Tuesday, July 23, 2013

Perlukah fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan?



Ada orang minta majlis fatwa kebangsaan buat fatwa mengenai “mercun” atas dalil mercun bahan yang berbahaya.

Baru baru ini majlis fatwa kebeangsaan sudah buat fatwa bahawa “shisha” adalah haram atas alasan “shisha” lebih bahaya berbanding “rokok”.

Shisha baru sahaja diharamkan oleh majlis fatwa kebangsaan Negara ini, kerana merbahaya kepada penggunanya.

Persoalan yang timbul sekarang apakah fatwa itu dipatuhi oleh peniaga dan penggunanya, macam juga rokok yang telah dilesenkan oleh pihak kerajaan untuk penjualannya.

Demikian juga “shisha” yang telah difatwakan haram juga telah dilesenkan penjualannya oleh pihak kerajaan.

Macam juga arak dan judi yang haram mutlak oleh Allah tetapi telah dilesen yang haram halal oleh kerajaan yang memerintah sekarang.Ada judi halal dan ada judi haram.Pada hal semua judi itu haram.

Hal ini menjadi kebimbangan banyak pihak, terutama mufti Kelantan yang meminta hendaklah menghormati keputusan dibuat majlis fatwa kebangsaan bahawa  “shisha” telah di fatwakan sebagai haram.

Apakah fatwa haram shisha itu memberi impak kepada penguna yang sudah ketagih berhenti, sedangkan shisha masih beroperasi dapat sambutan yang menggalakkan.

Majlis fatwa kebangsaan tiada kuasa untuk menutup atau menarik lesen operasi peniaga “shisha”. Hal ini ianya akan jadi senasib dengan pengharaman rokok oleh majlis ulama sedunia.Tapi rokok masih dijual (halal) pada sisi kerajaan yang memerintah.

Oleh itu, apa perlunya fatwa majlis kebangsaan membuat fatwa itu dan ini jika pihak kerajaan sendiri tidak menghormati keputusan tersebut.

Apatah lagi fatwa terhadap mercun dan rokok eletronik yang paling berbahaya kerana meangadungi dadah banyak berbanding rokok sepertimana yang dinyatakan oleh CAP. 


No comments: