Tuesday, June 25, 2013

Perpaduan melayu betulkah telah terlepas?



Saya boleh setuju dengan kata  bahawa "Kalau kita serahkan segala-galanya kepada orang politik, harapan mewujudkan perpaduan Melayu adalah pudar".

kerana pemimpin parti politik yang yang ada sekarang "tak mahu ubah" dirinya yang jahat (makan rasuah dan makan riba) kepada berhenti dan bertaubat.

Akan tetapi apakah yang boleh kita buat kalau tidak melalui parti politik. Atau orang politik. Cakap memang boleh. Dah lama bijakpandai melayu kita bercakap setiap kali diadakan seminar mahu bersatu padu, mana hasilnya.

Bagaimana praktisnya.Apakah prakktisanya. Setakat hari ini tidak  pernah menelurkan hasilnya, miskipun sudah berbuih mulut para bijakpandai melayu bercakap pasal perpaduan Melayu.
Saya ulangi lagi, setakat hari ini apakah yang boleh kita terhadap perpaduan Melayu.Dan apakah hasilnya.

Pada saya antara pas dan umno tak dinafikan akan bersatu padu juga suatu masa nanti.Percayalah. tetapi menerusi parti politik sepertimana pernah berlaku sebelum ini.Bukan menrusi individu atau bijakpandai Melayu yang kadang kadang cakap tak serupa bikin.

Mengapa? kerana PAS pada suatu masa dulu, hukum bekerjasama dengan kafir adalah haram.miskipun ada pendapat ulamak mengharuskannya. Tapi sekarang ini diharuskan atas nama tahluf siasyi.(pendapat ulamak).

Jika  dengan kafir harbi (DAP) pas boleh bekerjasama, tidak mustahil suatu masa nanti boleh bersatu dengan umno yang dikatakan kafir dan munafik.Bukan itu sahaja, malah ada pucuk kepimpinan PAS yang berani mengatakan china DAP kafir zimmi.

Persoalan yang timbul, cuma umno sahaja yang liat dan tak mahu berbuat demikian.Itu yang saya Nampak. Mungkin orang lain tak nampak apa yang saya Nampak.

Yang dimahukan oleh pemimpin umno ialah menerusi cakap cakap, iaitu pada kata kata dalam majlis termasuk majlis rasmi sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Pada saya ajakannya itu adalah ajakan ayam jantan terhadap ayam betina.Bayangkan seekor ayam jantan yang bertindak mahukan ayam  betina jadi mangsa seknya melakukan sesuatu seolah olah ada benda yang boleh dimanfaatkan. Tetapi sebenar tiada apa apa pun.

Seperkara lagi pemimpin yang menerajui umno hari ini tidak akan berkawan dengan orang baik, kerana ada pendapat dan percaya serta yakin, apabila berkawan dengan orang baik dia akan jadi baik, maka akan hilang peluang untuk makan rasuah dan makan ribu yang diamalkan selama ini.

Hilang peluang untuk kumpul harta dari satu lembah kepada satu lembah lagi sepertimana buktinya ada antara menteri memiliki ratus juta seorang sepanjang diamanahkan oleh rakyat.Tun Mahatir dikatakan memiliki harta sebanyak RM 146 bilion.Dikatakan.

Pemimpin PAS barangkali masih fikir, jika aku berkawan dengan orang jahat dia akan jadi jahat sama sepertimana mereka. Ini  pernah dinyatakan oleh Imam Hasaan Basri.Demikian juga para pemimpin umno, jika berkawan dengan orang baik sudah tentu hilang banyak peluang untuk jadi kayaraya.

Oleh itu mereka terpaksa fikir banyak kali yang mana lebih utama dan kemudharatan apabila bersatu padu bukan dalam kotak Islam yang tulen.

Mungkin pemimpin selepas ini akan buat keputusan bahawa perpaduan itu lebih utama. Tak mustahil, kerana pemimpin boleh pergi dan boleh datang.


No comments: