Penulis hingga hari masih tidak boleh terima kata kata
beramallah kamu untuk akhirat dan jangan beramal untuk dunia sahaja, sedangkan
dunia ini jambatan akhirat.
Bagaimana pula dengan maksud firman Allah yang bermaksud: “
buat jahat masuk neraka dan buat baik masuk syurga.
Inilah punca yang membuat saya masih tidak boleh menerima
ulasan demikian miskipun datang dari seseorang ulamak sekalipun.Lebih lagi
ulamak itu terbahagi kepada dua golongan.
Ada Ulamak yang baik dan ada ulamak yang jahat. Ulamak baik
terbahagi kepada dua pula. Satu, ulamak hakikat.Kedua, ulamak syariat.
Atas sebab itulah penulis masih belum boleh menerima bahawa dunia
lain dan akhirat lain.Ia jelas suatu yang tidak boleh dipisahkan dan tiada
istilah seimbang dunia dan akhirat, kerana setiap amalan didunia sama jahat dan
baik akan dibalas di akhirat nanti.
Sesungguhnya tiada istilah buat baik sahaja untuk akhirat.
Manakala buat jahat untuk dunia sahaja.Pada penulis fahaman itu sangat
bercanggah dan tiada asasnya miskipun ia terbit dari mulut ulamak sekalipun.
Pada penulis itu suatu yang sangat salah dan boleh
mengelirukan kebanyakan umat Islam, kerana ada yang beranggap mereka yang
berbuat baik ada tempat di akhirat nanti.Yang berbuat jahat tak dapat apa apa
diakhirat nanti.
Penulis pernah dengar kata kata salah seorang yang mengaku
beragama Islam yang mengerjakan umrah tidak lama dulu mengatakan orang kafir
tiada bahagian dan tak dapat apa apapun di akhirat nanti.
Jika demikian bagaimana pula neraka yang disebut syurga dan
neraka disediakan kepada penghuni dunia yang dinyatakan oleh Allah, mereka yang
kafir kekal selama lama didalam neraka.Mereka yang beriman kekal selama lamanya
dalam syurga.
Ini selari dengan hadis yang menyatakan dunia jambatan
akhirat.Bermakna setiap amalan tak kira amal buruk dan baik semuanya untuk
akhirat dan sangat tidak wajar kita katakana buat jahat hanya untuk dunia
sahaja.
Paling tidak wajar apabila ada ulamak mengatakan ingat
akhirat jangan kejar dunia sahaja sedangkan didunia inilah bermulanya segala
galanya untuk menuju ke alam akhirat yang kekal selama lamanya.
Oleh itu, dunia dan akhirat tiada pemisahan sepertimana
ulasan kebanyakan ulamak syariat yang digelar sebagai ulamak dunia yang jelas tiada
asasnya.
Banyak perkara yang kita terima sedangkan ia sangat salah
dan bercanggah dan boleh mengelirukan umat Islam sehingga hari ini hasil
penerangan dan dakwah para ulamak syariat.
Usah persoalan dunia dan akhirat masih belum difahami oleh
kebanyakan ulamak syariat, malah kata berlawan islam dan barat yang jelas salah
itu terima bulat bulat.
Dari segi istilah sudah jelas salah. Mana ada kata berlawan
Islam dan barat, sedangkan barat lawan timur. Utara lawan selatan.
Penulia hairan mengatakan kita boleh menrima bulat bulat
benda yang jelas salah. Mana dada Islam dan barat, kerana di barat ada umat Islam.Lojik
kah Islam dan barat suatu perbandingan, sedangkan ia sangat tidak tepat. Yang
paling tepat ialah Islam dan kafir.
Oleh itu sama samalah kita fikir agar dakwah kita sampai
kesasarannya dan tidak mengelirukan umat
Islam, terutama orang awam dek ulamak yang salahfaham terhadap Islam.
No comments:
Post a Comment