Wednesday, January 28, 2009

Artis bercerai dimana silapya.

Sebelum kita pergi lebih jauh ada lebih baik kita tanya dahulu mengapa kita mesti berkahwin. Kadang kala kebanyakan artis lupa motif mereka berkawin dan itulah yang menyebabkan mereka tidak pasang “niat” semasa berkahwin.

Setiap sesuatu mesti didahului dengan niat. Apa itu niat? Kerana Allah kah atau kerana apa? Mengapa kita memilih untuk berkahwin? Jawpannya kerana, pertama, hendak ikut sunnah nabi, kedua untuk mendapatkan zuriat dan ketiga, tidak mahu melakukan dosa zina.

Artis selalu menegaskan bahawa mereka adalah sama seperti orang lain, mereka hidup dengan cara hidup yang sama seperti kita juga, akan tetapi kenapa kadar bercerai mereka lebih tinggi daripada kita?

Persoalan ini amat susah dijawab kerana setiap artis yang bercerai mempunyai pengalaman dan cerita yang berbeza. Malah kebanyakan berkata ‘tiada apa yang boleh dibuat lagi kerana itu sudah suratan takdir’.

Akan tetapi kita boleh membuat kesimpulan tentang sebab-sebab kenapa artis bercerai kepada beberapa faktor yang besar antaranya, godaan daripada wanita atau lelaki lain, publisiti terlampau, salah seorang lebih glamour, dan pendedahan terlampau kepada realiti TV.

Untuk sebab yang pertama, godaan terhadap artis adalah lebih kuat daripada orang kebnyakan. Mereka yg bergelar artis bisanya datang dengan pakej, mempunyai rupa dan intelektual. Sesetengah orang mungkin tidak bersetuju kalau saya katakan artis mempunyai daya intelektual yg tinggi. Tetapi kalau kita lihat dari sudut lain, adalah mustahil bagi org yang tidak mempunyai intelektual bergelar artis kerana artis perlu berfikiran pantas dan serba boleh.

Contohnya untul menghafal skrip sahaja memerlukan daya ingatan yg tinggi. Jadi saya tidak akan memperdebatkan hal ini. Mari kita fokus kepada sebab kenapa artis bercerai sahaja.

Bagi sesiapa yg mempunyi rupa, berintelektual serta terkenal, daya tarikan mereka kepada orang lain melebihi daya tarikan orang-orang yang tidak mempunyai semua itu. Oleh kerana itu mereka mempuyai kehidupan sosial yg lebih daripada kita dan ramai yang tertarik dengan mereka akan mencucuk jarum untuk masuk kedalam kehidupan mereka, demikian itu menyebabkan mereka berbelah bahagi serta mungkin akan tergugat dengan godaan tersebut.

Demikian juga, bagi artis yang sudah berkahwin, mereka juga tidak akan terlepas daripada perkara ini. Oleh sebab itu kalau tidak mempunyai Iman yg kuat dah tambahan lagi berperibadi yang rapuh, adalah mustahil untuk artis itu mengelakkan penceraian daripada berlaku.

Persoalan yang timbul sekarang, adalah sama ada untuk memilih pencerai bagi artis perempuan dan bermadu bagi artist lelaki. Akan tetapi berapa kerat sahaja yg mahu bermadu, dek kerana godaan serta sifat ingin tahu terhadap orang baru, penceraian akhirnya berlaku.

Kita semua sedia maklum, artis adalah mereka yang boleh dikatakan tidak mempunyai pegangan yang kukuh dari segi ajaran agama, oleh kerana itu apabila nafsu diletakkan mendahului Iman, langkah terakhir yang akan diambil adalah penceraian.

Sebab kedua adalah publisiti melampau. Apabila terdapat terlampau banyak publisiti dalam hidup artis itu, semuanya termasuk perihal peribadi didedahkan. Ini termasuklah sifat-sifat buruk seseorang artis itu.

Apabila perkara ini diketahui ramai, tekanan dari ahli keluarga dan orang sekeliling menyebabkan artis-artis ini mengambil keputusan untuk mengakhiri rumah tangga mereka. Sebagai contohnya seorang artis yg mempunyai tabiat menipu duit orang, telah didedahkan oleh media dan dia mempunyai seorang isteri yang berayahkan seorang berpangkat dato’. Untuk menjaga status dan kononnya maruah keluarga, mereka memaksa anak mereka bercerai tanpa mencari kemungkinan kepada penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Sebab ketiga, bagi artis yg berkahwin sesama artis dan salah seorang pula kebetulannya lebih terkenal dan mempunyai penghasilan yang lebih tinggi daripada pasangannya. Perkara ini akan lebih buruk kalau si suami yg mempunyai pendapatan yang lebih rendah. Orang akan mempersoalkan kehidupan mereka, kononnya si suami menumpang hidup atas kemewahan si isteri.

Si suami juga akan terasa maruahnya tercalar dan tekanan psikologi telah menyebabkan kadangkala si suami menderita dan akan juga menyebabkan si isteri menderita. Kesibukan pasangan akan menyebabkan pasangan dan keluarga terabai. Institusi kekeluargaan mula sedikit demi sedikit musnah. Apabila rasa benci melebihi rasa sayang, penceraian adalah pengakhirannya.

Ada sesetengah artis lebih mngutamakan kemasyuran walaupun kemasyuran itu datang dari publisiti yang tidak elok seperti penceraian. Walaupun ada sessetengah artis yang berusaha untuk mengelakkan hal penceraian mereka diketahui ramai akan tetapi ada juga yang sengaja menjadikan hal penceraian sebagai buah mulut dan batu loncatan untuk menagih simpati dan publisiti segera.

Artis kengkadang tidak terlampau memikir tanggungjwab kerana artis adalah insan yang pelik. Artis kengkadang sukar dibaca pemikiran mereka kerana mereka mendakwa mereka adalah ‘orang kreatif’, jadi amatlah susah untuk diramalkan apa yg akan berlaku dalam kehidupan artis. Selalu juga artis menjadikan hal-hal cerai ini sebagai gurauan semata-mata untuk mendapat perhatian dan menolak hukum agama ke belakang.

Demikian juga bila dibangkitkan soal ego para artis. Ego mereka adalah lebih tinggi jikalau mereka lebih masyur. Pendedahan melampau menyebabkan ego mereka meletus, dan mula memandang rendah pasangan mereka. Mereka dambakan kehidupan yang lebih bagus, maintainance yang lebih tinggi dan pasangan yang lebih sempurna. Akhirnya mereka memilih untuk menamatkan alam rumah tangga dengan bermacam-macam alasan yg mungkin sahaja rekaan semata-mata.

Kengkadang kita terfikir, kenapa artis masih mempunyi keberanian untuk bersuara sedangkan terang-terang mereka telah melakukan kesalahan besar seperti zina. Akan tetapi selepas di temu-bual mereka boleh bercakap seolah-olah perbuatan mereka itu tidak salah walau sedikit pun serta mereka mencipta bermacam-macam alasan yang kadang kalanya masuk logik akal dan menyebabkan kita tertipu tentang kedaifan mereka. Artis, satu sahaja yang sesuai menggambarkan mereka, iaitu mereka adalah ‘pelakon’ dan pelakon pandai menipu kerana itu kerja mereka, menjadi orang lain untuk mencari rezeki.

Demikianlah kerana ceteknya ilmu agama para artis, pencerai berlaku bila habisnya rasa cinta. Publisiti menjadi pilihan mengatasi maruah keluarga dan penderitaan anak-anak. Hal cerai adalah perkara biasa bagi artis. Semuanya berkisar kepada siapa yang boleh menjadi lebih glamor dan siapa yang akan mendapat lebih perhatian.

Bagi kita org biasa walaupun cinta berakhir kita akan menahan kesakitan tanpa cinta dan bersabar demi tanggungjwab dan anak, serta berusaha untuk hidup bersama selagi boleh. Akan tetapi bagi artis, mereka selalu memilih jalan singkat kerana mereka tahu mereka ada banyak lagi peluang untuk berjumpa orang lain di masa hadapan dan tidak perlu menahan kesakitan penceraian dan tamatnya rasa cinta serta tidak takutkan penceraian walaupun penceraian itu adalah yg paling dibenci oleh Allah s.w.t.

Kesimpulannya kemngkinan besar artis yang berkahwin itu tanpa ada niat “Lillahitaala” bukan kerana Allah, sebab itu tapak yang dibina atas nama “rumahtangga” tidak kukuh dan mudah runtuh.

Friday, January 16, 2009

Antara PAS dan UMNO Siapakah yang menipu

Datuk Ahmad Said kecewa dengan PAS, kerana menipu rakyat Terengganu.

Semua sedia maklum Ahmad Said Sendiri yang kata segala projek pembangunan zaman Datuk Idris Jusoh tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Bukan setakat itu sahaja, malah Ahmad Said pernah berkata segala projek pembangunan membazir wang rakyat yang di peruntukan dari Dana Khas persekutuan.

