Mangapa penulis ucap tahniah kepada JPJ Kuala Terengganu.
Hendak tahu? Pasti orang Kuala Terengganu sudah sedia maklum apa perihalnya.
Penulis ucap tahniah kerana JPJ Kuala Terengganu sangat
bagus sehingga buat orang yang ada urusan terpaksa menunggu sampai dua jam
lamanya.
Kalau nak dapat cepat sikit terpaksa pergi turun dari rumah
jam 7 atau 8 pagi kerana orang belum ramai lagi.
Seperkara lagi. Orang makan gaji yang nak baharu lessen atau
cukai jalan terpaksa ambil cuti satu hari,
kerana terpaksa menunggu, kadang
kadang sampai 3 jam lamanya.
Atas sebab itulah penulis mahu mengucap tahniah kerana terlalu bagus perkhidmatannya
berbanding dengan sebelum ini.
Sebelum ini nombor giliran dibuat orang nak ambil cukai
jalan suku dan nak baharu lessen suku, tetapi hari ini nombor giliran dibuat
sekaligus.
Bagi warga emas tersangat sukar kerana terpaksa menunggu
begitu lama hingga berjam jam baru dapat giliran yang panulis kata sangat
bagus.
Sekali lagi penulis ucap tahniah kerana bagus untuk memudahkan orang ramai yang berurusan
yang berkaitan dengan kenderaan, terutama sekali bagi warga emas yang lemah dan
sedikit uzur.
No comments:
Post a Comment