Friday, October 9, 2009

Runtuh oh runtuh

Hari saya dapat maklumat bumbung masjid Kampung Linggar, Batu Rakit Setiu pula runtuh. Masjid itu digunakan pada Aidil Fitri baru lalu

Negeri Terengganu telah mendapat beberapa siri runtuhan bumbung yang barangkali memberi peluang pada rakyatnya sendiri membuat penilaian betapa sering ada perkara yang tidak kena berlaku.

Sebelum bumbung Stadium berharga RM270 juta di Komplek Sukan Gong Badak atas nama pembangunan yang tidak pernah dilihat sampai pada bumbung salah sebuah Dewan Sekolah Menengah di Marang kepada bumbung mesjid berharga RM2.1 juta Batu putih Kertih, Kemaman turut runtuh.

Barangkali akan ada lagi bumbung mesjid sejumlah 200 buah yang dibina zaman Datuk Seri Idris Jusoh memahat sejarah menjadi menteri besar dahulu.Termasuk mesjid hadhari berhawa dingin dan berlif Jerteh yang dikatakan sudah ada tiang yang retak.

Ramai yang terkejut apabila dengar cerita pasal bumbung mesjid pula yang runtuh tanpa ada gempa bumi atau ribut taufan yang melanda.Tapi ramai juga yang tidak merasa apa apa, kerana sudah tahu akan perihalnya yang mementingkan diri sendiri dan mengutamakan kroni.

Lainlah ratusan rumah di Marang dan Besut dilanda rebut penyebab atap dan bumbung berterbangan tanpa mengira atap berwarna biru juga turut menjadi mangsa yang tidak disangka sangka terjadi.

Ramai yang menyatakan bahawa apa yang berlaku ini memang tidak disangka sangka berlaku, kerana cuaca panas pada tengah hari dan ribu datang diwaktu petang, faktor banyak bumbung berterbangan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan apa yang berlaku itu adalah perbuatan manusia yang tidak amanah dan sikap mengejar keuntungan semata mata tanpa menghairaukan kesan buruk pada masa akan datang selain menyerahkan seratus peratus kepercayaan orang orang tertentu.

Para pemimpin UMNO barangkali tidak merasa malu dengan kejadian runtuh dan runtuh,kerana sudah ada cam untuk membuat duit dengan projek membaik pulih.

Tetapi para pemimpin Pas merasa malu serta kecewa dengan kejadian yang mengejutkan itu, kerana setiap kali diadakan sidang dewan undangan diberi nasihat agar pembinaan sesebuah bangunan mestilah ikut spekasi, kerana wang yang dibelanjakan itu adalah duit rakyat.

ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Abdul Razak berkata, beberapa siri runtuhan bumbung bangunan di Terengganu kini memberi petunjuk bahawa Allah subha Nahu wataala mendedahkan ada perkara tidak kena dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Tidak dinafikan memang pasti ada perkara yang tidak kena dengan pentadbiran kerajaan yang diterajui oleh Datuk Ahmad Said.Kalau tidak mana mungkin boleh berlaku tanpa ribu taufan.

Lebih lebih lagi sewaktu Datuk Idris Jusoh menjadi menteri besar, beliau kelihatan riak membina masjid diseluruh negeri itu, termasuk menemplek PAS tidak berbuat apa apa sepanjang memerintah Terengganu..

Apakah yang tidak kena itu? Sebuah masjid yang di bina di Kampung Bujal, Kemaman tidak lama dahulu telah dirobohkan oleh kerajaan atas perancangan licik Ahmad Said ketika menjadi EXCO.

Beberapa buah rumah yang dibina di Lebuk Merbau Sungai Tong kampung Belimbang Setiu diroboh dengan sewenang wenangnya oleh kerajaan yang diterajui Idris Jusoh. Tindakan seumpama ini jelas menzalimi rakyat yang memerlukan tanah dan rumah.

Adalah tersangat wajar apabila para pemimpin PAS berkata bahawa kejadian malang tersebut seolah olah mengambarkan waujudnya rasuah dan penyelewengan sehingga bangunan dibina runtuh walaupun baru sahaja digunakan.

Dan Tahniah SPRM negeri bertindak pantas dan sudah turun melakukan penyiasatan, tetapi harus ingat jangan macam hangat hangat tahi ayam sudahlah.

Mesjid Batu Putih Kertih, Kemaman yang baru sahaja siap itu merupakan sebuah mesjid yang cantik dan menjadi kebanggaan pihak UMNO bahawa itulah jasa UMNO berbanding dengan PAS ketika memerintah Terengganu dahulu dikatakan tiada berbuat apa apa selama empat tahun.

Sekarang ini rakyat sedia maklum bahawa apa yang menjadi kebanggaan pihak UMNO itu sudah berlaku insedin yang mengejutkan membuat rakyat negeri Terengganu berfikir siapa berada dipihak yang benar.

