Sunday, June 16, 2013
Najib ajak bersatu hati?
Sempena peristiwa Israk dan Mikraj, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyeru umat Islam di negara ini agar kembali bersatu hati meneruskan agenda transformasi demi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif.
Dengan kata lain, perdana menteri yang sedih dan sakit hati dengan orang china pada PRU 13, 5 Mei lepas mengajak umat Islam Negara ini bersatuhati demi menjadikan Malaysia Negara Islam moden yang prograsif konon.
Ajak umat Islam bersatuhati suatu perkara yang sangat murni. Akan tetapi tahukah anda bahawa ajakan itu hanya dibuat semasa menyambut atau sempena peristewa peristewa dalam Islam sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Mengajak umat Islam bersatuhati suatu tindakan yang sangat baik dan boleh dipuji dan harus diberi ucapan jutaan terima, tetapi apakah ajakan itu boleh atau akan disahut oleh umat Islam, terutama sekali pihak pembangkang.
Mohd Najib sendiri tahu ajakannya itu dipandangan remeh oleh pihak pembangkang. Lebih lebih lagi hati hati mereka jadi sakit (sakithati) yang amat sangat, kerana diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak pemerintah.
Bayangkan seorang ahli parlimen (PAS) telah didera iaitu menafikan hak rakyat tidak diberi peruntukan pembangunan di perlimen yang mereka wakili.Negeri negeri pembangkang telah sekian lama didera.
Demikian juga wakil rakyat wakil rakyat (PAS) juga diperlakukan sedemikian rupa. Seolah olah Dun yang diwakilinya tiada sebarang peruntukan keweangan untuk membanguna dun masing masing, sedangkan wakil rakyat (umno) ada peruntukan pembangunan.
Di Terengganu menteri besarnya sudah buat kenyataan yang kerajaan tidak akan membangun parlimen dan dun pembangkang yang jelas telah mendera pengundi pembangkang, macam mana tak sakit hati.
Persoalan yang timbul sekarang bagaimana mungkin boleh kita satukan hati yang sakit ini. Pihak skit dengan pembangkan dan pembangkang jelas telah jadi sakit hati dek tindakan jahat kerajaan yang apabila tiba sempena bulan Islam di ajak bersatu hati.
Tindakan jahat kerajaan yang memerintah sekarang, termasuk memisah suamisteri dan pinak iaitu menukar seseorang guru ke Johor Baharu dan isteri mengajar Di Kelantan.Ada juga yang ditukar ke Sabah dan Sarawak.
Cerita terbahru sudah ada beberapa orang berjawatan PAR di sekolah menengah Kuala Terengganu ditukar ke sekolah hulu Terengganu yang jelas membuat mereka sakit hati. Oleh itu macam mana hendak satukan hati mereka ini jika politik dendam jadi amalan pihak pemerintah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment