Dalam soal jawab membanteras Rasuah TV 3 18 Disember 2013
Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang sangat optimistik dengan seksyen 14 (2) akta
Suruhan jaya Pecegah Rasuah Malaysia.
Manakala Tan Sri Hadenan Abdul Jalal berkata, susah hendak
buktikan yang mereka ada kes dengan rasuah.
Datuk Takiyuddin Hassan sanggup ketepikan partinya dan secara
peribadi akan mempertahankan dan menyokong penuh seksyen 14 (2) Akta
Suruhanjaya pencegah Rasuah Malaysia memberi keberkesanan membanteras rasuah.
Penulis rasa terpanggil untuk mengulas pandangan Tan Sri
Hadenan Abdul Jalal. Memang pun kelihatan betapa sukar untuk pihak SPRM
membuktikan yang mereka yang didakwa di Mahkamah untuk disabitkan.
Pada penulis ianya bukan sukar, kerana “bilis” yang
ditangkap dan dakwa boleh disabitkan dan di jatuhkan hukuman denda dan penjara.
Akan tetapi “Jerung” hatta telah didakwa maka tidak dapat
disabitkan dengan alasan tiada bukti kukuh dan mereka itu dibebaskan.
Pada hemat penulis, sukar hendak buktikan hanya pada jerung
jerung sahaja, manakala bilis bilis sangat senang untuk dibuktikan dan
disabitkan.
Maka tidak lain dan tidak bukan mereka itu “kebal”. Bukan
sahaja kebal, malah SPRM tidak boleh tangkap. Apatah lagi untuk mendakwanya di mahkamah.
Pelantikan tiga Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Takiyuddin
Hasan (PAS) Datuk Fuazi Abdul Rahman (PKR) dan Dr Tan Seng Giaw (DAP) susah
juga untuk buktikan kes, selagi jerung jerung itu masih kebal.
Keballah punca SPRM tidak dapat melaksanakan tugas miskipun
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohammad sangat optimistic dengan
seksyen 14 (2) Akta suruhanya jaya pencegah Rasuah Malaysia.
Oleh itu, apa apa yang dicakap oleh panel soaljawab
membantras rasuah malam 18 Disember 2013 itu hanya persepsi semata mata. Tidak
lebih daripada itu, hatta yang keluar dari mulut Ahli Parlimen PAS Datuk
Takiyuddin Hassan sekali pun.
No comments:
Post a Comment