Maka itulah yang disebut oleh Datuk Wan Mutalib Embong dan Datuk Mustafa Ali kepada rakyat Terengganu dalam kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Apakah itu PAS yang menipu? Pemimpin PAS kata apa yang Ahmad Said kata. Kata kata itu keluar dari mulut Ahmad Said pada asalnya. Cuma diulangi oleh pemimpin PAS agar rakyat ingat semula apa yang dikatakan dan diamalkan oleh Menteri Besar negeri Terengganu yang diberi amanah memerintah.

Saya tidak tahu sama ada kata kata yang keluar daripada mulut Ahmad Said tempoh hari retorik kah, gimik kah atau mempolitikan kah. Tapi itulah kata kata yang keluar daripada mulut Menteri Besar Umno yang konon ada integeriti.

Kalau PAS menipu, sudah barang tentu UMNOlah yang berbohong besar kepada rakyat Terengganu. Masa kan tidak.Lihat kos yang diperuntukan pada Taman pendidikan di Tembila Besut yang pada mulanya berharga RM 250 juta kini disebut semula kosnya RM 450 juta.

Kalau sekiranya projek yang ditinggalkan oleh Idris Jusoh itu membazir mengapa projek empat Pulau Pasir buatan manusia di muara sungai bandaraya warisan persisir air yang kosnya RM 40 juta ditambah semula peruntukan sebanyak RM 5 Juta.

Kalau ianya membazirkan wang rakyat hentikan sahaja. Lebih lebih lagi empat pulau buatan itu jelas mencacatkan keindahan wajah bandaraya Kuala Terengganu. Bukan setakat mencacatkan malah ianya adalah kudis yang menjijikkan.

Kalau Ahmad Said sendiri yang berkata segala projek pembangunan zaman Idris Jusoh tidak beri manfaat, mengapa apabila PAS kata dan ulangi apa yang diucapkan itu, tiba tiba PAS dicop menipu rakyat.

Kalau PAS menipu –Umno pasti berbohong. Bohong namanya kalau tidak mengaku mengeluarkan kata kata sepertimana disebut dalam kenyataan media suatu ketika dahulu.

PAS ada bukti yang Ahmad Said berkata segala projek tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Sama ada tindakan itu hanya “dolak dalih” Ahmad Said agar rakyat memihak padanya kerana boleh dikatakan seramai 22 orang ADUN dan 7 orang ahli parlimen Terengganu tidak setuju dengan Sultan melantiknnya sebagai menteri besar.Bukan setakat tidak setuju,malah sultan di cop sebagai “natang”.

Pendek kata Ahmad Said waktu itu hanya sebatang kara sahaja. Bayangkan seorang menteri besar yang berada dalam keadaan seumpama itu.Apa pun boleh berlaku. Lebih lebih lagi semua sedia maklum beliau terkenal sebagai tokoh umno kaki caci maki ketika berada dalam Dewan Undangan negeri.

Sekarang ini tiba masanya untuk Umno berbohong semula,kerana menjadi kelaziman setiap kali diadakan pilihanraya, baik pilihanraya kecil mahu pilihanraya umum umno mesti dan tetap berbohong.

Kalau dahulu Umno berbohong hendak selesaikan tanah yang diberi secara TOL kepada semua rakyat.Kini Ahmad Said cuba jaja bahawa tanah yang diberi zaman PAS memerintah akan diselasaikan, terutama sekali di Bujal Kemaman. Boleh dikatakan kebanyakan rakyat percaya, termasuk orang PAS.

Percayalah itu hanya gimik politik Umno dahulu, kini dan selama lamanya. Mana mungkin masjid Bujal yang dirobohkan tangannya sendiri akan diselesaikan semula.

Dari segi itu rakyat boleh percaya, kerana apa yang dilakukan itu ada asasnya, iaitu mengeluarkan borang borang permohonan tanah seluruh negeri. Bukan setakat itu sahaja malah diarah pejabat pejabat tanah mengarah SO mengukur tanah dimana sahaja.

Apa yang dilakukan oleh Umno praktikal pasti ada asas yang kerajaan tetap mahu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, terutama rakyat yang hidup dibawah paras kemiskinan.

Malangnya sebaik sahaja Umno menang dan memerintah semula negeri Terengganu, borang borang yang diisi dan dikumpulkan entah kemana hilang lesap. Habuk pun tidak ada.Begitulah apa yang pernah berlaku. Samalah apa yang berlaku pada kampung tersusun di negeri Perak. Janji hanya tinggal janji.

Apabila datang semula musim pilihanaraya diperlakukan semula apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Rakyat percaya juga. Ini penipuan Umno yang barangkali tidak mudah di lupakan oleh orang PAS.

