009 nanti.

1 comment:

ana said...

UMNO memang tidak minat meletakkan calon bersih sepertimana yang disarankan oleh Tun Dr Mahathir.

Sebagai contoh, calon yang diletakkan bertanding di Permantang Pasir Pulau Pinang baru baru ini.

Memang calonnya adalah calon yang tak bersih.

Kalau calon yang bersih mungkin undi tidak bertambah.

Atas sebab itulah Isa Samad akan diletakkan bertanding di Bagan Pinang.

Kalau letak calon yang bersih ada kemungkinan UMNO kalah lagi.

UMNO mungkin gemar dengan calon yang kotor yang terbabit dengan politik wang dan rasuah baru boleh menang.