Maknanya Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri satu
Malaysia sangat marah dengan pembangkang.Nampak dengan jelas.
Penulis tidak tahu mengapa beliau sangat marah dengan
pembangkang. Mungkin pembangkang musuh nombor satu dalam politiknya.
Dadah musuh Negara. Sebab itu dia tak bimbang.Jenayah yang
bermaharajalela juga musuh Negara dia
tak ambil kisah sangat.
Fikir punya fikir, penulis dapat jawapan tepat dan sah ada
dalilnya. Apa dia dalilnya? Tidak lain dan tidak bukan bahawa kata kata diatas
ditujukan kepada Tun Mahathir dan Tun Daim.
Mengapa tidak? Kan Tun Mahathir tidak setuju dengan BRIM
Najib. Demikian juga Tun Daim yang pasti amat tidak setuju dengan pemberian
BRIM kepada rakyat.
Pembangkang juga dikatakan tidak setuju, tetapi para
pemimpin pembangkang berkata ambil jangan tak ambil, kerana wang BRIM bukan
wang umno.
Kata sesetengah pemimpin umno pembangkan memang marah dengan
pemberian BRIM Najib itu, tetapi tidak lepas peluang dan berlumba lumba
mengambilnya.
Dengan kata lain perdana menteri satu Malaysia tak marah
dengan pembangkang. Beliau marah dengan Tun Mahathir dan Tun Daim yang berusaha
untuk menjatuhkan Najib dari takta sekarang.
Sebab itu Tun Mahathir tidak setuju dengan pemberian BRIM
dengan alasan rakyat sudah cukup setia dengan umno dan BN berdasar PRU 13
lepas. mengapa perlu diberi BRIM lagi.
Pada hemat penulis BRIMlah yang membuat BN menang dan kekal
memerintah Malaysia. Kalau tidak sudah tentu putrajaya jatuh ketangan pembangkan
pada PRU 13 lepas.
Atas sebab itu Najib mahu tidak mahu memasukkan bajet BRIM
dalam belanjawan Negara 2014 yang dibentangkan tahun lepas.
Itulah perkiraan Mohd Najib. Sebab itu dia berkata saya
tahulah nak tolong rakyat. Bukan itu sahaja, malah surat menyurat berkaitan
pembangklang baucer BRIM seluruh Negara,
Najib sendiri yang tanda tangan.
No comments:
Post a Comment