Di Kemaman. Banjir sudah surut, tetapi bantuan bentuk
barangan untuk mangsa banjir bertalu talu sampai.
Tidak semena semena muncul satu berita yang memang tidak
masuk akal berlaku di pusat kihdmat masyarakat salah satu DUN di parlimen
Kemaman.
Penulis tidak percaya dengan cerita itu. Anda juga tidak
percaya, kerana ia tidak masuk akal dan sangat tidak munasabah.
Bayangkan satu pusat khidmat masyarakat milik umno parlimen
Kemaman mempunyai kaki tangan seramai dua puluh tujuh orang.
Paling tidak masuk akal, salah seorang kaki tangan lulusan
SPM gajinya RM 2,400 sebulan dan pengarahnya (ketua jabatan) gajinya RM 7,000.
Cuba anda bayangkan, munasabahkah gaji ketua pusat khidmat
masyarakat milik umno gajinya sebanyak itu.Sangat tidak munasabah.
Gaji itu adalah gaji seorang pengarah atau ketua jabatan
sepertimana pengarah Tanah dan Galian kerajaan negeri Terengganu SUK Wisma
Darul Iman.
Lagi tidak munasabah, gaji semua kaki tangan pusat khidmat
masyarakat itu dibayar oleh kerajaan
negeri Terengganu.
Sangat sangat tidak munasabah cerita yang tersebar dan
penulis mendengarnya. Pasti ia satu fitnah hendak memburuk buruk nama baik
menteri besar Terengganu yang dikatakan sedang tunggu masa untuk jatuh dan
diganti dengan nama lain.
Cerita ini datang dari mulut orang umno sendiri. Sama ada
“Sah”atau “tidak” sama sama kita siasat, kerana Allah minta kita siasat apabila
mendengar cerita dari seorang munafik.
No comments:
Post a Comment