Sunday, February 28, 2010

Tanah rakyat diambil pampasan tak bayar

Bercakap pasal jalanraya yang sedang dalam pembinaan dari Kampung Teluk Pasu ke Jeram Hilir yang memakan kos RM 200 juta memang ada yang tidak kena.

Khamis (25 Feb 2010) seorang penduduk di Kampung Banggol Donas call penulis ingin berjumpa dan nak cakap pasal jalanraya yang kena rumahnya.Pertemuan tidak dapat diatur, kerana penulis ada di Perpustakaan Awam.

Hari Jumaat (26 Feb 2010) selepas solat jumaat seorang penduduk Kampung Teluk Pasu memberitahu penulis, rumahnya kena lalu jalanraya tersebut dan kena pindah.

Dalam pada itu sempat beliau berkata, saya tak kisah asalkan dibayar pampasannya sebanyak RM 29.00 sekaki persegi . Itulah harapannya terhadap rumah dan tanahnya yang kena jalan.

Pada Hari Sabtu ( 27 Feb 2010) ketika penulis sedang makan dalam suatu majlis kenduri kahwin Haji Ibrahim Tok Sheikh Haji di Hulu Terengganu, Majid yang dikatakan waris Datuk Rahim Said memberitahu Pampasan tidak akan dibayar dan dibayar selepas jalanraya itu siap nanti.

Hari Ahad (28 FEB 2010) dikedai kopi Batu Enam, Haji Ngah Abdul Rahman memberitahu penulis yang dia sudah turun tandatangan membenarkan tanahnya di Teluk Pasu untuk pembinaan jalanraya tersebut.

Penulis kata, pampas an tidak akan dibayar. Haji Ngah tadi terkejut besar dan bertanya mengapa? Penulis jawab, itulah kerajaan yang memerintah Terengganu sekarang. Rakyat akan jadi mangsa. Tenguklah nanti.

Penulis hendak cerita bahawa jalanraya kos RM 200 juta itu adalah jalanraya yang dirancangkan oleh Wakil Rakyat “mata duitan” bukan jalanraya yang dirancangkan dan diluluskan oleh kerajaan Terengganu.

Peruntukannya belum ada. Ia memerlukan wang dana khas dari pusat. Mereka hanya merancang satu projek untuk masukkan wang dalam saku mereka sahaja macam projek jalan kampong yang pampasannya tidak dibayar.

Sebab itu bayaran pampas an tidak akan dilakukan buat sekarang ini danber janji kepada tuan tanah akan dibayar selepas siap.

Malangnya projek itu tidak diketehui langsung oleh JKR dan IKRAM ada kaitan dalam pementaannya. Pelik juga.

Mungkin jalanraya seluas lebuhraya itu ada yang tidak kena.Seorang subkontraktor pernah kata,BN itu B boleh N nipu.iaitu boleh nipu. Betul juga. Maka rakyat yang bodoh kena tipulah nampaknya.

YB, YB nampaknya kayaraya, tapi rakyat papa kedana. Demikianlah cerita.

22 comments:

Che said...

Pendudok Kg. Banggol Donas yang rumah kediaman mereka terlibat dengan pembinaan jalan tersebut telah menghantar surat bantahan seawal bulan January 2008 tetapi sehingga kini tidak mendapat apa-apa respons dari pihak kerajaan. Dimanakah silapnya rakyaat didahulukan atau kontraktor didahulukan

mamat said...

Rakyat didahulukan hanya retorik sahaja.

Kita yakin rakyat didahulukan menanggung beban harga barangan naik (BN)

Tengoklah nanti mesti ada lagi benda yang naik.

Oleh itu jangan harap dengan selogan rakyat didahulukan itu jadi kenyataan mendatangkan manfaat selain semakin hari semakin terbeban.

Kalau rakyat didahulukan mustahil bantahan rakyat didiamkan atau diketepikan.

mrLee said...

saya rasa projek jalan ada sesuatu yang tak kena, saya syorkan pemuda Pakatan cari maklumat dan buat laporan SPRM... dengarnye dulu jalan ni cadangan cuma sekitar RM40juta lebih je... tapi sebab apa lening jadi naik melambung lebih RM200 juta... ni mesti ada usaha tipu untuk bahang pitis rakyat....sebab tu projek dijalankan segera harga mahal... lagi pun ianya dijual kepada syarikat dari ipoh.....

ana said...

