Saturday, February 28, 2009

premis judi di Terengganu : antara yang tersirat dan tersurat::

Beberapa minggu lepas penulis ada menerima aduan mengenai kegiatan beberapa buah kedai di sekitar pinggir bandaraaya Kuala Terengganu di jadikan primes jual toto dan empat nombor ekor.

Penulis difahamkan bahawa kegiatan yang berlaku secara bebas dan tidak terkawal itu berlaku di seluruh daerah, semacam ianya sudah dilesenkan semula setelah premisnya ditutup sejak PAS mengambil alih kerajaan Terengganu pada tahun 1999.

Barangkali kegiatan perjudian ini membimbangkan penduduk di sekitar pinggir Bandaraya Kuala Terengganu, sebab itu mereka mengadu kepada penulis.

Pelik juga mengapa perihal kegiatan judi diadu kepada penulis, sedangkan ianya patut dilaporkan kepada pihak polis agar kegiatan itu dibenteras atau diambil tindakan keatas kedai yang menjual Toto, Big sweet dan empat nombor ekor itu.

Sebaik menerima aduan penulis berkata, kenapa tak buat laporan kepada polis. Kan polis yang bertanggungjawab dalam perkara ini. Malah undang undang sudah sedia ada sesiapa yang menjalankan perniaga judi tanpa lesen dan premis boleh ditahan dan didakwa.

Beberapa orang pengadu, dua daripadanya adalah guru lantas berkata, kita sudah buat laporan kepada pihak polis, tetapi setakat hari ini belum ada apa apa tindakan yang dilakukan,malah mereka semakin bebas menjalankan kegiatan itu.

Mungkin atas sebab itulah penduduk datang mengadu dan memberitahu bahawa kegiatan beberapa buah kedai di sekitar pinggir bandaraya Kuala Terengganu menjalankan kegiatan jual toto dan empat nombor ekor yang sudah lama ditutup premisnya.

Pemilik beberapa buah kedai dilihat begitu berani menjalankan kegiatan judi yang ditutup operasinya dan ditarik balik premis oleh kerajaan PAS ketika mula menerintah dahulu lagi.

Rasa penulis hingga hari ini belum ada lagi kedai di seluruh negeri Terengganu membenarkan premis menjual Toto, Big Sweet dan empat nombor ekor beroperasi semula walaupun telah diperintah semula oleh Umno/BN yang menghalalkan judi itu dinegeri negeri lain di negara ini.

Mungkin lesen judi yang diluluskan selama ini tidak ditarik balik oleh kerajaan pusat, sebab itu ada kedai masih menjalankan kegiatan seumpama tanpa premis yang diluluskan oleh kerajaan negeri.

Barangkali atas sebab itulah pihak polis tidak mengambil tindakan menahan dan mendakwa pemilik kedai yang menjual toto dan empat nombor empat, kerana mereka masih ada lesen yang diluluskan oleh kerajaan pusat yang masih di sambung dan belum mengharamkan kegiatan judi tersebut.

Yang salahnya ialah ketiadaan premis perniagaan toto dan empat nombor ekor sahaja, Mungkin lesen menjual dan masih belum dibatalkan oleh pihak kerajaan persekutuan?

Setahu penulis setakat hari ini majlis bandaraya Kuala Terengganu dan majlis majlis bandaran dan daerah seluruh negeri Terengganu belum mengeluar sebarang lesen keatas beberapa kedai beroperasi semula selepas ditarik balik.

Kalau belum mengeluarkan sebarang premis perjudian toto dan empat nombor ekor mengapa banyak kedai menjalankan perniagaan secara bebas dan berleluasa sehingga kaki judi dan ramai pelajar mengunjungi membeli toto dan empat nombor ekor secara tidak segan silu.

Seorang bekas pesara polis memberitahu penulis ada papan tanda yang berbunyi: : TOTO halal ada disini”.

Bekas seorang pensyarah maktab perguruan Kuala Terengganu, berkata ”mana ada judi halal. Semua judi haram.” Memang dari segi Islam setiap judi itu haram, tetapi kerajaan yang memerintah negera ini tidak mengharamkan judi, malah telah dilesenkan dan disifatkan halal dari segi undang undang negera.

Atas isu ini penulis masih ingat apa kata mantan Menteri Besar Terenggganu, Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad ketika menjawab soalan pembangkang dalam satu persidangan Dewan undangan negeri sebelum BN tumbang pada tahun 1999.

Apa dia kata. Bunyi kata kata yang keluar dari mulut mantan menteri Besar Terengganu, bekas ketua biro agama Umno dan pernah menjadi pengerusi loteri kebajikan masyarakat yang sudah diharamkan operasinya, tidak lain dan tidak bukan bahawa lesen judi dikeluarkan dengan tujuan ”orang tidak berak merata rata .”

Tan Sri Wan Muhktar ibaratkan kedai judi yang diluluskan premis oleh kerajaan itu macam ”tandas” agar orang berak merata rata dan disama dengan orang ramai yang hendak berjudi dan telah disediakan tempat untuk berjudi.

Nampaknya papan tanda berbunyi ”TOTO halal” yang dipasang secara misteri itu mengamik perhatian kebanyakan yang melihat dan membaca untuk mendapat resksi secara drastik.

Ini dapat kita buat kesimpulan bahawa mana mana premis judi yang dikeluarkan sebelum ini barangkali masih disambung, sebab itu kegiatan toto dan empat nombor ekor seluruh negari Terengganu berjalan seperti biasa.

Bukan setakat itu sahaja, malah semakin banyak kedai yang menjalankan perniagaan premis judi yang ditutup oleh kerajaan sejak tahun 2000 lagi.

Sehingga hari ini belum pun ada pemilik sesebuah kedai yang menjalankan premis judi haram oleh Kerajaan Terengganu ditangkap dan dakwa.

Kalau ada sudah tentu media akan melaporkannya, terutama akhbar sinaran yang mottonya ”suara cakna kumuniti anda” yang boleh dikatakan cukup proaktif, termasuk banyak melapor berita berita menarik diperingkat daerah dan kampung.

Penulis jarang benar membaca berita suatu tangkapan yang dibuat oleh pihak polis mengenai kegiatan judi toto dan empat nombor ekor atas sebab ketiadaan premis yang di keluarkan.

Ini menunjukkan kegiatan premis judi toto dan empat nombor ekor walaupun tiada lesen dan premis dikeluar tetapi ianya dilihat sebagai halal (tidak salah) dari segi kerajaan yang memerintah.

Kalau salah sudah tentu sudah lama diambil tindakan menangkap dan mendakwa mereka yang menjalankan operasi judi tersebut.

Betullah apa yang didakwa oleh beberapa orang yang mengadu kepada penulis bahawa setakat ini polis tidak mengambil sebarang tindakan setelah menerima laporan, malah kegiatan judi toto dan empat nombor ekor berlaku secara berleluasa.

Kaki judi dan juga para pelajar semakin berani melanggan toto dan empat nombor ekor berbanding sebelum ini, kerana sewaktu kedai ada premis dan dilesenkan pelajar beragama Islam tidak boleh membeli, kerana ianya salah dan mereka boleh ditangkap serta didakwa di mahkamah syariah.

Tetapi sekarang ini mereka yang datang membeli tidak boleh ditangkap kerana toto dan empat nombor ekor yang di jual di kedai kedai tiada premis majlis daerah, mungkin diantaranya masih ada lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat.Cuma rakyat Terengganu sahaja yang tidak tahu apa yang tersurat dan yang tersirat.

Sebab itu polis tidak mengambil sebarang tindakan walaupun ada banyak laporan dari masyarakat setempat yang bimbang dengan kegiatan judi yang berlaku secara sewenang wenang dan berleluasa itu.

Sekian.......................

Saturday, February 21, 2009

Pungutan Derma Palestin di Pekan Batu Enam meletup

Memang masih ramai orang tidak percaya pungutan ceramah derma Palestin sebanyak RM 48, pada malam 12 Februari 2009 itu. Sama ada percaya atau tidak RM 48,000.00 derma Palestin di Pekan Batu Enam, itulah adalah hak mereka.

Mereka yang tidak percaya itu memang ada asas yang dijadikan ukuran itu. Pertama Pekan Batu Enam walaupun pernah meletup kerana insiden rusuhan polis dengan orang awam stau ketika dahulu.

Akan tetapi pungutan derma yang dilancar tidak melebih RM 4,500 satu satu ceramah. Tetapi pada malam 12 Februari 2009 pekan Batu Enam pecah rekod dengan letupan pungutan sebanyak RM 48,000.000 dan derma runcit sebanyak RM 51,000.

Boleh dikatakan kebanyakan orang Melayu yang mudah percaya kali tidak mudah percaya dengan derma palestin sebanyak RM 48,000.00 dipungut di Pekan Batu Enam.

Sama ada percaya atau tidak itulah realitinya. Memang tidak munasabah. Lebih lebih lagi hadiri yang datang pada malam itu tidak seramai ketika ceramah diadakan didalam stadium.

Kalau ceramah itu diadakan didalam stadium yang boleh memuatkan hadiri seramai enam puluh ribu orang lain ceritanya.Ini pekan Batu Enam yang jumlah hadirinya hanya tidak sampai sepuluh ribu orang.

Kalau RM 2.00 satu kepala sudah tentu jumlah pungutan tak sampai RM 20,000. itu jika semua hadiri memyumbangnya. Tetapi sejarah telah membuktikan hanya 30 peratus sahaja orang yang hadir yang menghulurkan derma.

Disini dapat kita lihat betapa tinggi semangat juang yang ditunjukan oleh orang Melayu Terengganu terhadap apa yang berlaku keatas rakyat Palestin di Gaza. Bukan setakat memberi derma wang ringgit, malah ada suara diantaranya bersedia dihantar ke Caza untuk berperang.

Kalau ceramah di stadium satu ringgit satu kepala sudah tentu dapat pungut sebanyak RM60,000.00. Ini pekan Batu Enam yang barang kali tidak pernah pecah rekod meletup sehingga mengatasi ceramah yang diadakan di Stadium.

Bercakap pasal pungutan derma penulis masih belum lupa dengan ceramah anjuran PAS yang diadakan di stadium Sultan Muhammad di Kota Baru tahun 90an.

Pungutan terbanyak ialah sebanyak RM 80,000.00. Ia munasabah, kerana hadiri yang datang pada awal penubuhan kerajaan PAS ratusan ribu orang.

Bayangkan kalau satu ringgit satu kepala. Sudah tentu ratusan ribu ringgit yang dapat dipungut.

Jadi apa yang berlaku di Pekan Batu Enam pada 12 Febrauri 2009 barangkali masih jadi tandatanya. Sehingga hari ini masih ada yang bertanya betul ke. Bermakna masih ada orang Melayu tidak percaya akan hakikat itu.

Itulah sikap orang Melayu kita terhadap usaha yang dilakukan oleh PAS. Kalau usaha itu dilakukan oleh Umno sudah barang tentu tiada masalah. Lebih lebih lagi orang PAS ramai yang miskin berbanding dengan orang Umno ramai kaya raya.

Yang peliknya soal derma turut dipolitikkan sehingga menyebabkan orang tidak percaya dengan apa yang usahakan oleh parti pembangkang.

Penulis juga masih belum lupa dengan isu yang pernah dimainkan oleh pihak Umno mengenai pungutan derma yang dibuat oleh PAS. Termasuk melemparkan pelbagai tuduhan bahawa segala hasil pungutan yang dibuat itu adalah semata-mata untuk kepentingan para pemimpin PAS.

Apapun yang dihadapi PAS negeri Terengganu dengan bantuan PAS pusat tetap mengadakan siri ceramah yang diberi nama ceramah palestin yang hadiri oleh wakil kerajaan Palestin Sami Abu Zuhari, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Syaed Azman Ahmad Nawawi dan Mohamad Sabu.

Walaupun pungutan derma tidaklah sebanyak yang dipungut oleh gerakan lain di Malaysia ini, tetapi pungutan yang dibuat oleh PAS sekurang kurangnya dapat mengurang penderitaan penduduk Gaza yang mangsa serangan Yahudi Latnatullah itu.
Oleh kerana krisis kemanusiaan di Gaza masih hangat diperkatakan. Kebanyakan rakyat Malaysia masih menunjukkan keprihatinan dan sokongan yang tinggi terhadap isu tersebut.

Maka penyaluran bantuan kemanusiaan perlu dilakukan secara segara, baik dari segi bantuan makanan dan perubatan, peralatan hospital, pembangunan ekonomi, infrastruktur serta pembangunan sosial bagi memastikan masa depan penduduk Gaza tidak terus gelap.

Ketika Gaza mula menghadapi serangan pada penghujung tahun 2008 yang lalu, PAS Pusat dan PAS Terengganu bertindak segera yang mana fokus utama diberikan kepada bantuan kecemasan iaitu mengedarkan bekalan makanan dan perubatan kepada mangsa.

Kita percaya pungutan yang dibuat oleh PAS Terengganu sepertimana yang dinyatakan diatas bukan untuk pembiayaan program yang dianggarkan sejumlah RM3.675 juta (AS$1.05 juta) diperlukan, tetapi semata mata untuk menyatakan bertapa perihatin gerakan Islam yang selama begitu kometed krisis kemaunsiaan di Gaza.

Kita amat sedih dengan data yang dikeluarkan oleh Biro Statistik dan Perangkaan Palestin, mengikut anggaran awal yang disediakan melalui kerjasama Kesatuan Kontraktor Palestin, jumlah kerugian keseluruhan bagi kemusnahan bangunan dan infrastruktur akibat serangan yang bermula pada 27 Disember 2008 adalah sebanyak AS$1.098 bilion.

Bagaimanapun jumlah sebenar akan meningkat lebih tinggi selepas anggaran terperinci disiapkan. Perangkaan tersebut juga mencatatkan bahawa 4,100 buah rumah musnah sepenuhnya dan sebanyak 17,000 buah dikategorikan sebagai rosak dan tidak boleh didiami. Jumlah kerugian bagi kategori bangunan kediaman sahaja dianggarkan sebanyak RM987 juta (AS$282 juta).

Kemusnahan bagi bangunan pentadbiran kerajaan dicatatkan sebanyak AS$48.5 juta, kemusnahan di pusat keselamatan utama AS$6.3 juta, bangunan milik majlis perbandaran AS$2.3 juta dan kerugian dari segi tanah pertanian dan premis perusahaan lain pula berjumlah AS$90 juta.

Jika kemusnahan diukur dari segi perkhidmatan awam pula, 25 sekolah dan tempat pengajian yang musnah bernilai kira kira AS$8.4 juta, 23 buah masjid yang bernilai AS$3 juta juga musnah dan 1,500 buah kedai dan pusat kemudahan komersial yang lain bernilai AS$1.9 juta sudah tidak dapat beroperasi lagi.

Selain itu, kemusnahan bagi rangkaian bekalan air dicatatkan sebanyak AS$2.4 juta, AS$0.4 juta bagi kerosakan pembekalan elektrik dan AS$2.0 juta anggaran kerosakan jalan raya. Kemusnahan ini mengakibatkan kelumpuhan dari segi logistik dan pengangkutan di samping mengakibatkan keputusan bekalan elektrik, bahan api dan air bagi majoriti penduduk Gaza.

Bagi kemusnahan infrastruktur yang berlaku, dianggarkan sejumlah AS$600 juta diperlukan bagi kos pembersihan dan pemindahan runtuhan bangunan sahaja. Jadi apalah sangat pungutan yang dibuat oleh PAS di Pekan Batu Enam jika dilihat kemusnahan yang perlu ditanggung oleh kerajaan Hamas Palestin.
Sekian.....................

Sunday, February 15, 2009

Yang berlaku di Perak itu bukan kehendak rakyat

Sangat tidak wajar kita mengatakan apa yang dilakukan oleh Sultan Perak melantik Dr Zambry Abdul Kadir sebagai sah dan tidak menyelahi undang undang tubuh negeri tersebut.

Hatta mereka yang berkata itu seorang professor undang undang ke atau pengamal undang undang ke atau pensyarah undang undang ke.

Kenapa saya kata begitu? Apa yang diperkatakan itu hanya pendapat mereka masing masing. Pendapat inilah yang boleh membuat rakyat jadi keliru dan mengelirukan masyarakat negara ini.

Tidak dapat dinafikan sultan boleh buat apa sahaja suatu masa dahulu sebelum Tun Mahathir mentelanjangkan institusi raja raja sehingga hanya tinggal seluar dalamnya sahaja.