Hal ini telah dinyatakan oleh Dr Alias Razak bahawa insedin yang mengejutkan itu meminta rakyat khususnya di Terengganu ini berfikir mengenai pentadbiran kerajaan dan bangunan yang dibina secara tidak betul.

Penulis mengajak rakyat Terengganu berfikir dan buka hati masing masing agar dapat melihat kebenaran, sebab selepas dua penggal UMNO/BN memerintah negeri banyak perkara yang tidak baik berlaku.

Sehubungan dengan itu, runtuhan Masjid Batu Putih ini mengundang pelbagai reaksi masyarakat khususnya kepimpinan PAS yang sangat perihatin dengan wang rakyat yang diberi amanah untuk dibelanjakan

Hanafiah Mat pengarah majlis tindakan dewan undangan negeri Cukai mencadangkan sudah tiba masanya Suruhjaya diraja ditubuhkan untuk menyelidik perkara itu keakar umbi.

Beliau sangat kesal dengan insedin bumbung mesjid Batu Putih, kerana ianya baru sahaja siap, tetapi sudah runtuh.

Ini pasti memberi tamparan hebat pada kerajaan Terengganu selepas menerima tamparan hebat runtuhnya bumbung Stadium di Komplek Sukan Gong Badak tidak lama dahulu.

Memang tidak wajar runtuhan bumbung mesjid itu berlaku, kerana ia dibina baru satu tahun yang ketahannya pasti kukuh.

Hendak katakan ia dibina secara tergesa gesa sepertimana pembinaan Stadium adalah mustahil. Ini mesti ada yang tidak kena, termasuk soal sijil layak menduduki (CF) yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kemaman.

Oleh itu pihak berkenaan harus melakukan penyiasatan secara menyeluruh, termasuk semua agansi kerajaan yang terlibat, JKR juga harus bertanggungjawab dan pegawai berkenaan juga tidak harus terlepas dari disiasat.

Ahmad Said pernah sebut JKR juga merupakan punca bumbung Stadium Godang Badak runtuh. Apakah keruntuhan Mesjid Batu Putih itu tiada kaitan langsung dengan JKR sebagi agensi yang bertanggungjawab dengan pembinaan bangunan.

keruntuhan bumbung masjid Batu Putih ini pasti ada kaitan dengan penyeleweangan dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) jangan jadi macam hangat hangat tahi ayam sudahlah bila siasat senyap sepi.

Penulis sangat kesal dengan SPRM Terengganu kerana membisu seribu bahasa apabila pihak kerajaan melakukan penyeleweangan dan bertindak terjun tidak bertangga di pihak pembangkang.

SPRM turun menyiasat pembangkan hanya melalui laporan akhbar, tetapi berdiam diri terhadap UMNO miskipun ada ratusan laporan dibuat oleh rakyat mengenai kegiatan rasuah yang dilakukan.

Wan Hasan Ramli ADUN Sura Dungun membuka mulut dan berkata senario yang berlaku hanya merugikan duit rakyat dan sudah pasti keadaan itu menjadi penyebab wujudnya perasaan shak wasangka membabit orang ramai.

Mengapa tidak? rakyat Terenggganu baru sahaja mendengar tragedi runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak Kuala Terengganu dan Dewan sekolah Menengah kebangsaan Wakaf Tapai, Marang.

Kini bumbung rumah Allah pula turut runtuh yang jelas tidak masuk akal jika tidak berlaku penyelewengan. Ini jiga telah memberi imej buruk kepada kerajaan yang pernah mendabik dada bahawa aku sahaja yang boleh dan bijak memerintah.Orang lain tidak pandai.

Sekarang baru mereka tahu langit tinggi atau rendah apabila Allah membayar tunai atas usaha dendam politik terhadap PAS di Terengganu. Ingat jangan tak ingat dengan amaran yang maha berkuasa itu.

sekian..............................

2 comments:

LanaBulu said...

Anak jusuh kata ada berlaku gerak gempa kot..heee

ana said...

gerak gempa bumi dan taufan tidak berlaku ketika bumbung masjid Batu Putih kertih Kemaman runtuh.

Mungkin gerak gempa yang dimaksudkan oleh anak Jusoh itu ialah mengenai krisis yang berlaku dalam umno Terengganu hingga sekarang belum nampak tanda tanda akan selesai.

Walaupun Hishamuddin Hussein kata krisis umno Terengganu sudah selesai,tapi tanda tandanya tidak nampak lagi yang ianya sudah selesai.

Gerak gempa yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan hanya menunggu masa dan ketika yang umno negeri minyak ini runuth merundum, kerana antara pemimpin ada yang tidak ikhlas.