Inilah kerja orang UMNO yang gemar mengkhianati bangsanya sendiri.

Kalau benar projek itu dijual kepada syarikat china Ipoh alangkah malanngya.

Dah lah untung besar hendak besar lagi.

Tak ingatkah bahawa kos projek itu wangnya adalah wang rakyat Terengganu juga nanti.

Zulput said...

kat kg banggol donas,sebahagian besarnya rumah puak2 umno yg kena termasuk rumah bekas ketua puteri umno,hikmah dari apa yg berlaku,mungkin Allah nak menyedarkan dia org semua agak cepat2lah tinggalkan perjuangan asabiyah tu dan sama2lah kita bersatu menyokong perjuangan islam demi kebagian dunia dan akhirat...............amin

Haiza Najwa said...

investigate thoroughly then analyze..perhaps the said file didn't really exist at all so why the heck the office should react or respond to their objection note? Tp kalo benar, ini adalah perbuatan individu dan tidaklah adil semerta putting the blame on the governance party, am I correct?
Pun, memang sadis perbuatan memperkacang dan perbodoh penduduk se brutal ini..
Nak kaya jgnlaa sampai membuat org lain merempat - tak ubah Belanda..

abdullahngah said...

maklumat terbaru yang saya dapat bahawa jalan ini adalah "jalan politik".

Kosnya pernah disebut oleh seorang EXCO sebanyak RM 400 juta.

Saya sebut dalam tulisan saya kosnya hanya sebanyak RM 200 juta dan tambah sebanyak RM 10 juta lagi kerana tidak cukup.

Satu kenyataan lain pula kosnya RM 226 juta.

Bayangkan jika kosnya sudah mula berubah dari masa kesemasa.

Bermakna ada yang tidak kena dengan jalan politi ini.

Persoalannya adalah wajar dengan kos itu, sedangkan jalan politik itu panjangnya hanya 5.5 kilo meter sahaja.

Wajar jalan kampung kosnya RM 25 juta satu kilo meter tidak termasuk dua jambatan.

Katakan Jambatan Jeram hilir kosnya RM 30 juta dan jambatan Losong teluk Pasu kosnya RM 50 juta.

Bermakna baru RM 80 juta sahaja lebihan untuk jalan politik jika RM226 masih berbaki RM 146 juta.

Demikian kerja orang politik dalam membazirkan wang rakyat untuk dimsaukan dalam saku kroni kroninya.

Che said...

Pendudok Kg. Bg. Donas maklumkan wakil mereka telah adakan perbincangan/bantahan dengan Pengarah JKR pada 11/2/08 dan dengan SUP MB pada 30/4/08.

Pendudok bukan bantah jalan, yg mereka bantah ialah jajaran yg. terlibat dengan rumah kediaman kerana masih banyak tanah kosong. Maklumat terkini 22 buah rumah terlibat di kg. ini.

Yg. peliknya pendudok tidak pernah menerima notis sepertimana yg diperuntukan dibawah seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486).

Sekarang pendudok rasa amat gelisah mendengar cerita yg jalan buat dulu bayar kemudian.

Kenapa cakap-cakap begini boleh timbul, bukankah mereka juga di lindungi oleh Perlembagaan Malaysia dibawah Article 13 untuk mendapat pampasan secukupnya, bukan secara paksaan.

Kenapa gelojoh sangat nak bina jalan.

mat rock said...

apa!?22 buah rumah terlibat!!..pengerusi jkkk dok wat keje ke ah!!!! wane makan gaji buta??? TUHAN MARAH MU TAHU DOK MU MAKAN GAJI BUTA!!! pada penduduk yang terlibat KUAT KAN SEMANGAT...TERUSKAN PERJUANGAN TUHAN SENTIASA BERSAMA MU...

mat rock said...

Apa?? 222 buah rumah terlibat??.. wane pengerusi JKKK dok wat kejer?? wane ke makan gaji buta aH!! MU TAHU DOK,TUHAN MARAH MU WAT GITU...KEPADA: penduduk yang terlibat teruskan perjuangan...tuhan sentiasa bersama..kuatkan semangat menentang kezaliman orang2 UMNO...

haiza najwa said...

Gelojoh nk dptkn persen..agaknya yg terbabit tu boleh agak ke usianya mampu melewati 150 thn nk enjoy ekses yg ibarat daki dunia 2 - hot spell weather cam skrg pun daa mengeluh inikan julangan api nuraka utk mencuci dosa 2 [istighfar]
Moga-moga waris kita tidak tamakan daki dunia spt 2..AAMIN!