Tidak lama dahulu saya sendiri dengar perkataan setiap bantuan dari kerajaan tiada pilih kasih. Tidak kira latarbelakang. Tidak kira parti. Orang parti PAS pun tidak kecuali asalkan mereka layak atau dengan kata mereka yang benar benar memerlukan bantuan.

Apa sudah jadi dengan ikrar itu. Pilihkasih tetap berlaku, kalangan orang miskin PAS dinafikan haknya.Manakala orang Umno atap tidak bocor pun diganti juga.

Saya berani berkata bahawa cakap itu adalah cakap tak serupa bikin. Cakap lain buat lain. Demikian juga dengan bantuan baiki rumah yang membabitkan pertukaran atap atap buruk/bocoh kepada atap baru berwarna biru yang dijaja dari rumah kerumah itu atas tujuan mengoda 6,000 pengundi DUN Wakaf mempelam.

Orang PAS dipelawa memohon. Ini juga suatu pembohongan terhadap rakyat, kerana orang yang dapat baiki rumah adalah rumah orang Umno walaupun sudah memiliki atap baru boleh ditukar semula.

Sama ada apa yang saya nyatakan bohong, anda boleh pantau di Dun Wakaf Mempelam yang mana Ahmad said sendiri yang masuk kampung keluar kampung dengan tujuan untuk meraih undi orang mengundi PAS (Mohd Abdul Wahid Endut).

Kebetulan pula Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS Parlimen Kuala Terengganu yang akan bertarung dalam pilihanraya kecil 17 Januri ini. Apa lagi bertimbun tumbun lah wang yang akan dicurahkan macam air hujan di musim tengkujuh.

Bayangkan Wang peruntukan baiki rumah telah diumumkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Muhamad Mohammad Taib sebanyak RM 51 juta.Disamping RM 50 juta oleh Timbalan Perdana Menteri di peruntukan kepada kontraktor kelas F untuk turap jalan. Banyak tu.

Ini mesti ada muslihat politik.Kalau tidak mengapa diberi sekarang ini.

Juteru itu, gerakkerja yang dilakukan jentera pilihanraya Umno pasti berada ditahap target sasar, macam mana sekali pun kerusi Parlimen Kuala Terengganu pasti miliknya, sebab itu seluruh orang umno datang berkampong dengan begitu komited, disamping mendapat habuan politik wang yang sudah jadi darah daging orang Umno sejak dahulu hingga sekarang.lebih lebih lagi yang meminta sogokan bebas tidak akan didakwa.

Bagi yang bertanding jawatan timbalan presiden, naib dan majlis tertinggi Umno pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.

Mereka bukan sahaja memberi tumpuan sepenuh masa malah mereka akan turun padang, macam Ahmad said turun masuk kampung keluar kampong untuk menyalurkan bantuan yang di peruntukan.

Ingat wang peruntukan itu mesti dihabiskan agar Umno dapat mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu yang menang dengan majoriti yang tipis itu.


Sekian

Tuesday, January 13, 2009

Perkataan PAS dak rok cetong senjata makan tua

Perkataan “Umno Dak rok cetong ” yang pernah digunakan oleh PAS dalam musim pilihanraya umum ke 11 kini digunapakai oleh Umno. Malah cukup popular dikalangan rakyat, terutama sekali pengundi parlimen Kuala Terengganu.

Perkataan “Umno Dak rok cetong” inilah yang menyebabkan PAS tumbang di rempoh gelombang biru sehingga hilang kuasa dan tinggal empat kerusi DUN sahaja dari 28 kerusi DUN 8 parlimen.

Kini Umno pula yang mengunapakai perkataan “PAS dak rok cetong” dalam siri ceramah yang diadakan sepanjang kempen bermula pada 6 hingga 16 Januari jam 12 malam.

Apa pun Datuk Seri Najib Razak, ketika berceramah di Pasar Cabang tiga (12 Januari) juga turut berminat mengucapkan perkataan “PAS dak rok cetong” sebagai senjata untuk meraih sokongan disamping menabur wang sebanyak RM 1 bilion tidak termasuk sebanyak RM10 bilion diperuntukan pada (TIA) Lembaga Tabung pelaburan Terengganu.

Sebanyak RM1bilion- RM 51 juta diumum oleh Datuk Seri Mohamad Mohd Taib, Menteri pembanguan luar – RM 50 juta di umum oleh Timbalan Perdana Menteri atas nama pakej ransangan ekonomi yang dilulus Kabenit.

Perkataan “PAS dak rok cetong” yang keluar dari mulut Timbalan Perdana Menteri dengan penuh bersemangat itu mendapat tepukan gemuruh dari semua yang hadir dan dicanang bahawa semasa memerintah dahulu tidak buat apa. Janji hanya tinggal janji sahaja.

