Kita ingat kemelut yang berlaku dalam UMNO Terengganu sudah selesai. Rupa rupanya masih belum selesai lagi.
Kalau selesai mana mungkin timbul cerita Ahmad Said tidak puashati dengan pemangku raja. Kan Sultan Mizan yang angkat Ahmad jadi menteri Besar.
Mustahil Ahmad tak puashati dengan pemangku raja. Ini tentu cerita jahat yang dibawa oleh kumpulan 10 orang wakil rakyat yang boikot persidangan Dewan tiak lama dahulu.
Boleh jadi juga, kerana mereka yang sepuluh orang itu sah tidak boleh jadi calon dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.
Itulah keziman yang berlaku dalam UMNO. Jadi tidak mustahil yang 10 orang itu akan dicalon semula mewakili UMNO bahagian masing masing.
Silap hari bulan Datuk Seri Idris Jusoh turut jandi mangsa, kerana dialah “master plan” untuk menjatuhkan Ahmad said dari kerusi Menteri Besar.
Saya rasa tidak munasabah Ahmad Said tak puashati dengan pemangku raja. Kalau benar begitu alamat nahaslah dia nanti.
Saya ada dengar cerita terbaru yang Ahmad said akan diturunkan pada Mach ini. Kalau tidak dapat diturunkan juga, maka kekallah dia sampai musim pilihanraya umum ke 13 nanti.
Dua tiga hari lepas ketika minum di salah sebuah kedai kopi di Batu Enam seorang sub kontraktor member tahu saya.
Apa beritanya? Beritanya memang cukup menarik.sungguh ke? Atau berita hanya direka oleh kumpulan yang tidak puashati dengan Ahmad Said.
Cerita yang Ahmad Said tidak puashati dengan pemangku raja terbit dari mulut Datuk Rosol Wahid ADUN Ajil. Sah cerita itu adalah suatu rekaan untuk memburuk buruk reputasi Menteri Besar.
Biasalah bagi orang yang marah marah dengan seseorang. Dia akan reka apa sahaja cerita untuk mencalar reputasi seseorang.
Inilah yang bernama manusia. Kadang kadang tindakannya baik dan kadang kadang tindakan buruk. Lebih lebih lagi apabila syaitan menguasai fikiran manusia.
Dengar cerita Datuk Seri Najib Razak Perdana Malaysia akan mengadap Sultan Mizan. Entah apa yang diperkatakan kita tidak tahu. Maka kita semua akan tunggulah apakah yang berlaku dari hasil itu nanti.
1 comment:
wahai teman... rakan taulan...
Saya ni anak Terengganu diperantauan..
Percaya atau tidak...
Semua kekalutan yang nampak macam ada diTerengganu tu sebenarnya cuma rekaaan saja, semua itu propaganda dari manusia berhati Iblis... tak pernah puas dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada...
Harus di ingat...
Dalam situasi politik masa kini...
kebanyakan rakyat malaysia. samaada Pemimpin Parti Politik.. Konco-konco politik ni semuanya bebal belaka..
pada mereka bila jadi pemimpin atau menyertai Politik... mereka semua dah jadi HERO dan hebat belaka. sebenarnya Mereka-mereka inilah Perosak, Pembawa propaganda Pemusnah keamanan dan ketenteraman awam.. akhirnya agenda sosio ekonomi Hancur... maka berpolitik sahaja lah rakyat malaysia yang malas berfikir... Kontrektor jahat mula jadi tukang ampu untuk cari makan..
politikus jadi perompak bersama kontrektor yang Menyamun harta benda negara...
Nasihat saya...
Kita ikut saja Keputusan ramai dalam Pilihan raya yang telah lepas ..
ikut peraturan dan Perlembagaan Negara.
PArti mana yang memerintah kita sama-sama beri sokongan untuk bersama majukan Negara dan negeri kita..
Lagi satu pilihan raya... kita berpolitik semula cari pengaruh menagih undi...
Tengok saja bangsa cina di malaysia...
Orang melayu berpolitik sakan...
diaorang terus berniaga..
terus cari makan...
terus jadi kaya raya...
Melayuuuuuuuuuu?
Hampehhhh.
Ingat tu..
Politik satu wadah untuk pilih pemimpin lepas tu..
Bersama Bekerja untuk Kesenangan keluarga..
Bila jadi Kontrektor bertuah yg dapat projek jangan jadi perompak wang rakyat..
Dapat Prijek buat rumah PPRT... Projek bernilai puluhan ribu...
Orang yang layak dapat bantuan cuma dapat zing beberapa keping... papan lantai beberapa keping tapi Claim... ikut harga projek..
Itu Perompak nama nya..
Kenapa ambil kesempatan untuk senang dari Kesusahan orang lain...
Pemimpin polistik Tengok apa yang anak dayak dia orang buat..
Pegawai Tadbir... Jangan subahat dengan Kontrektor perompak dan politikus khianat mcm ni...
Post a Comment