Tuesday, November 9, 2010

Zaid Ibrahim api dalam sekam pkr?

Datuk Dr Harun Din pernah ingatkan PAS dengan “api dalam sekam” dan tidak mustahil betapa banyak api dalam sekam dalam PKR. Leboih lebih lagi, orang PKR adalah orang umno yang memang akan ada perkara yang tak kena berlaku.

Dahulu seorang demi orang ahli parlimen keluar parti dan sekarang nampaknya karenah mencipta kemelu demi kemelut berlanjutan.

Terbaru Datuk Zaid Ibrahim, “wira” Datuk Seri Anwar Ibrahim buat hal lagi, Dulu hal yang diperlakukan ringan sikit, tapi kali ini hal yang berlaku melalui bikinanya begitu berat. Berat habu memikul berat lagi mata memandang.

Cuba bayangkan jika media massa, TV 1, TV 3 akhbar akhbar memainkan peranan utama dalam menyebarkan isu Zaid Ibrahim tarik diri bertanding timbalan presiden dan letak semua jawatan berkaitan.

Sehubungan dengan itu, menuduh dan memburuk buruk PKR dan pemimpinan pada mata umum dengan begitu serius sekali melalui kenyataan yang dibuat secara langsung.

Sebelum ini kita sedia maklum mengenai sikap dan sifat Datuk Zaid Ibrahim, miskipun telah dilebalkan sebagai “wira PKR” sebaik saja menyertai parti Anwar Ibrahim yang diminta bersara,kerana reputasinya begitu tercemar dek dakwaan liwat 2 yang sedang berjalan.

Ketika bertanding di Parlimen Kuala Selangor dalam pilihanraya kecil tak lama dulu label wira dicanang begitu hebat, seolah olah dialah segala galanya dalam memperkasakan PKR , tapi malangnya wira di yang didewa dewakan ini gagal mempertahankan kerusi parlimen milik PKR.

Kegagalan mempertahankan kerusi parlimen Kuala Selangor harus dijadikan pengajaran. Tapi malangnya PKR tak kisah sangat dengan kekalahan itu, kerana adat orang bertanding ada kalah dan menang tanpa menyedari akan implikasinya pada status qua PKR.

Kali ini Datuk Zaid Ibrahim mencemarkan reputasi PKR melalui tindakan tarik diri bertanding jawatan timbalan presiden dan letak semua jawatan berkaitan, serta menyerang reputasi puncuk kepimpinan PKR yang dikatakan akan menawan Putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kali ini juga PKR menjadi lebih busuk daripada tahi manusia dek tindakan yang berupa api dalam sekam yang tidak pernah ada usaha untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Kebanyakan sudah berkata, hendaklah berhati hati menerima dan memberi kepercayaan pada Zaid sebagai ahli PKR.Apatah ditatang bak minyak yang penuh melantik ketua PKR wilayah persekutuan.

Kalau dalam umno dia tergamak saman hudud, apalah sangat jika berada dalam PKR yang barangksli ada agenda tertentu untuk mencemar reputasi parti keadilan rakyat yang sedang buruk imejnya dek kerenah anggota anggota yang tidak ikhlas dalam melayari perjuangan.

4 comments:

Anonymous said...

Tuan blog...
Pigirah sama zaid ibrahim. Baru setahun dalam PKR bertanding Parlimen pun kalah ada hati nak jadi No 2 PKR. Dlm umno tak boleh jugak....tubuh parti sendiri la zaid...
Blogger pun ada yg sama jugak....hentam anwar....depa ingat tanpa anwar PR kuat...harap ahli parti tak boleh menang. ingat lagi kuat hentam anwar lagi bertambah kerusi BN dalam PRU13. Jika anwar tersingkir maka kembalilah sukungan melayu (bekas penyukung UMNO) pada BN. Anwar sahaja sehingga kini boleh satukan DAP dan PAS. Sebab itu BN bermati-matian cuba singkir pengaruh anwar...
Apa ada zaid PKR jadi lebih kuat ka. Faktor anwar bukan kecil, tanpa anwar pada PRU13 Pas masih berkuasa di kelantan, kedah dan Terengganu (mungkin) DAP kekal di P.Pinang....TAPI Parlimen akan jadi 2/3 tetap milik BN juga...
Itulah dinamakan faktor anwar.
Tak percaya...singkirlah anwar dari jemaah Pakatan Rakyat...mark my words.....BN akan dpt 2/3 di PRU13.

Hati Melayu

batubara said...

bro anwar yg dihormati.........

jangan berundur........jangan berundur....jangan berundur........

biarkan zaid ngan asri terjun dgn labu-labunya.......

depa bukan boleh tengok bro senang ke susah ke payah ke.......depa tak ada vision sebenaqnya....

awat?? depa ada alternatif ke ??.....nak ganti sendiri kot??

depa nie bukan ada 'class....cuma cari popolariti......tapi tak 'reti'......

bro, dah teruji dengan pelbagai mehnah dan fitnah........kalau depa kena mcm bro kena....dah lama depa lunyai.......pagaq jarang pun depa tak pernah merasa lagi.....lebam mata pun dak lagi.......usung tilam pun dak lagi........
depa masih sedap bertilam 'empuk' diulit mimpi nak 'potong' jalan laa tu........

rupanya depa belum sedaq kediri lagi.......

selamat terus 'memimpin' bro...
kami di belakang sentiasa membantu.....
jangan dengaq cakap 'hantu-hantu' belaan ubn dan grombolan......

pi laa join ngan puak-puak katak yg tak pernah 'beteloq' tu......

selamat berjuang bro anwar.........
kah kah kah

Anonymous said...

salam, memang betul, zaid umpama api dalam sekam, kerana melihat PKR dalam perjalanan ke putrajaya, lalu di tumpang, bila masuk PKR, meningi kan diri dan memijak orang ramai, bila pemilihan nak di lawan no 2, sedangkan baru je memasuki PKR, oleh itu sesiapa yang ingin bertanding, hendaklah sepenggal menjadi ahli

Anonymous said...

memang betul zaid api dalam sekam ...dari awal pun dah nampak ketidak ikhlasan beliau masuk PKR. Bukan mestinya masuk PKR terus dapat 'post', itulah yang dimimpikan beliau. Jangan ingat anggota PKR buta hati dengan meletak 'sesiapa' saja untuk bertanding. Taktik imNO untuk menumbangkan DSAI dan 'berusaha keras', bagi hasrat tercapai sentiasa tak menjadi. Sebab itu mereka mencari zaid, orang 'kuat' (kononnya)untuk merobek kepercayaan ahli PKR dari dalam parti. Ya Allah, semoga ahli umNO yang sentiasa memfitnah mendapat balasan di Dunia! Amin!!!