Hadirin kelihatan begitu gembira mendengar perkataan “ dak rok cetong” yang diucapkan tanpa menyedari sejarah telah membuktikan ia merupakan senjata makan tuan yang menyebabkan kekalahan PAS dalam musim pilihanraya umum ke 11 dahulu.

Oleh kerana terlalu ghairah dengan kemenangan yang bergaya pada pilihanraya umum ke 10 sehingga lupa bahawa kata kata itu asal mula di anugerahkan oleh orang Umno yang sengaja agar rakyat Terengganu naik marah dan benci dengan kerajaan yang di terajui Ulama’.

Demikian juga dengan Umno? Mungkin mereka terlalu ghairah kerana betapa banyak wang yang tabur sebagai umpan meraih undi agar dapat mempertahankan kerusi Parliman Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil ini sehingga lupa akan bukti sejarah.

Ketika PAS menggunapakai ayat “Umno dak rok cetong” dalam musim pilihanraya ke 11 (2004) Umno menang bergaya. Jadi tidak mustahil dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini nasib Umno akan jadi senasib dengan PAS walaupun wang umpan ditabur begitu banyak sekali.

Mengapa? Kebanyakan pengundi Terengganu tidak gemar perkataan “Umno dak rok cetong” demikian juga “PAS dak rok cetong”. Lebih-lebih lagi pengundi kalangan “Guru” sebagai undi penentu menyifatkan perkataan itu merupakan bahasa ejekan yang tidak harus diucapkan oleh kalangan pemimpin parti politik.

Apatah lagi ianya dilaungkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang bakal menjadi perdana menteri Mac ini.

Perkataan PAS dak rok cetong merupakan bahasa yang menunjukkan seseorang itu telah menghina satu satu kumpulan lain dengan tidak sepatutnya.

Sesiapa yang menggunapakai bahasa ini mengambarkan mereka adalah manusia yang angkuh, ego, sombong, riak dan takabur yang sangat dibenci oleh Allah

Justeru itu, kita tunggu masa dan ketikanya pada 17 Januari (Sabtu) Malam akan keputusan parti manakah yang menang dan kalah. Kebencianlah yang membuat pengundi menghukum.

Seperkara lagi kebanyakan pengundi Parlimen Kuala Terengganu masih belum lupa ayat Allah “orang yang sogok wang masuk neraka dan yang menerima pun masuk neraka.Ingat, kecuali mereka yang menerima itu tidak memberi undi pada parti yang menyogok.

Ingat wahai pengundi.Ingat,kalau kamu menerima wang daripada Umno, kamu indi umno, maka masuk neraka dan jika kamu undi PAS kamu bebas dari api neraka.

Thursday, January 8, 2009

Wan Farid bukan pemimpin mesra rakyat

Memang Umno lebih awal berkempen, kerana bukan kerja mudah mahu mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu. Lebih lebih lagi calon Umno Kali ini Datuk Wan Ahmad Farid batang tubuhnya tidak sama dengan Allahyarham Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran yang menang dengan majoriti 628 undi.

Kemenangan itu pun adalah atas simpati pengundi yang undi calon PAS di keempat empat DUN. Inilah yang membuat mereka bimbang. Kebimbangan ini masih bersarang apabila PAS memilih Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil 17 Januari ini.

Macam mana tidak bimbang, sedangkan dari segi fakta dalam pilihanraya umum ke 12 kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu adalah milik PAS,jika kesemua yang mengundi calon PAS di DUN mengundi Mat Sabu di parlimen.

walaupun ada yang mengatakan bukan faktor iru yang menyebabkan Mat Sabu kalah, tetapi atas sebab undi pos sebanyak 1,035. Itulah faktor penentu yang membuat Mat Sabu Kalah.

Bercakap biar atas asas, jangan pakai pakai baham rambang.Cuba kita ambil kira undi yang di perolehi tiga calon PAS DUN Wakaf Mempelam. Mohd Abdul Wahid Endut mendapat sebanyak 9,645 undi. DUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Omar memperoleh sebanyak 6,723 undi. DUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad memperoleh sebanyak 10,672 undi dan seorang calon keadilan DUN Bandar Dr Abdul Manaf Mohamad memperoleh sebanyak 6,689 undi.

Dicampur keempat empat DUN, maka jumlah sokongan yang diperoleh sebanyak 33,729 undi. Undi yang diperolehi Allahyarham Datuk Razali Ismail sebanyak 32,562 undi termasuk undi POS sebanyak 1,035.bermakna jika ditolak jawapannya 1,795 undi.

