Jika baca tajuk rencana ini secara sepintas lalu, mungkin ada
orang merasa pelik. Tapi, jika diamat amati dengan teliti ia memang lojik. Ada
kebenarannya.
Mengapa? Kerana kata ustaz ustaz yang membicara isu puasa
bulan Ramadan bahawa muntah tak sengaja tak batal puasa, kecuali sengaja
muntah.
Dengan kata lain, jika dikorek korek atau dijolok jolok
dalam tengkuk dan muntah boleh batal puasa.Ini tidak rasa pelik kan, kerana
kita biasa dengar cakap ustaz, itu boleh batalkan puasa.
Oleh itu awas, jangan menggunakan jari secara sembarang
dalam bulan Ramadan ini, kerana angkara jari boleh batal puasa seseorang.
Seperkara lagi yang hendak penulis sebut dalam rencana ini,
ialah ingat dan awas, jari ketika basah berak.Kita kadang kadang lupa angkara
jari kita boleh batal puasa kita.
Mengapa tidak? Kadang kadang jari kita ketika basah berak
masuk ke dalam dubur. Masuk dengan tidak sengaja tak batal puasa.
Akan tetapi jika dimasukkan jari dengan sengaja untuk fungsi
korek korek agar lubang dubur jadi bersih dan lebih bersih boleh batalkan puasa
kita.
Ingat, jika kita masukkan jari dengan sengaja dalam dubur kita
kerana ia boleh batalkan puasa. Mungkin ada benarnya cakap orang tua tua dulu
yang larang kita mandi sungai, takut takut air masuk ke dalam rongga, termasuk
rongga telinga.
No comments:
Post a Comment