HEBAT said...

Lagi isu pembinaan jalan politik merintangi Kg.Banggol Donas,keluhan penduduk tidak di endahkan oleh ketua kampungnya sendiri,penduduk hilang tempat mengadu kerana beliau tidak bermastautin di kampung sendiri,sesuatu yang tidak wajar telah berlaku kerana beliau menetap di K.Lumpur semenjak pemilihan beliau sebagai pengerusi jkkk pada tahun 2008.Penduduk Banggol Donas harus tahu projek jalan ini melenyapkan sebahagian kampungnya,memisahkan masjid dan kariahnya,menyukarkan pelajar ke sekolah,merenggangkan silaturrahim antara penduduk yang terpisah dek kerana pembinaan jalan politik yang menelan belanja besar lagi menbazirkan duit rakyat terengganu demi kepentingan kroni pemimpin umno ini.Marilah kita bersama-sama menentang projek jalan yang berkepentingan sesetengah individu ini.Allahhuakhbar!!!.

mat rock said...

bilakah kezaliman dr org umno ini akan habis? x habis2 nk menzalimi org melayu..hentikanlah!! sebelum kamu di panggil oleh Illahi..ingatlah doa org yg di zalimi di makbulkan Allah..dr buat jln atas dunia baik buat jln di akhirat..

HEBAT said...

Lagi cerita mengenai projek l/raya merintangi Kg.Banggol Donas,seorang penjawat awam berstatus penolong pegawai dari sebuah jabatan kerajaan Ng.Terengganu telah datang ke rumah penduduk Kg.Banggol Donas pada 8hb.Mac.2010 bertujuan membuat bancian pendapatan isi rumah penduduk yg rumah mereka terlibat dgn projek susur l/raya Jeram-Teluk Pasu.Beliau tlh datang ke rumah penduduk l/kurang jam 6.30pm selepas waktu pejabat.Apakah muslihat atau motif sebenar beliau?..Kami tidak bersetuju utk memberi maklumat tersebut kerana kedatangan beliau diragui tujuan sebenar.Sebaliknya beliau telah diberi penjelasan yg kami tlh membuat bantahan pembinaan susur l/raya sejak awal 2008 atas sebab-sebab berikut;

a)Projek susur l/raya ini diberi kpd syarikat MZ Hakujaya yg dimiliki oleh ketua pemuda umno negeri,Sdr.Saiful Bahari Baharudin dan projek ini tlh dijual kpd kontraktor cina dari Ipoh.

b)Pengerusi JKKK Bgl.Donas jg mempunyai kepentingan dlm projek ini dan beliau dgn sengaja meminta supaya susur l/raya ini melalui tanah beliau yg tlh ditukar syarat berharapan mendapat bayaran yg tinggi tanpa memperdulikan hak penduduk yg lain.

c)Dalam projek ini penduduk tidak diberi penerangan yg sewajarnya,malah penduduk hanya dapat tahu melalui wakil rakyat yg menghebahkan melalui majlis yg dianjurkan oleh UMNO Dun Teluk Pasu.

d)Hak penduduk diketepikan dan seolah-olah dirampas tanpa notis,tanah mereka digali utk dibuat kajian struktur tanah,diukur tanpa meminta kebenaran penduduk dan rumah mereka diambil gambar secara sembunyi.

e)Ini adalah kali kedua tanah penduduk Kg.Banggol Donas di ambil haknya selepas kali pertama tanah mereka berstatus tanah pertanian diambil kerajaan di awal 1990an bertujuan dijadikan penempatan perpindahan sebaliknya tanah itu kini didirikan bangunan IKS dan sebahagian lagi bakal dilaksanakan pembinaan susur l/raya.

f)Projek susur l/raya ini mengorbankan 1/3 Kg.Banggol Donas dan wajarkan ianya disempitkan lagi kerana projek yg berkepentingan sesetengah individu ini?sedangkan projek ini boleh dialihkan jajarannya tanpa mengenai rumah penduduk yg sedia ada.

g)Projek ini melambangkan angkuhnya kontraktor yg terlibat dan sudah ada elemen-elemen zombi kampung pisang demi perjuangan kontraktor itu sendiri utk meneruskan projek yg menelan belanja yg tinggi demi kepentingan individu tanpa memperdulikan kuasa pegawai-pegawai jabatan kerajaan yg berkenaan.

h)Dalam mesyuarat JKKK Bgl.Donas 2008,penduduk meminta isu ini diperbincangkan malangnya dihalang oleh timbalan pengerusi ketika itu,mereka tidak diberi pembelaan yg sewajarnya.Kepada siapakah lagi mereka harus mengadu?....Sebab itulah bantahan terpaksa dibuat agar isu ini membuka mata semua yg terlibat samada secara langsung atau tidak.Kepada kerajaan apa makna di sebalik rakyat didahulukan,ingatlah rakyat yg menentukan kejayaan sebuah kerajaan.

Anonymous said...

dah comfirm kena ambik.. semua dokument back dated aje.. apa susah..

Che said...

Isu pembinaan jalan Jeram - Kg. Banggol Tuan Muda bukan isu kampung tetapi ianya isu nasional bagaimana suatu pencabulan undang-undang (Akta Pengambilan Tanah 1960)berlaku. Bagaimana rintihan rakyat tidak dipedulikan setelah berkuasa.

Apabila ada Wakil Rakyat yang perihatin terhadap kesusahan rakyat, mengajukan soalan dalam persidangan DUN, ianya ditolak. Kenapa takut sangat hendak bincang, kalau semuanya dah buat ikut peraturan dan procedur.

Apabila MB buat kenyataan yang jalan dari Losong ke Tanjung Sabtu melalui Banggol Tuan Muda diubah kepada Losong - Bukit Datu - persimpangan Semarak, kontraktor makin rancak buat kerja.
kenapa begitu, macam dak boleh nak bezakan siapa yang berkuasa.

Penduduk mintak ubah jalan kawasan penempatan kepada tanah kosong ditepi kampung, tidak dipedulikan, mungkin kerana tanah itu kepunyaan syarikat korporat.

Kepada penduduk kampung Banggol Donas, teruskan bantahan, biarlah episod ini membuka mata orang ramai untuk mencari keadilan.

Che said...

J/K Bertindak Penduduk Kg. Banggol Donas telah menghantar memorandum kepada SUHAKAM pada Hari Jumaat 8hb.okt 2010 di Pejabat Suhakam Kuala Lumpur membantah pembinaan jalan yang langsung tidak mengambil kira kepentingan penduduk Kg. Banggol Donas.

Meminta SUHAKAM menyiasat bagaimana jalan ratusan juta di buat tidak mengikut prosedur pengambilan tanah dan Pihak Berkuasa Negeri pula membisu terhadap bantahan rakyat seolah Kg. Banggol Donas tidak ada penghuni.

Anonymous said...

sudah2lah menabur fitnah.saya sendiri penduduk kg.banggol donas.yg membantah tu beberapa orang je.macamana nak bg duit dulu kalau nak ukur tanah pun kena halau ? dahlah menjaja cerita ke hulu ke hilir mengata orang.sedarlah wahai manusia sekalian.FITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARIPADA MEMBUNUH !

mamat said...

Mana ada buat jalan dulu bayar kemudian.

Kalau deah jadi talibarut begitulah hendaknya.

Macam ayam daging dah tahu orang nak sembelih tak sedar juga.

Alangkah malangnya manusia yang pintu hatinya tertutup rapat.

Dapatkanlah dulu kunci pintu hati tu.

Kalau tidak sampai mati jadi yesman dan talibarut umno yang jahat itu.

Adakah patut buat jalan dulu lepas itu baru bayar.

Orang Jeram orang umno pun dah mula mengamuk, kerana tak bayar duit, macam yahudi rampas tanah orang islam.

Anonymous said...

cakap pandai,kalu pandai sgt bg la bukti.stakat main teka teki bk xyah.

Anonymous said...

ckp pakai emosi bk duk dlm gua je la.

abdullahngah said...

begitulah jika hatinya buta.

Orang yangbuta hati memang tak nampak kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan.

Kaumu ini pasti yang baik dianggap jahat dan yang buruk dianggap baik.

Kalau betul pembinaan jalan Banggol Dona ikut produr sila beri bukti.

Orang buta hati ini bukan saja tak dengar cakap orang lain malahan perintah Allah pun dia langgar.

Allah yang menciptanyapun di lawan habishasiaan malah mati matian.

Itulah manusia yang buta hati dan mati hati.