Undi yang diperolehi Mat Sabu sebanyak 31,934. dan ditolak dengan 32,562 maka jadilah majoritinya 628 undi.Ini jelas bukan faktor undi POS yang menyebabkan Razali Ismail memperolehi kemenangan jika diambil kira lebih undi yang diperoleh calon DUN PAS sebanyak 33,729 jika ditolak dengan 32,562 jawapanya 1,795 undi jika di tolak undi POS sebanyak 1,053 maka jawapannya ialah 760 undi.

Bermakna Datuk Razali Ismail masih kalah dengan majority 760 undi.

Oleh itu kekalahan PAS pada pilihanraya umum ke 12 di Prlimen Kuala Terengganu Mac 2008 ianya tidak lain dan tidak bukan ialah faktor undi akar umbi yang memberi undi kepada PAS di DUN dan tidak memberi undi pada Parlimen.

Sebab itu saya tetap mempertahan kajian jika ditolak 33,729 yang diperolehi keempat empat DUN milik pembangkang dengan 32,562 yang diperolehi DUN milik UMNO dalam ditolak dengan undi POS sebanyak 1,035 undi, maka masih tinggal 760 undi sebagai majority yang diperolehi PAS.

Dalam keadaan sekarang undi inilah yang barangkali menjadi paling sukar diraih semula oleh Umno atas sebab calon yang bertanding nanti Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ini berbeza perwatakannya dibanding dengan Razali Ismail

Datuk Wan Farid walaupun merupakan calon terbaik, ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu yang dikatakan sudah mendapat sokongan padu ahli Umno Bahagian Kuala Terengganu., tetapi perwatakannya tetap berbeza satu sama lain. malah ada orang mengatakan antara kedua dua orang tokoh ini bak kata perpatah “macam langit dengan bumi” .

Atas sebab itu Umno terpaksa turun awal berkempen dan wang sebanyak RM51 juta untuk baiki rumah rakyat miskin, wang bantuan sekolah sebanyak RM 8 juta dan Wang RM 6.1 juta diperuntukan untuk kaum china itu semata mata sebagai langkah drastik untuk meraih sokongan.

Ahmad Said sendiri dikatakan yang masuk kampung keluar kampung untuk menyalurkan wang bantuan baiki rumah rakyat miskin dengan kos RM8,000 setiap buah rumah dan atap warna biru sebagai “tredmark” Barisan Nasional.

peruntukan RM 51 juta oleh Mohamad Muhamad Taib walaupun dinafi dengan sekerasnya ianya bukan atas nama politik pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, tetapi umum mengetahui apa yang dilakukan itu jelas wujud disebalik yang tersurat dan yang tersirat.

Untuk meraih sokongan pengundi china telah diperuntukan sebanyak RM 6.1 juta. RM5.8 juta untuk baiki longkang dan bina jalan sekitar bandaraya Kuala Terengganu
manakala RM 10 bilion diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib untuk dana (TIA) lembaga pelaburan Terengganu masih jadi teka teki ya atau tidak.


PAS memang tidak boleh buat apa apa dengan peruntukan wang yang begitu banyak, tetapi lawan tetap lawan dan yakin insyaAllah menang, kerana calon Umno itu orang "bangsawan"yang sama sekali bukan orang mesra rakyat yang dikehendaki oleh pengundi Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau bukan calon yang terbaik jika dibandingkan Encik Zuber Embong, timbalan pengarah pelajaran negeri Terengganu yang tersingkir, kerana tidak ada pangkat dalam Umno bahagian Kuala Terengganu atas kekalahan dalam pertandingan ahli jawatankuasa bahagian.

Atas sebab itulah beliau tersingkir dengan alasan orang Umno Bahagian Kuala Terengganu menolaknya maka hilanglah kelayakan untuk menjadi calon. Pada hal beliaulah merupakan orang yang disenangi pengundi akar umbi parlimen Kuala Terengganu.

Sebaik sahaja Datuk Seri Najib mengumumkan nama Wan Farid sebagai calon yang akan bertanding pada ppilihanraya kecil 17 Januari 2009, rata rata terkejut dan merungut dan ada yang mengatakan “Umno kalah kali ini”.

Tindakan itu dilakukan belum tahu lagi siapakah calon PAS yang akan diletakkan bertanding sudah datang rasa bimbang dan pobria. Apabila nama Abdul Wahid Endut dipilih sebagai calon PAS kebimbangan itu sebagai menjadi jadi dan ngeri serta menjadi semakin trauma.

Sekian.

Sunday, January 4, 2009

Wan Farid tidak makan cekak lawan Wahid Endut?

