Saya ada membaca tulisan terbaru Profesor Dr Aziz Bari dalam SINARAN HARIAN (Selasa, 27 Oktober 2009)
Tulisan terbaru itu berjudul : PAS TIDAK AKAN PECAH meminta supaya Datuk Dr Hassan Ali dilucutkan jawatan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim atas sebab langgar perlembagaan negera dan negeri.
Barangkali inilah punca Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebut nama Dr Hassan Ali sebagai orang yang tidak disenangi dalam PAS.
Nama Datuk Mustafa Ali setiausaha Agung dan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang Presiden juga disebut sebut pembawa masalah dalam PAS.PAS bukan hak mereka itu sahaja malah hak semua ahli seluruhnya. Mereka boleh pergi dan datang.
Kalau itulah puncanya adalah amat malang bagi PAS, kerana Profesor Dr Abdul Aziz Bari bukan orang PAS.Kita boleh dengar pandanganya jika baik boleh diambil guna pakai jika nnagetif harus djadikan harus ditolak bulat bulat.
Jangan sekali kali dilanggar perintah Allah dan Rasulullah SAW. Yang hairan Ada yang tidak senang dengan ayat ayat Allah dan sabda Nabi. Apalah sangat dengan pandangan serorang profesor undang undang yang tiada pendirian dalam gerakan Islam.
Beliau juga bukan seorang penganalisis politik bukan baik. Banyak tulisan yang saya baca semacam ”ada udang disebalik batu”.
Saya akui beliau begitu arif dengan undang undang, tetapi tidak arif dengan sosio politik PAS. Adalah tidak patuh Nik Aziz ikut cakapnya, kerana suatu masa nanti PAS akan pecah dan hancur.
Adakah patuh isu yang berlaku sekarang dianggap imej PAS tercalar kerana Dr Hassan Ali langgar pelembagaan negara dan negeri. Lainlah jika tindakan yang dilakukan Hassan Ali itu bercanggah dengan syariat Islam.
Jika Tan Sri Khaid Ibrahim pecat Dr Hassan sebagai EXCO dan di lucutkan jawatan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor Pas tidak akan pecah.
Alasan langgar perlembagaan negara dan negeri tidak wajar dijadikan hujah yang kukuh yang PAS akan pecah. Kecuali langgar syariat Allah boleh kita terima sebagai hujah yang kukuh.
Saidina Umar Al.Kahtab pernah berkata, selagi ada maksiat dalam kumpulan Islam selagi itulah tidak akan mencapai kemenangan.
Saya berani berkata, Profesor Abdul Aziz Bari tidak ikhlas dalam banyak tulisannya terhadap PAS. Oleh itu orang PAS kena ingat dengan gerak laku orang yang ada diluar parti.
Saya boleh terima apabila dia kata, PAS sudah lupa dengan agama dan lebih penting politik dalam satu tulisan lain. Memang benar begitu gambar yang saya lihat ada pada PAS sejak bekerjasama dengan DAP dan PKR.
Saya harap janganlah bersandar pada hujah seorang yang bergelar Profesor Dr dan gelaran gelaran lain hatta Tok guru dan tuan guru sekalipun, kerana gelaran itu tidak mampu ubah manusia jadi baik, kecuali ”beriman dan bertakwa” sahaja yang dijamin untuk membuat diri seorang itu jadi baik. Malah orang yang ”beriman dan bertakwa” sahaja yang dijamin masuk syurga.
4 comments:
Apakah ada dia tiada latar belakang Islam? Lepas tu nak tolak semua pandapat orang?
Jika dia ada latar belakang agama dia tidak dahulukan perlembagaan negara dan negeri.
Dia itu Profesor Aziz Bari undang undang. Saya tabik jika dia bercanggah mengenai undang undang, tetapi apabila sampai pada kes mengenai undang undang Islam saya berani kata dia sangat tidak kena dengan apa yang disebut.
Adakah berdosa jika langgar perlembagaan negara dan negeri.
Saya tidak nafikan negara mengeluarkan lesen jual arak dan negeri mengeluarkan primisnya yang membolehkan sesebuah kedai menjalankan perniagaan jual arak.Itu ciptaan manusia. Bagaimana dengan perintah Allah?
Bagaimana pula undang undang syariat dari pejabat agama Selangor yang memperuntukan penjualan arak tidak boleh dijual sepertimana yang berlaku itu.
Langgar perlembagaan negara dan negeri nampaknya lebih besar berbanding dengan langgar undang undang Allah.
Allah larang minum arak dan jual arak, tetapi negara dan negeri tidak dengan sebab tiada bantahan dari penduduk tempatan.
Ini bercanggah dengan islam.Islam tidak ikut manusia, tetapi manusia wajib ikut islam manakala perlembagaan negara dan negeri adalah ciptaan manusia. Patuhkan kita sebagai umat islam didahulukan berbanding undang undang Allah.
Kelantan memerintah selama 18 tahun, tidak berbuat demikian, tetapi selanggor walupun baru setahun jagung sudah boleh berbuat demikian melalui EXCO Agama yang tegas dan komited mahu islam didaulatkan supaya penjualan arak mesti dihentikan dalam kawasan umat Islam.
Salahkah?
Hendak lah kita berhati-hati dengan permainan media kerana sejak idea kerajaan perpaduan dilontarkan oleh TGHA, yakni sebelum ura-ura 16 september dilakukan..media tidak berputus asa dalam usaha untuk melaga-lagakan TGHA dan TGNA.
Mula-mula timbul isu pro-muzakarah dengan pro-pakatan,kemudian bila tiba musim muktamar PAS timbul pula isu golongan professional-ulama. Terkini,timbul pula isu pro-UMNO dan pro-pakatan. Seakan ianya satu perjalanan peristiwa yang telah dirancang,disebalik peristiwa pasti ada mastermind dan kumpulannya sendiri. Tidak mungkin media dengan mudah memainkan isu ini tanpa ada bantuan daripada pihak ketiga ini.
Saya ingin mengucapkan selamat berjaya bagi pihak ketiga ini. Semoga usaha kalian akan dibalas hari akhirat kelak!
Media massa ada tuanya. Itulah kerjanya untuk menjatuhkan sesiapa yang dia hendak jatuh.
Yang jadi masalah masih ada orang PAS tidak faham dengan peranan yang dimainkan oleh Profesor yang dikatakan pro PAS.
Dr Mahatir semasa menjawat jawatan perdana menteri pernah berkata, kalau kita mahu maju tinggal dulu Islam.
Profesor Dr Abdu Aziz Baru dalam tulisannya terbaru berkata,kita perlu lupakan soal soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam macam lagi.
saranan itu adalah sama dengan apa yang pernah disebut oleh Dr Mahathir Mohamad yang mahu maju mesti ketepikan Islam.
Professor Aziz Baru mahu begitu supaya kita boleh menang dalam pilihanraya. Kalau tidakorang bukan islam akan marah punca PAS tidak mendapat undi nanti.
Hujahnya PAS hanya mendapat undi Melayu cuma pada 40 peratus sahaja, oleh itu betapa perlunya undi orang bukan islam, hendaklah lupakan Islam kalau mahu menang.
Bagaimana NIK AZIZ yang tegas dengan Islam mahu mendaulatkan Islam boleh ikut cakap seumpama itu.
Post a Comment