Betul sebelum ini raja ada imuniti (kekebalan) tidak boleh didakwa. Jika didakwa ianya dianggap menderhaka dan boleh diambil tindakan undang undang keatas mereka yang disifatkan menderhaka.

Setelah undang undang yang berkaitan dengan institusi raja raja dipinda oleh Tun Dr Mahathir Muhamad pada tahun 1993. Maka Sultan boleh dakwa dan ada peruntukan dibawa ke mahkamah yang dikhaskan untuk hakim mendengar dan membuat keputusan.

Persoalannya bagaimana boleh kita sebut apa yan berlaku di Perak itu bukan luar biasa sedangkan ianya jelas luar biasa yang mana artikel 16 (6) undang tubuh negari Perak menyatakan tidak boleh melantik dua menteri besar dalam satu masa.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengatakan ia memang tidak perlaku sebelum ini dan apa yang berlaku di perak itu suatu yang memang luar biasa, kerana tidak ikut prosedur sehinga wujud pelbagai dimensi.

Menteri Besar yang dahulu masih ada dan sah dari segi undang undang dan kerajaan yang diterajuinya adalah kerajaan yang sah (rasmi). Dengan kata lain kerajaan Perak yang diperintah oleh PR belum gugur. Tapi peliknya dilantik seorang lagi menjadikan dua menteri besar dalam satu masa.

Bagaimana boleh bertindak melantik menteri besar lain dalam kerajaan yang belum gugur dari segi undang undang tubuh negeri tersebut.Lainlah jika kerajaan perak itu sebuah kerajaan sementara.

Kalau kerajaan perak sebuah kerajaan sementara sultan boleh melantik menteri besar baru, kerana secara automatik kerajaan PR gugur dan BN boleh mengambil alih sebagai kerajaan baru kerana kedudukan adunnya melebihi kerajaan sementara.

Jadi apa yang dilakukan oleh BN dan sultan Perak itu sangat pelik dan tidak wajar dilakukan kerana jelas mengeliru rakyat. Rakyat BN barangkali boleh menerima kerana itulah kehendak mereka selama ini.

Tetapi bagiaman pula dengan rakyat bukan BN? Sudah tentu mereka marah dan benci dengan perbuatan yang tidak senonok itu.

Kalau sekiranya kerajaan negeri ini tidak mahu haru biru ambil kaedah yang baik dan boleh diterima dengan dada terbuka oleh semua rakyat negara ini.Mengapa mencara cara yang boleh dipertikaikan.

Bagaimana hendak halang rakyat supaya tidak mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh sultan, sedangkan apa yang dilakukan oleh jelas salah.

Zaman ini bukan zaman Hang Tuah sehingga sultan boleh buat apa sahaja yang dia suka, kerana dia adalah yang tuhan, termasuk diperintah mengambil isteri orangpun dituruti tanpa membantah. Pada hal Islam melarang cara itu.

Hang Tuah adalah barua raja. Sanggup kita jadi barua raja semata mata untuk mencapai matlamat agenda peribadi?

Saya sangat sedih apabila ada mufti mengatakan jangan derhaka kepada sultan dalam kes di Perak ini. Apakah mempertikaian yang dilakukan oleh Sultan tempohari ini derhaka namanya. Memang derhaka salah dari segi Islam. Malah boleh dijatuhkan hukum bunuh, jika ia sebuah kerajaan Islam.

Tidak ada sesiapa yang marah apalagi derhaka kepada sultan kalau apa yang dilakukan oleh sultan itu wajar.

Saya juga rasa sedih apabila Profesor Madya Dr Azmi Hassan mengatakan apa yang dilakukan sultan Perak dan kerajaan BN itu waajar dan sah kerana itu adalah kehendak rakyat.

Mengapa beliau boleh berkata sedemikian rupa sedangkan apa yang dilakukan itu adalah kehendak kerajaan BN dan agenda peribadi Jamaludin Radzi, ADUN Bahreng dan Osman Jailu, ADUN Changkat Jering.

Apakah ianya kehendak rakyat. Kalau ia kehendak rakyat sudah pasti tindakan mereka mendapat rastu dari rakyat yang mengundinya terlebih dahulu. Ini boleh dikatakan ianya adalah kehendak rakyat.

Saya sedih dengan apa yang di katakan oleh Profesor Salleh Buang bahawa apa yang dilakukan oleh Sultan itu sah dari segi undang undang tubuh negeri Perak, sedangkan ada profesor undang undang lain yang mengatakan ianya tidak sah.

Mana satu yang boleh kita pakai? Mereka masing masing adalah terdiri daripada pakar undang undang yang berwibawa.

Bagi saya itu adalah tidak lain dan tidak bukan hanya suatu pendapat sahaja apabila duduk dalam BN mahu tidak mahu pasti menyokong walaupun jelas salah, termasuk mufti Datuk Seri Harusani Zakaria yang pernah berkata: ”sangkut politik di pagar mesjid” dengan makna ”jangan bawa masuk politik kedalam mesjid”.

Wednesday, February 11, 2009

Upayakah kerajaan kembalikan fungsi asal JKKK di Terengganu

Apabila calon Umno Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah teruk di parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil 17 Januari lalu boleh dikatakan tiap hari kita mendengar cerita pasal Ahli jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK).

Sesetengah mengatakan JKKK menyeleweng. JKKK punca masalah. JKKK teruk dan sebagainya.

Disamping itu, ada cadangan supaya pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap JKKK yang menyeleweng lantas ada pula yang mengatakan beranikah pihak kerajaan mengambil tindakan.

Maka Macam macam cadangan yang kita dengar. Termasuk dipecat sahaja mereka yang didapati menyeleweng.

Persoalan yang timbul beranikah pihak kerajaan yang diterajui Datuk Ahmad Said mengambil tindakan memecat JKKK yang didapati bersalah itu.

Penulis ingin tanya apakah benar JKKK yang dilantik sejak dahulu hingga sekarang ini pernah menyeleweng dalam ertikata sebenar.

Setahu penulis setakat hari ini belum ada JKKK dipecat kerana menyeleweng. Yang dipecat memang ada. Pendek kata ramai juga yang dipecat, tetapi bukan atas nama mereka benar benar menyeleweng.

Salah seorang pegerusi JKKK Banggol Tok Jiring, Kuala Nerus ( Hashim Mohamad) yang enggan menurunkan tanda tangan borang sekolah anak seorang penyokong PAS lima tahun lalu telah di pecat dan diganti dengan Yahaya Ismail.

Yang anehnya sekarang ini beliau telah dilantik semula mengganti Yahaya Ismail yang dianggap tidak releven, dikatakan terlalu mudah menurunkan tanda tangan kepada sesiapa sahaja tanpa aambil kira latar belakang masyarakat kampung tersebut.

Salah orang pengerusi JKKK kampung Buloh Gading Kanan, Kuala Nerus (Mastura Mohd) yang bertindak serupa. Beliau tidak dipecat, cuma dipanggil supaya memberi tunjuk sebab mengapa pihak kerajaan tidak boleh mengambil tindakan terhadap dirinya, kerana memberi duit raya sebanyak RM 300.00 kepada seorang penyokong PAS yang benar daif.

Mungkin inilah yang dianggap JKKK menyeleweng dan menjadi punca masalah serta disifatkan sebagai teruk oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam satu kenyataan media tidak lama dahulu.


Anda mungkin setuju dengan pendedahan yang dibuat secara ikhlas oleh Datuk Roslan Awang Chik. Bendahari dan Azmi Abdul Rahman, timbalan ketua penerangan badan perhubungan umno Terengganu tempoh hari.

Malah anda mungkin setuju seratus peratus JKKK punca masalah dipecat dan tindakan seumpama yang dinyatakan diatas memang tidak wajar dilakukan oleh pengerusi JKKK kepada masyarakat kampung yang mengharapkan segala urusan harian menjadi mudah.

Apa pun itulah hakikatnya.

Memetik sumber sumber, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Mohamad Mohd Taib, sebagai berkata, bahawa semua ahli jawatan kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negara diminta merancang pelan tindakan desa masing masing dalam usaha memajukan kampong mereka.

Tambah menteri itu lagi, rancangan tersebut perlu untuk memastikan kampung maju dalam pelbagai kegiatan ekonomi, sukan, budaya dan pendidikan demi kepentingan masyarakat.

Kita boleh baca dan tafsir bahawa tujuan pelan tindakan desa yang dicadangan itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan kampung kampong di seluruh negara kita ini jadi maju jaya dalam pelabagai kegiatan.

Tan Sri Mohammad Mohd Taib dalam kenyataan itu tidak menyebut langsung pasal kegiatan ”Politik”. Bermakna fungsi JKKK jelas tiada kaitan sama sekali dengan politik kepartian demi kepentingan rakyat seluruhnya.

Akan tetapi malangnya JKKK diseluruh negara termasuk negeri Terengganu telah mengketepikan fungsi asalnya, termasuk tergamak melakukan penyeleweng dengan sewenang wenangnya sepertimana tidak memberi hak kepada yang berhak.

Ini telah di akui sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, bahawa memang benar berlaku penyeleweangan terhadap bidang tugas yang diamanahkan, Bukan setakat itu sahaja malah JKKK telah dikenalpasti oleh masyarakat negari minyak ini sebagai satu agensi yang boleh membawa perpecahan umah.

Sebagai bukti, kerajaan Terengganu suatu masa dahulu pernah mewujudkan agensi yang diberi nama Unit Perpaduan Umah semata mata untuk mengatasi perpecahan masyarakat yang berlaku konon angkara Parti pembangkang tanpa menyedari punca sebenar jelas datang dari JKKKnya sendiri.

Ini juga telah dijelaskan oleh Bendahari Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Roslan Awang Chik dalam satu kenyataan media, sebagai berkata memang wujud penyeleweangan dan punca masalah.

Malah pernah disebut ianya merupakan salah satu punca menyebabkan penduduk Parlimen Kuala Terengganu menolak Umno dan BN dalam pilihanraya kecil baru baru ini.

Walaupun Ahmad Said enggan mendedahkan punca sebenar kekalahan calon Umno dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, tetapi beberapa orang pemimpin peringkat perhubungan negeri awal awal lagi sudah berbuat demikian.

Mereka barangkali sudah sedar itulah punca sebenar rakyat Terengganu menolak Umno dan BN dalam musim pilihanraya umum ke 10 dahulu yang menyebabkan umno hanya mampu dapat kekalkan kerusi sebanyak empat kerusi sahaja.

Kata Tan Sri Muohamad Muhd Taib lagi, setiap pengerusi JKKK dan ahli jawatankuasanya boleh merancang pelan tindakan agar kampung mereka menjadi terkenal dalam semua aspek.

Jelasnya, pengerusi JKKK sebagai pemimpin kampung perlu merancang pelan masing masing, kerana ia menjadi satu tanggungjawab untuk memajukan kampun mereka setanding dengan kampung kampung lain di negara ini.

Terangnya lagi, kalau mereka tidak rancang, kampung tidak akan maju dan ini akan menjejaskan kualiti kepimpinan dan masyarakat setempat. Kenyataan ini jelas mengambarkan fungsi JKKK yang sedia ada boleh membuat kepimpianan Umno tercalar, termasuk kekalahan calon Umno dalam pilihanaraya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januri lalu yang membimbangkan.

Sehubungan dengan itu, perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika merasmikan pelancaran pelan tindakan desa di Kampar Perak, dipetik sebagai berkata bahawa pelan tindakan desa mampu memperkasakan keupayaan ekonomi penduduk luar bandar jika ia dilaksanakan secara bersungguh sungguh oleh semua pihak terlibat.

Katanya pelan tindakan ini adalah sama dengan gerakan desa wawasan (GDW) dan ia saling bantu membantu agar apa yang kurang dalam GDW telah diperbaiki dalam pelan itu nanti.

Seperkara lagi, Utusan Malaysia melaporkan bahawa kerajaan negeri Sembilan meminta senarai cadangan pelantikan JKKK dibuat semula demi kepentingan masyarakat setempat.

Ia disuarakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, kerana senarai cadangan JKKK yang dilihatnya tidak memgambarkan komposisi dalam masyarakat, terutama membabitkan golongan belia.

Ini mengambarkan kepada kita bahawa kekalahan umno dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lepas menghantui umno seluruh negara, terutama sekali membimbangkan para pemimpin tertingginya.

Umno Terengganu tidak terkecuali, kerana ada pendapat yang mengatakan itulah punca Umno kalah dalam pilihanraya kecil tempuh hari. Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan kampunglah (JKKK) puncanya dan ini juga sebagai penanda aras Umno Terengganu akan tumbang dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Persoalan yang timbul kini apakah benar JKKK telah menyeleweng? Kalau menyeleweng mengapa mereka masih kekal sebagai JKKK. Sepatutnya mereka dipecat dan adakah kerajaan berani bertindak demikian.

Sekian....................

Monday, February 9, 2009

Apa yang terjadi di Perak kini,Silap siapa?

Oleh kerana tidak sabar untuk berkuasa semula, maka berlakulah apa yang berlaku di Perak.

Hasil tidak fikir masak masak oleh Sultan maka berlakulah apa yang sudah berlaku.

Betul lantik menteri besar hak mutlak sultan.Tapi tidak boleh lantik menteri Besar dalam satu masa atau menteri yang dilantik dahulu masih belum letak jawatan.

Apakah boleh melantik seorang lagi menteri sedang Perak masih ada menteri lama yang belum letak jawatan juga dilantik oleh Sultan.

Kerajaan Perak yang diperintah oleh PR bukan kerajaan "semantara" tapi ia adalah kerajaan "rasmi" sah disisi undang undang tubuh negeri berkenaan

Lainlah jika kerajaan PR itu kerajaan semantara semasa dewan dibubarkan selepas tamat pilihanraya umum.

Jika itu maka sudah tentu jatuhlah kerajaan semantara itu. Apabila BN lebih majoriti adun maka dia boleh tubuh kerajaan tanpa tunggu apa apa lagi,kerana itu adalah haknya.

Akan tetapi kerajaan PR adalah kerajaan rasmi yang sah disisi undang undang, maka wajar dijatuhkan melalui undi tidak percaya dalam satu sidang dewan yang diadakan.

Inilah yang wajar dilakukan oleh Sultan dan bukan boleh dilakukan sewenang wenangnya sehingga menyebabkan ia dikira sebagai suatu cara dan kaedah yang tidak bermoral.

Undang undang boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran. pengamal undang undang boleh langgar undang undang yang diluluskan.

Tetapi kita kena ingat bahawa undang undang itu adalah cipta manusia boleh dilanggar dan boleh dipatuhi. Aapa pun undang undang Allah orang boleh langgar dan tidak mematuhinya. Apa lagi undang undang cipta manusia.

Pengamal undang undang boleh berbohong melalui tafsiran masing masing.

Demikian juga hakim atau ketua hakim, mereka boleh kata itu dan ini atas nama agenda peribadi masing masing sehingga menyebabkan institusi kehakiman menjadi buruk dan sedang dibaikpulih sekarang ini.

Doktor boleh berbohong dengan laporan kes bedah siasat yang dilakukan. Mengapa jadi begitu? kerana mereka manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan dosa.

Ulama juga boleh berbohong malah boleh menipu orang awam. Yang haram dikatakan halal dasm yang halal dikatakan haram atas sebab agenda peribadi mahu tidak mahu terpaksa guna hawa nafsu.

Malah ada yang tergamak mengatakan riba itu bukan riba, dan yang rasuah bukan rasuah.

Apa pun Sultan dan para pemimpin Umno yang ada sekarang bukan kalangan orang yang beriman jauh sekali sebagai orang yang bertakwa.Sebab boleh sahaja berlaku perkara yang diluar jangkaan.

oleh itu tidak hairanlah apa yang dilakukan termasuk melantik dan menerima angkat sumpah menteri besar baru Perak tempoh hari itu boleh diterima sebagai tidak salah
dan betul sednagakan ia jelas bercanggah dengan undang tubuh negeri pasal 16 yang disebut oleh Ir Mohd Nizae Jamaludidin.

Pengamal undang undang cakap itulah kehendak undang undang dan rakyat negeri Perak tanpa menyedari apa yang berlaku itu bukan kehendak rakyat tetapi kehendak wakil rakyat dan kerajaan barisan nasional BN dan terhgamk mentafsir undang undang tubuh negeri pasal 16 dengan pelbagai tafsiran.

Cuma peguam negara sahaja setakat hari ini masih senyap sepi. Mungkin dia sudah sedar yang dia sendiri pernah melakukan kesilapan besar dalam banyak perkara.

Peguam negara pernah berkata kepada kerajaan Terengganu (1999-2004) bahawa negeri Terengganu tidak boleh buat undang undang, sedangkan undang undang tubuh kerajaan Terengganu ada menyatakan negeri melalui dewan undangan negeri boleh meluluskan undang undanag sendiri.

Yang peliknya macam orang undang boleh berkata negeri Terengganu tidak boleh buat undang undang sedangkan setiap negeri ada diperuntukan untuk mengubal undang undang negeri yang apabila bercanggah dengan undang undang negara maka ia terbatal dengan sendiri.

Demikian juga dengan apa yang berlaku keatas Perak sekarang yang menyatakan negeri Perak tidak boleh ada dua menteri besar.Tetapi sekarang negara itu ada dua menteri besar yang disifatkan menteri lama itu menteri besar haram.

Mengapa dilantik menteri besar baru sedang menteri besar lama masih belum letak jawatan. Belum letak jawatan bermakna masih sah sebagai menteri besar dari segi undang undang.

Jawatan yang dilantik tidak boleh gugur sendiri, kecuali melalui peletakan jawatan dan rampas kuasa memang tidak sah dari segi undang undang,kecuali dipecat.

Sultan berhak memecat menteri besar yang dilantiknya.

Mengapa tidak memecat dahulu sebelum melantik yang baru.

Ini baru tidak jadi haru biru sepertimana yang berlaku sekarang.

Hasil tidak sabar para pemimpin BN dan Sultan maka jadi apa yang tidak diingini. Silap siapa?

Friday, February 6, 2009

Orang umno memang tiada integeriti

Apabila 2 orang adun parti keadilan rakyat, seorang adun DAP dan seorang adun BN Bota yang lompat ke PKR dan lompat semula ke BN yang menyebabkan Pakatan rakyat hilang kuasa teringat saya akan semangat 46.

Demikian dasar yang diperjuangkan oleh individul yang bernama Melayu.

Itulah Melayu. kebanyakan mereka tidak ada "integeriti" malah mereka lebih utamakan "hawa nafsu".agenda peribadi, sebab itu rasuah jadi amalan mereka sejak dahulu lagi. Malah sudah jadi darah daging.

Hawa nafsu ini yang boleh merosakkan UMNO yang ada misi dan visi perjuangkan pada asalnya. Apabila para pemimpin mengutamakan agenda peribadi (hawa hafsu) maka itulah yang terjadi sepertimana yang berlaku itu.

Oleh kerana manusia yang jadi anggota umno lebih utamakan hawa nafsu maka itulah yang terjadi.Ada yang tergamak membunuh sesama sendiri dan ada yang cantas mencantas lari parti menjadi kelaziman apabila duduk dalam parti selain dari Umno.

Sebab itu hak Melayu hilang satu persatu, termasuk soal bahasa, pendidikan, ekonomi,hatta agama dan negara.

Peranan seumpama ini memang ada persamaan dengan apa yang dilakukan oleh orang Palestin.

Mereka sanggup jual tanah milik mereka yang menyebabkan Yahudi dapat kuasa dengan mudah.

termasuk mudah membunuh rakyat palestin.

Apa kurangnya dengan peranan Melayu Umno.

Sikap tiada integeriti ini yang menyebabkan adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim lompat ke pkr dan lompat semula ke BN. Macam budak bermain pondok pondok.

Demikian juga adun Bahreng, Jamaluddin Radzi dan adun Cangkat Jering. Osman Jailu yang tinggal PKR kerana dikatakan PR tidak mahu padanya.

Apakah benar PR tidak mahu? kalau PR tidak mahu sudah tentu semasa ditahan kes Rasuah dipecat.

Oleh kerana mereka itu berjiwa Umno maka itulah yang wajar dilakukan.

lebih lebih lagi mereka tiada prinsip perjuangan sebenar sebab itu mudah bertindak berdasar kehendak hawa nafsu.

Saya tidak hairan, kerana mereka orang "awam" sedangkan ulama' ada yang mengikut hawa nafsu tergamak menjadi syaitan bisu yang boleh menyebabkan rosaknya ummah.

Apalah sangat kalau hendak dibanding dengan mereka yang lompat parti dalam keadaan mereka ditekan dengan pelbagai permasalahan, maka agenda peribadilah yang harus diutamakan.

Monday, February 2, 2009

Tidak manusabah Umno kalah?

Sesetengah orang berkata: "tak munasabah umno kalah" dan tak munasabah PAS boleh menang dengan majority besar berbanding dengan kemenangan Umno dalam Musim piliharaya ke 12 Mac 2008.

sama ada tak munasabah atau sebaliknya itulah hakikatnya.Umno kalah lagi dan PAS menang dengan majoriti 2,631 undi. Umno yang menang pada pilihanraya mum ke 12 dengan majoriti 628 undi -undinya merosok.

Bayangkan Datuk Razali peroleh undi sebanyak 32,562, manakala Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang dikatakan sebagai calon pilihan terbaik itu hanya memperoleh undi 30,252. Merosok sebanyak 2,310 undi.

Apabila bercakap pasal tak munasabah umno kalah memang betul dan ada asasnya.Lebih lebih lagi Timbalan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turun setiap hari, manakala Naib presiden Umno Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak kering gusi berceramah disana sini.

Perkara lagi, Umno habiskan wang rakyat sebanyak RM100 juta lebih dalam musim pilihanraya kecil parlimen kuala Terengganu. Ini tidak termasuk yang diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said sebanyak RM 6.1 juta kepada orang China di Kampung China.

Bukan itu sahaja malah diumum pula sebanyak RM 5.8 juta diperuntukan untuk membangun sekitar bandaraya Kuala Terengganu, termasuk Turap jalan dan baik longkang tersumbat yang menyebabkan berlaku banjir kilat yang setakat harini tidak pernah selesai.

Antara Anda semua barangkali belum lupa bahawa Muhamad Mohd Taib umum RM 51 juta untuk baik atap rumah rakyat miskin di Bandaraya Warisan Persisir Air. Ini sudah cukup sebagai bukti peluang BN cerah sepertimana pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Datuk Seri Najib Razak pula umum RM 50 juta untuk tujuan pembangunan parlimen Kuala Terengganu, termasuk turap jalan jalan kampung buat longkang dan baik lonkang tersumbat dengan harapan pengundi Parlimen Kuala Terengganu mengundi Barisan Nasional.

Salah seorang subkontraktor dapat projek sebanyak RM 11 juta. Usaha cakaplah dengan kontraktor kelas A.Masing masing sudah barang tentu memperolehi projek puluhan juta dan diagihkan kepada kontraktor Kelas F yang dikatakan terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM 20,000 setiap seorang sebagai wang pendahuluan dan dijamin akan dapat projek yang berharga RM100,000 hingga RM200, 000 setiap satu.

Bayangkan Lima ratus orang kontraktor kelas F yang dapat projek buat jalan dan turap jalan baik longkang, baiki rumah dan tukar atap yang berwarna biru berapa juta yang dipunggut.

Betapa banyak dan mewahnya projek yang didatangkan secara mee segera.Oleh itu amat tidak munsabahlah Umno kalah, kerana sudah belanja besar disamping pengundi parlimen Kuala Terengganu ditimbun dengan kesenanagan yang tidak terduga.

Ini belum lagi wang yang diberi kepada setiap mengundi sebanyak RM 300, RM 500 dan RM 600 seorang.termasuk remaja yang dijadikan sandaran sebagai undi penentu kalah menangnya BN dalam pilihanraya kecil kali ini.

Kalau RM 300 setiap seorang berapa banyak wang rakyat dibelanja untuk pilihanraya parlimen Kuala Terengganu.Adalah tidak keterlaluan jika belanjanya memakan angka ratusan juta yang pernah dilakukan keatas pengundi Parlimen Permantang Pauh tidak lama dahulu.

Barangkali apa yang dicakapkan oleh Perdana menteri, Timbalan perdana menteri, menteri besar Terenggnau dan Datuk Seri Muhamad Muhd Taib tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Kalau dilaksanakan mana mungkin pengundi parlimen Kuala Terengganu enggan memberi undi kepada BN sebaliknya telah memberi undi kepada calon PAS yang berjanji akan membela nasib pengundi jika takdirkan menang.

Mungkin rakyat lebih percaya dengan isu isu yang dimainkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat yang berceramah dan menyebarkan risalah mengenai janji kosong yang pernah dilakukan semasa pilihanraya kecil di permantang pauh dahulu.

Misalnya mengenai risalah bertajuk “Najib bohong” yang menyatakan janji peruntukan RM100,000 kepada masjid, RM 30,000 kepada surau ketika piliharaya kecil Parlimen Permantang Pauh terbukti palsu.

Mungkin RM 10 billion yang dijanjikan untuk lembaga tabung pelaburan Terengganu (TIA) itu juga suatu pembohongan.

Isu risalah yang disebarkan secara meluas itu menyatakan, Ketika pilihanraya kecil parlimen Permantang pauh 26 Ogos tahun lalu, Timbalan perdana menteri Najib Razak berkjani memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada 8 buah masjid dan semua surau.

Isi risalah sekeping muka surat dibuat secara terperinci dengan menyatakan bahawa pengerusi masjid dan surau tersebut telah menerima surat yang mewakili geran bagi membaiki pulih serta menaikkan taraf masjid berkenaan dari najib sendiri pada 20 ogos 2008.

Hal ini adalah persamaan dengan apa yang dilakukan kepada kerajaan Terengganu, iaitu menyerahkan raplika cek lebihan minyak sebanyak RM 408 juta kepada menteri Besar Terengganu yang diragui oleh NGO MANPAT melalui pengerusinya Fauzi Abu Samah dalam satu kenyataan media.

Isi risalah itu menyatakan dalam lawatan tersebut, Najibb mengumumkan serta menyerahkan bantuan kewangan sejumlah RM 100,000 dalam bentuk geran kepada semua majid dan RM 30,000 kepada surau surau di permatang Pauh.

Selepas mendapat arahan salah seorang wakil pentadbiran masjid Kubang Semang membawa surat geran peruntukan berkenaan ke pajabat jabatan perdana menteri (JPM) Pulau Pinang untuk menuntut peruntukan yang dijanjikan bagaimana pun beliau terkejut apabila dimaklumkan oleh pegawai di jabatan berkenaan bahawa tiada peruntukan disediakan bagi surat geran yang dimaksudkan.

Kes seumpama ini barangkali kemungkinan besar akan berulang dan berlaku juga di Parlimen Kuala Terengganu. Apatah lagi jika pilihanraya kecil itu tidak memihak kepada BN.

Dan apa akan terjadi kepada kontraktor kelas F yang diberi peruntukan dengan geran seperti turap jalan kampung yang masih baik, baiki longkang tersumbat, tambun jalan, baiki dapur rumah dan tukar atap yang bocor.

Kebanyakan kontraktor Kelas F mulai gusar dan bimbang jangan jangan projek yang disiapkan itu akan menerima nasib yang sama dengan apa yang berlaku di Parlimen Permantang pauh. Lebih lebih lagi BN kalah di Parlimen Kuala Terengganu dengan majority bergaya.

Sekian……………………