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersedia bertarung dengan Mohd Abdul Wahid Endut, yang menang lima penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, pada pilihan raya kecil itu.

Wan Ahmad Farid berkata, dalam pilihan raya kecil itu nanti bukan personaliti yang dipertandingkan sebaliknya agenda parti yang dipertaruhkan. Kata kata seumpama itu mengambarkan personality Mohd Abdul Wahid Endut mengatasi personality Wan Ahmad Farid.

Dalam pilihanraya umum ke 12 pengundi Parlimen Kuala Terengganu tidak memilih dasar yang diperjuangkan parti, tetapi memilih calon (personality) sebab itu Mat Sabu kalah dengan majority tipis.'

Pengundi Parlimen Kuala Terengganu faham dan sedia maklum dengan apa yang diperjuangkan oleh Umno/BN. Sebab itu ada orang yang mengundi PAS di peringkat DUN tetapi mengundi Umno di peringkat Parlimen.

Ini jelas menunjukan orang Parlimen Kuala Terengganu tidak pilih parti, sebaliknya memilih calon (personality) yang dimilik.

Atas sebab ini juga Datuk Wan Ahmad Farid merayu sangat agar pengundi parlimen Kuala Terengganu mengundinya dan beri saya peluang untuk menang dalam pilihanraya kecil 17 Januari ini

Dengan ini, dapat kita buat kesimpulan bahawa Wan Farid yang sedia bertarung dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut sudah tidak “makan cekak” Bayangkan sudah ramai tokoh umno yang diletak bertarung di DUN wakaf mempelam, termasuk seorang jutawan juga turut kecundang.

Ini membuat Datuk Wan Farid merasa gerund lantas berkata, rakyat perlu memberi peluang dan ruang kepadanya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat walaupun Mohd. Abdul Wahid merupakan calon berpengalaman.

Kata Wan Frid, Walaupun Mohd. Abdul Wahid tidak pernah kalah sejak lima penggal lalu tetapi undi diperoleh beliau tidak konsisten. 'Justeru, saya yakin rakyat akan memberi peluang tersebut berdasarkan trend pengundian dalam pilihan raya kecil kali ini,

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu meminta rakyat tidak terpengaruh dan percaya dengan segala dakyah yang disebarkan mengenai personalitinya yang dikatakan sombong dan tidak mesra.

Jelas Wan Rafid lagi, Sebelum ini, rakyat tidak pernah mengenali saya dengan dekat kerana saya tidak diberikan peluang sebagai wakil rakyat.'Justeru, saya ingin meminta peluang ini untuk berkhidmat kepada penduduk Kuala Terengganu.

Ini mengambarkan kepada kita yang beliau benar benar terdesak untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti. Pasal peluang, memang Wan Farid sudah diberi peluang sebagai senator dan timbalan menteri dalam negeri dengan gaji sebanyak RM24,000 sebulan. Apa lagi yang dia mahu.

Apa lah sangat jawatan ahli parlimen jika tidak dilantik menganggotai Kabinet.

Thursday, January 1, 2009

Pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu medan politik wang

Datuk Ahmad Said kelihatan begitu megah menunjukkan raplika cek lebihan royalti minyak bernilai RM408.6 juta yang diserah oleh Najib di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Disamping mempamerkan senyuman yang mengambarkan betapa gembiranya kerana berjaya menuntut wang royalti minyak 5 peratus dikembali semula kepada kerajaan negeri setelah dirompak.

Turut hadir dalam majlis itu, Datuk Seri Muhammad Mohamad Taib,Ketua Penerangan Umno Malaysia yang juga Menteri Pembanguan Luar Bandar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Antara bangsa, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Pelajaran, dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Keempat tokoh ini akan bertanding jawatan timbalan dan naib presiden Umno dalam perhimpunan agung Umno Mac 2009 nanti. Mereka ini juga telah diberi amaran oleh Perdana Menteri agar jangan sekali sekali dijadikan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu sebagai medan kempen pertandingan jawatan Mac depan.

Masing masing mempamerkan senyuman yang sinonim dengan cogan kata “mesra rakyat” dan mengutamakan kepentingan peribadi berbanding untuk mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu yang merupakan cabaran terbesar selepas diuji dengan kekalahan teruk di parlimen Permatang Pauh tidak lama dahulu.

Ahmad Said Menteri Besar Terengganu yang menjulang raplika cek baki royalti minyak (2007/2008) sebanyak RM 406.6 juta mempamerkan senyuman yang berbeza satu sama lain dan megah.

