Sunday, September 18, 2011

Mengapa hari ini semakin ramai orang Melayu bunuh diri?

Anda mungkin tidak setuju jika jawapannya mungkin mereka yang bunuh diri bukan seorang “muslim”. Atas sebab itu mereka bertindak macam orang China yang senonim dengan kes bunuh diri sejak dahulu.

Jawapan diatas walaupun tidak mendapat persetujuan orang Islam kini, tetapi ia hampir menepati sasaran, kerana kes bunuh diri lazim dilakukan oleh orang Kafir yang kecewa dalam hidup diatas muka bumi Allah ini.

Mengapa anda seklian tidak setuju mengatakan orang melayu bukan seorang muslim, kerana orang Melayu itu islam dan islam itu Melayu pada istilah yang diterima pakai sejak sekian lama pihak kerajaan.

Rata rata setuju dengan Istilah itu hatta sudah begitu ramai orang melayu murtad menganut agama kristian. Malah katanya di Singpapura dan Indonesia sudah ada persatuan melayu kristian.

Di Negara Mesir bangsa arab beragama kristian suatu yang lazim.Malahan Negara itu memiliki pusat ternak babi terbesar didunia sebagai memenuhi permintaan yang begitu tinggi.

Maaf ya…kerana pergi lebih jauh sedangkan soalan yang saya timbulkan ini hanya berkisar pasal ramainya orang Melayu bunuh diri akhir akhir ini.

Bagi saya mungkin berpunca daripada “fatwa” ulamak yang mengatakan bunuh diri sebagai “dosa besar”.

Kalau dulu fatwa ulamak mengatakan bunuh diri jadi kafir tak berbau syurga dan mayatnya tidak boleh dikuburkan dikubur orang Islam.

Atas sebab itulah mereka berfikir banyak kali nak bunuh diri.Maka bunuh diri tak banyak berlaku kecuali kepada orang China dan India saja.

Sejak akhir alhir ini bunuh diri semacam menjadi kelaziman bagi orang Melayu, termasuk gantung diri dan meminum racun.

Barangkali apa yang saya sebut itu ada asasnya. Kalau tidak mengapa berlaku demikian, sedangkan dulu tidak. Dengan adanya fatwa bahawa bunuh diri hanya dosa besar pasti pada anggapan mereka dosa itu sama saja dengan dosa berzina, minum arak dan berjudi sepertimana yang kita sedia maklum.

Atas sebab itulah mereka berani melakukannya.Kalau berzina, minum arak dan berjudi dilakukan secara beleluasa orang yang bernama umat Islam tak musthail bunuh diri juga demikian.

Saya percaya fatwa itulah punca semakin hari semakin ramai orang Melayu yang menamakan diri mereka umat Islam membunuh diri. Lebih lebih lagi tak sampai jadi kafir kekal didalam neraka.

2 comments:

mayapis said...

Maaf kalau saya katakan perbuatan membunuh diri itu tidak menyebabkan seorang muslim terkeluar (Murtad) drpd agama Islam. Apa yg saya tahu/belajar adalah seperti mana yg saya datailkan dibawah. Ini cuma pandangan peribadi saya.

Hukum Orang Bunuh Diri

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebahagian daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:


‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:
“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”
Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.

Wallahu a’lam.

abdullahngah said...

Maksud jika seseorang yang membunuh diri itu menghalalkan barulah dikira ia murtad.

Bukankah yang membunuh diri itu jelas dia telah menghalalkan iaitu rela atau redha mati ditangan sendiri sepertimana hadis yang saudara sebut itu mengenai peristewa seorang sahabat yang berperang bersama sama nabi SAW tak mati tapi ditikam dengan pedangnya sendiri dinyatakan oleh Nabi dia murtad.

Adakah bunuh diri yang dilakukan oleh orang melayu hari ini seperti gantung dengan tali, terjun bangunan, toris urat nadi dan sebagainya tak termasuk menghalalkannya sedangkan dia melakukan dengan rela mati daripada hidup diatas muka bumi Allah ini.

Oleh itu saya setuju dengan hadis yang saudara sebut barangsiapa yang membunuh atau mengambil nyawa sendiri murtad.

Kalau dulu jarang sekali kita dengar orang melayu bunuh diri, kerana mereka takut jadi kafir dan kekal dalam neraka, kecuali orang china dan India atau dengan kata lain orang kafir yang kebanyakan telah merelakan dirinya mati setelah tua dan bermasalah dalam melayari kehidupan.

Oleh kerana ada ulama mengatakan bunuh dia termasuk dosa besar maka bunuh diri seakan sinonim pula dengan orang Melayu mutakhir ini.

Demikian juga dengan kata ulama bahawa tinggal solat dengan sengaja tak jadi kafir, sedangkan Rasulullah sendiri menyatakan tinggal solat dengan sengaja kafir

Atas sebab itulah sekarang ini 80 peratus orang yang mengaku beragama islam tak solat lima waktu sehari semalam.

Oleh itu tak hairan orang yang mengaku Islam jadi lemah selemahnya tak kuat sepertimana orang islam dizaman Rasulullah SAW, malah sudah jadi ancaman kepada orang kafir. Malah sudah begitu ramai yang jadi macam kafir dan ikut kafir,iaitu rela bunuh diri.