Penulis amat setuju polimik yang berlaku antara pemimpin PKR
dengan PAS dengan pertindihan di DUN Kota Damansara.
Sememangnya ada yang tidak setuju, terutama bagi mereka yang
mengamalkan politik “taksub” buta tuli yang jelas nyatakan boleh merugikan.
Yang sangat tidak bagus ada yang menpertahankan perkara
perkara yang jelasnyata salah. Bukan sahaja setakat salah malah haram hukumnya.
Oleh kerana taksub mereka menyokong dan bersetuju ia
dilaksanakan hatta maksiat dan kemungkaran sekali pun.
Persoalan pertindihan calon antara calon PKR dan PAS yang
berlaku pada PRU 13 ini bukan perkara baru, malah ia berlaku selama sejak
bekerjasama dengan Semangat 46.
Pertindihan tersebut pernah di polimikan tetapi tidak menerusi
media social sepeertimana yang berlaku pada hari ini.
Polimik tersebut dibiarkan berlalu begitu sahaja, kerana ia
dinggap bukan suatu dosa, malahan dosa kecil pernah dibiarkan berlaku oleh ucuk
kepimpinan PAS suatu masa dahulu hingga kini.
Hari ini bukan sahaja dosa kecil dibiarkan malah dosa besar
juga bukan sahaja dibiarkan, tetapi dilaksanakan dengan alasan mahu tumbangkan
kerajaan yang zalim, darurat konon.
Penulis pernah dengan kata kata, “buatlah apa sahaja untuk
kita ke Puterajaya”. Perkataan itu keluar daripada mulut presiden PAS sendiri.
Mungkin atas inilah Khalid Samad berani mempertikaikan
keputusan presiden. Atas ini jugalah Shamsul Iskandar Mat Akin berani
mengatakan presiden “benak”.
Pada penulis itu adalah merupakan “kafarah” untuk presiden
berfikir dahulu sebelum mengeluarkan pandangan ketika berceramah atau ketika
menjawab soalan orang orang media massa yang sering buat pekbagai gosip.
Oleh itu, adalah lebih baik diadakan polimik DUN Kota
Damansara yang kebanyakan pendapat mengatakan jika tidak berlaku pertindihan
kemenangan pasti berpihak kepada PKR (calon PSM).
Ada lojik dan ada asasnya, kerana Dr Mohd Nasir mendapat
undi sebanyak 14,860. Manakala Calon PAS Ridhuan Ismail mendapat undi sebanyak
7,312 berbanding calon umno Halimaton Saadiah Borhan mendapat undi sebanyak
16,367.
Jika analisis awal kerusi DUN Kota Damansara akan di menangi
calon umno mengapa buat keputusan PAS juga kena bertanding. Mengapa calon PSM
atas tiket PKR undur atau mengalah.
Atau PAS kena mengalah sesuai dengan kata
kata presiden buat apa sahaja untuk ke Puterajaya.
Kita sama sama fikir makna kata kata tersebut.
No comments:
Post a Comment