Anda semua boleh nampak dengan jelas antara senyuman mereka itu. Antara mereka ada perbezaan yang nyata satu sama lain. Allah sahaja yang mengetahui akan hakikat sebenar apa yang tersirat didalam hati masing masing.

Senyuman Ahmad, senyuman terlalu gembira dapat raplika cek sebanyak RM408.6 juta dan menang tuntutan serta ada cam untuk melaksanakan projek yang akan memberi impak kepada rakyat disamping memberi impak kepada diri dan kroni kroninya.

Manakala senyum Datuk Seri Najib pula mengambarkan yang dia sudah selamat untuk naik pangkat menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009 ekoran menang tidak bertanding sebagai presiden Umno.

Demikian juga senyuman ketiga tiga orang yang akan beradu nasib bertanding jawatan timbalan presiden Umno. Lebih lebih lagi mereka sangat senanghati apabila Najib berkata rasuah politik sukar untuk dibanteras.

Mereka merasa lega kerana kenyataan yang dibuat bakal presiden Umno dan bakal Perdana Menteri itu telah memihak kepada mereka yang dikatakan ada aduan bersabit dengan politik wang sedang disiasat.

Kenyataan Najib itu juga seolah olah telah memberi lampau hijau kepada mereka melakukan politik wang, terutama semasa berlakunya pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Ini juga memberi peluang kepada mereka secara tidak langsung untuk bertemu dengan ketua ketua umno Bahagian seluruh Negara yang akan turun berkampung di markas markas di parlimen Kuala Terengganu.

Peluang ini adalah merupakan peluang keemasan yang sangat sukar didapati. Apatah lagi semua ketua bahagian Umno pasti berada sepanjang hari hingga tamat hari pengundian dan senang di temui.

Ianya memudahkan mereka bertiga menyalurkan wang kepada ketua ketua bahagian atas nama membantu kempen pilihnraya kecil kuala Terengganu sepanjang 11 hari itu.

Wang yang diberi oleh mereka kepada ketua ketua bahagian memang sukar untuk dikesan yang ia ada kaitan dengan politik wang, malah ianya tidak boleh diketegorikan sebagai rasuah politik.Lebih lebih lagi Najib berkata politik wang sukar dibanteras.

Ini satu jaminan yang ada sandaran kukuh bahawa mereka boleh buat apa sahaja demi peribadi.

Samalah dengan apa yang dilakukan oleh Najib iaitu menyerahkan raplika cek sebanyak RM 408.6 juta kepada Ahmad Said. Termasuk menisytiharkan peruntukan sebanyak RM 10 bilion untuk tujuan pelaburan negeri Terengganu atas nama TIA ( Lembaga pelaburan Terengganu).

Yang peliknya dahulu semasa Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad menjadi Menteri Besar sudah ada tiga Lembaga pelaburan Terengganu antaranya ialah Lembaga Tabung Amanah Warisan.
Persoalanya ke mana pergi wang yang di peruntukan sebanyak RM 7 bilion itu sehingga tinggal hutang RM780 juta apabila kalah pada tahun 1999.

Zaman Datuk Seri Idris Jusoh menerajui Terengganu (2004/2008) juga di peruntukan sebanyak RM 7 bilion untuk tujuan pembangunan menjadi negeri Terengganu negeri maju- maju pembaziran sepertimana yang disifatkan oleh Ahmad Said, kerana tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat.

Bayangkan belanja RM 4 bilion- hilang RM 3 bilion.

Demikian juga apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Muhamad Mohamad Taib yang telah memperuntukan wang sebanyak RM51 juta untuk tujuan baik pulih rumah rakyat termiskin.

Senyuman Muhamad Mohamad Taib berbeza sekali, kerana sudah ada cam dapat menambat hati ketua ketua bahagian Umno negeri Terengganu disamping dapat menawan hati pengundi parlimen Kuala Terengganu konon.

Ahmad Said wajar diberi ucapan “tahniah” kerana mempunyai kewibawaan dalam usahanya mengembalikan semula wang royalty sebanyak lima peratus kepada kerajaan negeri.

Ucapan tahniah juga wajar diberi berikan kerana Berjaya mendapat wang sebanyak RM 10 bilion daripada kerajaan pusat.

Sebelum ini beliau pernah meminta wang dengan kerajaan pusat sebanyak RM 1 bilion untuk membangun bandar bandar seluruh negeri, akan tetapi bukan angka yang diminta itu yang lulus, malah RM 10 bilion diberi untuk dijadikan pelaburan kerajaan negeri yang barangkali akan menjadi senasib dengan kerajaan yang diterauji Tan Sri Wan Mohktar dan Datuk Seri Idris Jusuh dahulu.

Sekian……………..