Apakah yang boleh kita kata apabila Datuk Seri Ahmad Said isytihar
Terengganu tidak akan hantar pelajar negeri kaya rakyat miskin ini melanjutkan
pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir.
Kebanyakan rakyat Terengganu merasa hairan dengan isytihar
menteri besar yang dilantik penggal kedua untuk menerajui Terengganu yang
menang PRU 13 dengan nisbah 15-17 itu.
Penulis tak hairan pun, kerana sesiapa pun yang tak berminat
dengan dunia pendidikan Islam akan bertindak demikian, miskipun mereka mengaku
beragama Islam.
Macam juga ibubapa yang tidak berminat dengan pendidikan
Islam. Mana mungkin mereka akan menghantar anak anak mereka belajar di sekolah
sekolah agama.
Bukan setakat itu sahaja, malah ada antara mereka berkata,
belajar dibidang pendidikan Islam tiada nilai ekonomi, termasuk ada yang telah
berkata, keluar nanti nak kerja apa.
Sehubungan dengan itu, ramai juga ibubapa yang tak akan
menghantar anak anak mereka belajar di sekolah sekolah menengah Inggeris,kerana
takut dan bimbang anak yang lulus nanti jadi macam orang kafir.
Memang ada kebenaranya, kerana kebanyakan pelajar yang
belajar disekolah menengah Inggeris yang ditaja pihak kerajaan melanjutkan
pelajar keluar Negara ikut macam kafir dan jadi macam kafir.Tak solat lima
waktu sehari semalam. Arak dijadikan minuman biasa.Demikian juga zina.
Oleh itu, Turki yang di terajui Mustafa Kalam Ata Turk
mengharamkan rakyatnya melanjutkan pelajaran ke university Al Azhar.
Tak kisahlah, kerana Mustafa Kamal Ata Turk adalah seorang
pemimpin berketurunan yakjuj makjuj dan layak digelar yakjuj makjuj moden.
Akan tetapi ini, MB Terengganu yang masih beragama Islam
juga telah isytihar tak akan hantar pelajar negeri ini melanjutkan pelajar ke
university Al Azhar.
Mustahil nak ikut tindakan orang orang yakjuj makjuj yang
memang bertujuan untuk merosakan dan melakukan bencana diatas muka bumi Allah
ini.
No comments:
Post a Comment