Sebaik selesai solat jumaat 13 September 2013 seorang pemuda
kaki tangan kerajaan negeri Terengganu tanya penulis pasal cakap Nik Aziz Nik
Yang mahu timbalan preisiden PAS diganti.
Penulis ada baca sikit
mengenai cakap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu supaya Timbalan
presiden PAS seorang ulamak.
Sebelum ini tiada orang PAS yang mempertikaikan kemenangan
Muhamad Sabu sebagai timbalan presiden PAS ketika dicabar dua calon ulamak.
Mungkin ada yang tidak kena. Kalau tak mana mungkin ada
dases desus disana sini agar timbalan presiden PAS diganti dengan seorang
ulamak.
Termasuk mursyidul PAS sendiri yang mahu jawatan timbalan
presiden diganti manakala jawatan presiden dikekal. Dengan kata lain jangan ada
presiden dicabar pada Muktamar tahunan yang akan berlangsung pada November ini.
Mungkin atas sebab Muhamad Sabu ada kaitan dengan fahaman
syiah yang dikatakan ada didalam PAS, terutama Pas Kedah.
Atas sebab itu juga Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cakap sikit
yang dikatanya apa yang dia cakap lain
media massa tulis.
Mungkin kaki tangan kerajaan Terengganu yang mahu pandangan
penulis merasa keliru dengan apa yang dicakapkan oleh Nik Aziz yang mahu
prsesiden Pas diganti dengan seorang calon ulamak.
Pada penulis Muhammad
Sabu juga seorang ulamak yang sikit ilmunya, tetapi sangat popular, malah
popularnya mengatasi presiden sendiri.
Oleh itu, calon yang cabar Nasyaruddin Mat isa dulu itu Tuan Ibrahim Tuan Man seorang ulamak
yang banyak ilmu juga.
Maka, ada benarnya
kata Nik Aziz yang mahu Muhamad Sabu diganti pada Muktamar tahunan kali ini
agar PAS tidak banyak masalah dalam melayari perjuangan yang semakin mencabar.
Itulah harapan musyidul PAS, tetapi untuk menentukkan
Muhammad Sabu diganti dalam muktamar tahunan PAS kali ini terletak pada tangan
para perwakilan.
Penulis pernah buat andaian kemenangan Mohamad Sabu lalu
atas sebab pertandingan tiga penjuru punca Ustaz Nasyaruddin Mat Isa kalah.
Jika pertandingan itu satu lawan satu kemenangan pasti
ditangan penyandang. Tetapi menang dengan majority tipis.
Pada hemat penulis, Muhammad Sabu boleh diganti pada
Muktamar tahunan PAS kali ini apabila Tuan Ibrahim tuan Man dicalon semula.
Para perwakilan akan memberi undi yang lebih banyak kepada
Tuan Ibrahim Tuan Man. Lebih lebih lagi Muhamad Sabu telah dikaitan dengan
fahaman syiah yang sesat lagi menyesatkan.
3 comments:
Jangan cakap saja......sila buktikan bahawa MAT SABU tu syiah.......
saya cakap Mat Abu yang dikatakan berfahaman syiah.
Kena faham betul betul ayat yang saya tulis.
Saya tak kata Mat Sabu syiah.
Yang saya tulis Mat Sabu "dikatakan" berfahaman syiah.
Dikatakan. Bukan saya yang kata, tetapi pihak lain yang berkata demikian.
Tok sah gaduh. suruh mSabu ngaku pengikut syiah ke bukan.
Ingat hanya dgn pengakuan jujurnya meneyelamatkan satu organisasi besar PAS.
sikap berdiam diri dia boleh menghancurkan perpaduan dlm PAS.
Post a Comment