Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecuh dengan kemelut demi kemelut, namun usaha untuk menuju ke Putrajaya masih cerah, kerana mendapat sokongan pengundi China.
Bukan setakat itu saja, Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yakin, dalam usia semuda itu juga PKR telahpun mencapai banyak kejayaan yang di luar dari kebiasaan.
PKR dikatakan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, parti itu telah berjaya menawan 5 buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam PRU 12 yang lalu.
Dalam usia semuda itu, PKR dikatakan telah bergerak pantas mewarnai iklim politik negara secara drastik.
PKR juga dikatakan gundah dan gulana dengan segala pancaroba. Demi perjuangan menegak keadilan, perlu terus melangkah dan mara dengan moto membujur lalu melintang patah.
“Perjuangan membela rakyat perlu terus membara,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan ke-7 membakar semangat agar menjadi ketal.
Tapi malangnya, semangat itu hanya cakap memang sedap atau memang boleh, tetapi tanpa menyedari implikasi cakap disebalik“ wajib tinggalkan ketuanan Melayu”yang sangat sensitif.
Perkataan wajib tinggalkan ketuanan Melayu dianggap baik, tetapi ia jelas dan nyata membuat kemarahan yang amat sangat sebahagian besar orang melayu di Negara ini.
Isu ketuanan Melayu adalah isu sensitif yang tidak boleh disentuh.Malah isu ketuanan punca Sultan Selangor murka.Isu inilah punca Umno hilang sokongan, kerana dikatakan gagal membela nasib bangsa Melayu di negara ini.
Percayalah. Secara tidak langsung ia menyentuh institusi raja raja Melayu yang pernah diusaha untuk menghapuskan kekebalan raja raja dan hak istemewanya sekali oleh Tun Mahathir Mohammad tidak lama dahulu melalui krisis perlembagaan Negara.
Pas melalui Timbalan Presidennya pernah memainkan isu sensitif ini dan mencanangkan bahawa ketuanan melayu harus dihapuskan suatu masa dahulu menjadi penyebab hilangnya sokongan Melayu, termasuk pengundi atas pagar dalam satu pilihanraya umum.
Saya berani mengatakan memainkan isu sensitif lagi sensitiviti naluri Melayu ini mengakibatkan jalan sukar bagi pakatan rakyat menuju ke Putrajaya dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti miskipun mendapat sokongan china.
Kita tidak tahu kenapa isu ketuanan Melayu dikata wajib ditinggalkan oleh Presiden PKR, sedangkan isu itu adalah isu yang sangat tersentuh naluri setiap orang melayu yang masih tebal dengan fahaman kebangsaan.
Memainkan isu sensitive ini membuat sokongan Melayu kepada UMNO mula meningkat dan pakatan rakyat akan merundum begitu drastik dek momokan ahli ahli sendiri, terutama sekali yang mendapat upahan dari musuh politik.
11 comments:
bang..famili aku dan org melayu kpg aku x marah pun..depa lagi pandai dari hang dalam bab2 isu sangkut paut dgn melayu ni!!!apalh sangat isu ketuanan melayu dengan hilangnya nyawa aminul rashid..dia pun melayu jugak..tak dak pemimpin melayu dari parti keris nak selesaikan kes tu secara jujur??
Aku nak hantar artikel berkenaan dengan PEMBONGKARAN PILIH KASIH YAYASAN TERENGGANU...banyak contoh unsur pilih kasih...
adakah anda berminat?
saya sanga berminat dengan mana mana atau apa bentuk tulisan asalkan ia baik untuk maklumat saya yang kadang kadang tak banyak tahu mengenai isu tersebut.
Umno masih truma dengan isu menghapuskan kekebalan institusi raja raja dan hak istemewa orang Melayu yang dilakukan orang Tun Mahathir,sebab itu Najib tangguh pemilihan UMNO tahun 2011.
umno kene jelaskan maksud ketuanan melayu.bagi dalam kamus dewan baru syok nak bercakap dan berbahas. ni macam istilah one malaysia maksud hanya najib yang tahu. ape kejadahnya.
takde hal pun hilang ketuanan melayu. islam ada. kang tetiba mamat jawa dan indon ramai kat selangor. menang pulak pilihanraya cek punya cek rupenye hindu. ha terkanje ko nak menjwab, baru kelam kelibut tukar ketuaan islam pulak.
kalau setakat khir toyo, ayah dari indon, mahathir ayah dari india,geng songkok yang dari indon.aku tak berkenan, kalau anak,cucu depa yang berkokok baru adil tapi kalau depa aku buang tepi longkang, aku yang anak melayu tulen yang moyang kpd moyang kpd moyang kpd moyang duduk kat malaysia tak bersuara pun sebuk pulak orng yang masih terdapat keraguan malaysia dan melayu ni buat2 bising. ala riduan tee abdullah nak jadi melayu.keh2 jadi islam oit
generasi bundle
yang pertama sekali.. adakah anda kenal zubir embong? siapakah dia?
Zubir Embong ramai dua orang nama itu begitu popular.
Zubir bekas Ahli parlimen dan Zubir Embong pegawai pejabat pelajar negeri Terengganu yang juga naik namanya sebagai calon parlimen Kuala Terengganu suatu ketika dahulu.
Jika Zubir Embong bekas Ahli parlimen yang dapat projek Kambing RM 10 juta di Lembah Bidung, sekarang ini katanya ada di Kemboja niaga balak.
Beliau juga dapat projek membina pusat kemahiran antara bangsa di Kemaman.
Zubir Embong ketua sektor akademik JPNT..
adakah anda tahu konspirasi biasiswa YT anak beliau???
Maaf saya tak ada maklumat mengenai kes itu.
Jika benar ada konspirasi tolong nyatakan untuk berkongsi maklumat suatu penyelewengan yang patut dibongkar bagi kepentingan rakyat Terengganu.
saya akan fikir2kan dulu. ini merupakan salah satu kes sahaja utk biasiswa YT 2009. byk lagi penyelewengan berlaku.... kamu ada mengetahui apa-apa tak mengenai apa-apa sahaja khabar angin mengenai Yayasan tersebut?
admin cuti ke?
Post a Comment