Tuesday, February 16, 2010

Mengapa tak boleh menghukum?

Saya tidak kisah sangat jika orang UMNO yang berkata, jangan menghukum. Tetapi saya terasa tercuit hati apabila orang PAS turut berkata jangan menghukum.

Kalau Profesor Dr. madya Mohammad Agus Yusof berkata demikian tidak mengapalah, kerana beliau bukan orang PAS. Tetapi apabila Profesor Madya Dr Kamarulzaman Yusof, pensyarah Universiti kebangsaan turut berkata begitu,dalam wawancara SIASAH BIL: 0185 hati ini sangat tercuit.

Mengapa kita tidak boleh menghukum atau jangan menghukum,Pada hal Allah subha nahu wataala ajar kita menghukum sepertimana firman Allah yang bermaksud: “Dan orang orang yang beriman dan beramal solih, merekalah ahli syurga. Mereka kekal di dalamnya”.(surah Al Baqarah ayat 82)

Salahkah kita berkata, “buat baik masuk syurga dan buat jahat masuk nereka”. Apabila ada yang bertanya kita jawap demikian bermakna menghukum dengan apa yang telah di nas kan oleh Allah.Soal masuk syurga dan neraka kelak itu hak Allah, Dialah yang menentukan dengan izinnya.Yang penting kita tidak boleh sembunyi sesuatu pun yang di wahyukan.

Demikian juga dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “sesiapa yang tinggal solat dengan sengaja kafir” . Ini telah dinas kan melalui hadis shih.

Malangnya masih ada ulamak yang mengatakan “ia tidak jadi kafir” kerana mereka tidak naf├» akan kewajipan solat.Walaupun Ia tidak dengan ikrar, tetapi ia tidak solat dengan sengaja itu adalah suatu perbuatan yang jelas keangkarannya.

Atas sebab itulah 83 peratus orang Islam di Negara Malaysia ini tidak solat lima waktu sehari semalam. Peratusan itu saya dapat pada kajian yang dibuat oleh Dr Hassan Ali.

92 peratus orang Melayu Islam tidak solat lima waktu sehari semalam saya perolehi dari kajian yang di buat ulamak Malaysia. Manakala 72 peratus saya perolehi dari kajian yang dibuat oleh Profesor Madya Dr. Fadzil Che Din bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia.

Oleh itu, adalah suatu yang sangat baik dan berkesan positif jika menghukum sepertimana Allah subha nahu wataala menghukum sebagai uslub dakwah supaya orang Melayu Islam di Negara ini berpegang teguh dengan ajaran Islam dan patuh beramal dengannya.

Jika ada orang bertanya apakah hukum orang orang yang memakan” riba” bagaimanakah sikap kita untuk menjawab soalan itu.

Saya pernah dengar sesetengah yang intelektual Islam menjawab beliau tentu. Pada Allah telah jelas dengan nyata dalam firman yang bermaksud:

“ Orang orang yang memakan dan mengambil riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk setan dengan terhuyung haying kerana sentuhan setan itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba. Pada hal Allah telah menghalalkan berjual beli(berniaga) dan mengharamkan riba.oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalau ia berhenti (dari mengambil riba) maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itu ahli neraka, mereka kekal di dalamnya” (surah Al Baqarah Ayat 275).

Di mana silapnya jika kita menghukum sepertimana berkata, sesiapa yang maka riba, ia ahli neraka dan kekal didalamnya. Hal seumpama ini telah dilakukan oleh Datuk Tok Guru Nik Aziz Nit Mat dan berkata bahawa “orang UMNO tak bau syurga” atas sebab mereka samakan jualbeli dengan riba.

Saya pernah dengar dari mulut orang UMNO jualbeli kereta yang dibuat oleh pihak Bank sekarang tiada unsur riba, kerana dilakukan” akad” jualbeli.Bermakna akad itu boleh memansuhkan “riba”.Pada hal akad tak akad ia adalah riba.

Atas sebab itulah mereka berani mengatakan, mereka tak makan riba. Pada hal apa yang berlaku sekarang ini jelas dan nyata ia adalah riba dan tersangat wajar kita menghukum. Kalau kita tidak menghukum pasti nagetif jadinya.

Mereka tidak salah, kerana ulamak berkata, itu bukan riba. wal hal itu adalah riba. Macam juga dengan nas tinggal solat dengan sengaja jadi kafir dikatakan tidak jadi kafir. Rasulullah SAW sendiri yang kata kafir, tapi ulamak berani kata tak kafir.

Macam juga mengenai tutup aurat. Masih ada ulamak yang mengatakan yang tidak aurat belum tentu masuk neraka. Pada hal Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “sesiapa yang tidak tutup aurat tak berbau syurga” (sahih muslim).

Kita tidak tahu dari manakah uslub tidak boleh menghukum atau jangan menghukum dijadikan pegangan. Orang UMNO memang selama lama berkata tidak boleh menghukum yang barangkali diambil dari pengajaran kafirime agar orang Islam turut jadi kafir macam mereka.

Allah larang, jangan kamu jadi macam yahudi dan rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia dikira kaum tersebut( riwayat Abu Daud)

Kesimpulannya segala bala yang berlaku keatas umat islam adalah berpunca dari tindakan golongan ulama yang tidak berani menghukum dan berani melanggar perintah Allah dan Rasulullah SAW sepertimana yang termaktub didalam Al Quran.Kekafiran Yahudi berpunca dari tindakan ahli kitabnya mengubah Wahyu Allah.

2 comments:

Haiza Najwa said...

Perfect. Kerana tu manusia sekarang meringankan saja apa yg difardhukan. Itulah jahil yang disengajakan. Mereka sdar tindakan mereka 2 dosa tapi kerana yang lebih supreme{Ulama dan pihak berwajib] daa kata g2, pura2laa patuh. Cuba yg lain..nak ke mereka patuh..? Dunia Fitan sekarang En.Abdullah, manusia lebih suka condong pada yg boleh meringankan, sedangkan ringan itulah yg akan jadi berat di akhirat..Akhir zaman ney..byk yg jahil disangka Ulamak maka doalah agar ALLAH swt pelihara kita serta keturunan dari fitnah akhir zaman.[sigh]

abdullahngah said...

Yang membimbangkan kita ialah ulamak jahat, kerana mereka hafiz Quran. Malahan mereka alim dalam agama Islam.

Bukan setakat itu saja, malahan mereka berkelulusan PHD.

Dengan kelulusan inilah rakyat yang jahil akan jadikan mereka sebagai idola.