Kebanyakan terkejut apbila dengar kos bersih bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak sebanayk RM 20 juta.
Memang itulah kos bersih bumbung stadium yang runtuh itu, manakala Pembina semula sebanyak RM 50 juta.
Jika dibanding dengan harga projek peojek lain berangkali kos itu masih murah. Bayangkan tambak tanah kawasan industry di Telouk Kalung kemanan yang menelan belanja RM 20 juta.
Demikian juga pembinaan jalan sehala Bandaraya Kuala Terengganu yang menelan belanja sebanyak RM42 Juta.
Turap tar jalan sepanjang satu kilo setengah bersebelahan Stadium tersebut yang menelan belanja sebanyak RM 9 juta.
Mereka terkejut kerana kos sebanyak RM 20 juta itu bukan satu angka yang kecil dan diakatakan tidak munasabah dengan kerja seumpama itu.
Munasabah atau tidak itulah kos yang telah ditetap dan diputuskan oleh kerajaan negeri semasa persidangan dewan undangan baru baru ini.
Sehubungan dengan itu anda mungkin tidak lupa dengan kata kata yang pernah disebut oleh beberapa wakil rakyat BN bahawa bela runtuhan yang berlaku itu adalah rahmat.
Memang rahmat kerana mereka dapat peruntukan baru untuk membaikipulih semula stadium, mesjid, dewan sekolah dan stesen Bas yang runtuh itu.
Barangkali ada sesetang bangkit bohong apabila penulis kata bahawa YB YB BN Terengganu dilabelkan YB “10 peratus.
Jika anda tidak percaya mari kita ambil satu cerita pasal Pembina benting tebal hujan yang sedia didalam pembinaan di Taman Pusu Tiga Kuala Terengganu.
Anda mungkin terkejut apabila dengar kos asalnya hanya Rm 3.6 juta sahaja. Ini diumumkan oleh YB Dun Tepuh, Ustaz Mohammad Ramli Noh.
Tidak lama kemudian kos itu diumum semula bahawa kos pembinaan benting tebal hujan untuk mengatasi banjir sebanyak RM5.6 juta.
Sebelum itu Datuk Tengku Putera Tengku Awang, speaker Dewan undangan negeri mengumumkan bajet mengatasi banjir di Kuala nerus sahaja menelan kos RM 200 juta.
Yang hairannya kos Tebal banjir sebanyak RM 5.6 juta dan harga yang diberi kepada kontraktor sebanyak RM 4.6 juta. Bermakna sudah susut sebanyak RM 1 juta.
Mungkin RM 1 juta yang susut itu menasabah dengan apa yang dikatakan wujudnya YB 10 peratus.
Barangkali ia benar. Kalau tidak mana mungkin baru satu penggal jadi wakil rakyat satu dapat buat rumah yang berharga RM 1 juta.
Sebanyak bukti, Rumah Datuk Adam di Dungun dikatakan berharga juta ringgit. Manakala rumah baru siap milik Ustaz Mohammad Ramli Nuh bersebelahan sekolah mengenagha Agama Tok Jiring juga dikatakan berharga jutaan ringgit.
Adalah suatu yang sangat munasabah dengan kos RM 20 juta upah bersih bumbung stadium yang akan dibina semula itu.Lebih lebih yang dikata 10 peratus dicabut dari kos pasti akan mengalir dalam saku YB YB berkenaan.
Bagaimana pun pihak yang membuat keputusan juga tidak kering gusi tanpa menyedari kos itu jelas membazirkan wang rakyat.
Mereka juga tidak ingat segala apa yang dilakukan diatas dunia ini akan disoal dipadang masyhar kelak, hatta tali unta sekali pun.
Rasulullah SAW pernah berkata pada seorang yang tidak menyerah tali unta yang diambil semasa dalam peperangan, bawalah tali unta itu dipandangan masyahar kelak untuk diadili.
Bayangkan tali unta yang harganya hanya beberapa dinar sahaja akan dibawa ke padang masyhar kelak, Bagaimana pula jika seleweng dan salahguna wang rakyat puluhan juta.
Kini rakyat Terengganu mula mempertikai kewibawaan Datuk Ahmad Said. Masakan tidak? Kerana sebelum ini segala projek yang dilaksanakan di Terengganu dikatakan tidak mendatang manfaat kepada rakyat.
Bukan setakat itu sahaja, malaha Ahmad Said pernah berkata, tidak perlu membazirkan wang rakyat. Baru baru beliau melakankan sumpah “laknat” bahawa kerajaan yang diterajuinya tidak amal rasuah atau dengan kata lain, tidak berlaku sebarang rasuah.
Boleh eprcayakah? Sudah tentu rakyat tidak percaya dengan kata kata manis yang diungkapkan itu, sebaliknya setuju dengan apa yang pernah disebut oleh YB Alias Abdullah sebagai “pembohong” atas sebab sering mengumumkan projek itu dan projek ini.
Disana sini disebut dan dijaja bahawa kerajaan akan melaksanakan sebanyak 28 projek untuk manfaat rakyat.Benarkah begitu. Sama samalah kita tunggu dan lihat apakah ia akan menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment