Tun Mahahir Mohamad boleh dikatakan bekerja keras untuk
pastikan umno/BN menang pada PRU 13 yang berlangsung pada 5 mei 2013.
Beliau juga sangat gembira apabila Datuk Mukhriz Mahathir
dilantik sebagai menteri besar Kedah ke 14.
Bukan setakat itu sahaja malah ceria miskipun umno/BN menang
tipis dan lebih buruk berbanding pada PRU 12.
Keceriaan tun Mahahtir tidak tahan lama apabila Najib lantik
Khairi Jamaluddin Abu Bakar menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai menteri
Belia dan Sukan.
Minggu lepas perangai Tun Mahathir sudah hampir sama dengan
perangai yang ditunjukkan ketika Tun Abdullah Badawi jadi perdana menteri.
Beliau sangat marah pada Tun Abdullah atas sebab melepaskan
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dibunuh dahulu itu.
Bayangkan, siapakah tak marah jika orang yang di pecat dari
jawatan timbalan perdana menteri dibebaskan semula.
Tindakan Najib melantik Khairi Jamaluddin sebagai menteri
belia dan Sukan sudah tentu ada persamaan dengan Tun Abdullah melepaskan Anwar
suatu ketika dahulu.
Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi perdana menteri umno
dikatakan busuk macam tahi. Bukan setakat itu sahaja, malah Tun Mahahtir ambil
tindakan keluar parti.
Dan berikrar tidak akan masuk semula jika Tun Abdullah tak
letak jawatan. Demikianlah marahnya Tun Mahathir pada Tun Abdullah.
Tun Mahathir masuk semula umno setelah tun Abdullah letak
jawatan dan diserahkan kepada Najib untuk menerajui Negara.
Nampak gayanya Najib telah diserang Tun Mahathir dan
mengatakan umno sudah buruk kerana dipuimpin oleh orang yang rasuah.
Kalau mahu umno jadi kuat dan baik pemimpin yang terbabit
dengan rasuah kena letak jawatan. Itulah bentuk serangan Tun Mahathir akhir
akhir ini.
Tidak lain dan tidak bukan orang nombor satu Negara mahu tak
mahu kena letak jawatan untuk menyelamatkan umno daripada jadi busuk macam
tahi.
Mukhriz yang baru satu bulan menjawat jawatan menteri besar
Kedah kelihatan telah buat hal dan berkata dia tidak boleh memerintah Kedah
kerana kurang duit.
Yang peliknya Datuk Seri Azizan Razak ketika menjadi menteri
besar Kedah tidak pernah merungut pasal kekuarangan duit. Malah boleh mentadbir
Kedah dengan baik dapat bayar gaji dan buat projek tanpa membabitkn bantuan
kewangan kerajaan pusat.
Bermakna dua beranak ini mula menyerang Najib dan mungkin mendesak
Najib mengeluarkan wang Negara untuk melicinkan pentadbiran kerajaan Kedah yang
dikatakan duit sudah habis kerana membina KUIN yang disebut sebagai kurang
memberi faedah kepada rakyat.
Jangan jadi macam nasib Terengganu sudahlah sehingga Kolej
Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Kolej Yayasan Terengganu atas sebab nak jimat
RM70 juta satu tahun konon di Jual punca para pelajar negeri sukar untuk
melanjutkan pelajaran.
Demikianlah angkara apabila melantik menteri besar yang tidak
minat dengan dunia pendidikan yang menjadi asset negeri dan Negara.
Yang sangat menyedihkan dikatakan oleh Datuk Mukhriz
Mahathir bahawa Pembinaan sesebuah institusi pengajian tinggi sepertimana Kolej
Universiti Insaniah Kedah itu sebagai tidak memberi faedah kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment