Thursday, December 26, 2013

Bazir ke atau salah guna kuasa?

Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata, kerajaan yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak membazirkan wang negara.

Beliau berkata demikian berdasarkan laporan Audit Negara. Barangkali anda semua setuju dengan label tersebut, kerana laporan audit Negara bukan laporan palsu.

Pada hemat penulis, pembaziran atau dengan kata lain membazirkan wang Negara merupakan salah laku atau salahgunakuasa yang boleh disabitkan kepada sesiapa yang melakukannya.

Barangsiapa yang melakukan pembaziran dia adalah penjenayah Negara.Lebih lebih lagi mereka itu merupakan orang yang diberi amanah untuk memimpin rakyat.

Salah satu jenayah Negara yang paling bahaya ialah “rasuah”. Rasuah adalah jenayah yang paling bahaya dan wajib di bantres untuk menyelamatkan Negara daripada muflis.

Yang membuat penulis sedih ada pihak yang mengatakan tidak boleh mesabitkan pejenayah rasuah, kerana tidak cukup bukti.

Hairan juga, kerana laporan audit Negara ada dan boleh dijadikan barang bukti yang sangat kukuh untuk mendakwa mereka yang terbabit dengan rasuah.

Persoalan yang berbangkit sekarang pihak kerajaan terutama sekali SPRM yang diberi tugas membentras enggan melaksanakan tugasnya yang diamanahkan.

Pemimpin Negara ditugaskan dan diamanahkan untuk mengurus harta Negara tidak berbelah bahagi semata mata untuk kebahgiaan dan kesejahteraan semua rakyat.

Malangnya mereka jelas salahgunakuasa dan pecah amanah setelah berkuasa yang mana mahu tidak mahu wajib dan boleh disabitkan bahawa mereka adalah penjenayah dan wajib dihukum.


No comments: