Wednesday, August 20, 2014

Pemimpin tertinggi PAS juga mahu Hadi Letak jawatan?

Membaca tajuk diatas pasti ia prejudis. Akan tetapi apa yang penulis Nampak mungkin ramai yang tidak Nampak.

Penulia dengan nyata apabila DatukSeri Haji Abdul Hadi Awang buat pendirian mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Apa kata Mohammad Sabu orang nombor dua dan rakan rakannya. Mereka tidak setuju dengan pendirian yang dibuat oleh presiden.

Nampak dengan jelas bahawa mereka tidak setuju dengan presiden mereka dan sebalik sangat setuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu tukar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan isteri sebagai menteri besar baru Selangor.

Setelah untuk ada suara yang mahu Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang “letak jawatan”. Ini menunjukkan bukan sahaja orang luar yang mahu peresiden PAS sekarang letak jawatan malah orang dalam sendiri dah tak mahu Haji Abdul Hadi pegang jawatan presiden PAS.

Penulis tidfak hairan jika orang umno yang buat mulut agar haji abdul Hadi Awang letak jawatan, tetapi tersiratnya orang dalaman sendiri pun sudah tidak mahu presidennya kekal sebagai presiden.

Bukti yang sangat nyata, PAS pusat dengan sebulat suara cadang dua nama calon menteri besar Selangor Dr Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali, tapi pada mesyuarat PR Mohamad Sabu setuju dengan Pakatan bahawa calon menteri besar hanya satu nama sahaja.

Ini menunjukkan sudah belaku pukulan hebat bukan sahaja pada presidennya malah terhadap partinya sendiri bahawa timbalan presiden ketika dalam mesyuarat  pakatan rakyat setuju dan hormat dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tak hormat dengan presiden dan partinya sendiri.

Ini juga merupakan suatu tindakan yang sangat tidak patuh dilakukan oleh seorang timbalan presiden jika tidak ada agenda tertentu.

Yang pasti Mohammad sendiri mahu supaya presidennya letak jawatan. Kalau tidak mana mungkin belaiu langgar keputusan sebulat suara parti yang dibuat bersama pada mesyuarat parti 17 ogos itu.

Ahli jawatankuasa  professional PAS pusat kelihatan mahukan Abdul Hadi di tukar kepada Mohammad Sabu, sesuai dengan PAS yang telah dilebalkan beberapa orang penganalisis politik Negara sebagai pas moden dan dah tak sesuai lagi berketuakan seorang  ulamak.


Rupa rupanya sudah sekian lama bukan  orang umno sahaja yang tak mahu Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pegang jawatan presiden, malah orang pas sendiri pun demikian.


9 comments:

Anonymous said...

Bukan Mat Sabu lawan ketua pun. Cuma kalau TGHA nak letak jawatan, tiada siapa yang menghalang. UMNO paling suka kalau TGHA kekal sebagai pemimpin tertinggi kerana TGHA bukanlah pemimpin pas yang digeruni. Terengganu dan Kedah yang dipegang PAS dengan mudah dirampas semula oleh UMNO dan BN. Bukti tidak cekapnya TGHA mentadbir anakbuahnya.

Anonymous said...

TGHH kebelakangan ini dilapurkan tidak sihat dan sering mengeluarkan kenyataan yang dirasakan bukan datang dari diri beliau.Oleh kerana itu amat wajar jika beliau melepaskan jawatan untuk kebaikan beliau dan parti.

Anonymous said...

kenapa tulisan ini ada bau longkang mulut ug?

Anonymous said...

Analisis syok sendiri

mamat said...

PAS dah masuk perangkap dan terjerat

Anonymous said...

Hanya yang suka PAS hancur sahaja suka mengeluarkan kenyataan gila bagi yang setia dengan PAS memang mereka mahu PAS undur kebelakang sebab semuaya kena dengar dari mulut presiden saja walaupun terpaksa terjun longkang,maka inilah jadinya pada ahli bawahan kita kena ikut cakap ketua tapi bila ketua tidak mahu dengar suara ramai bagaimana pula jadinya.Akhir kalam musnah semua.

Anonymous said...

TGHA mestilah melepaskankan jawatannya jika sekiranya PAS nak terus dihormati dan disegani.. Memang betul dalam tempoh beliau memegang presiden, 2 negeri Kedah dan T'ganu kena ambil balik. Kelantan pula hampir terlepas dan Perak pula kena ragut depan mata. Tak taulah jika masih ada ahli2 atau pemimpin2 parti itu masih walak... dan beranggapan yang presiden mereka hebat.

Anonymous said...

Perlu diingat... di dalam kita berjemaah, peraturan dan undang-undang yang sama-sama diwujudkan hendaklah dipatuhi. Jangan harapkan pengikut sahaja yang perlu patuh kepada pemimpin.. pemimpin juga perlu patuh kepada sistem berjemaah. Dalam soal-soal yang memerlukan syura... maka pemimpin hendaklah bersyura terlebih dahulu barulah keluarkan kenyataan media... bukan pantang ditanya.. terus keluar pendapat dan kenyataan peribadi yang kalau berbetulan dengan mesyuarat AJK dan syura alhamdulillah... tapi jika bercanggah sepertimana yang berlaku di dalam isu MB Selangor.. kan menjadi parah sampai sekarang. Tambah-tambah lagi ada pimpinan yang tidak matang di dalam berpolitik.. kerana orang luar (TSKI) seorang... sanggup untuk memecat ahli sendiri dan bermasam muka sesama Pakatan dengan mengeluarkan kata-kata yang amat jijik ... di mana Islam yang anda perjuangkan??? kerana Allah mengutus ar Rasul adalah salah satu tujuannya ialah untuk memperelokkan AKHLAK...

Anonymous said...

Kalau rasa nak beradab dlm jemaah.. tolong jgn perlekeh ketua sendiri di khalayak.. kalau mat sabu ganti TGHH, aku org yg pertama kuar PAS walaupun aku ahli seunur hidup ..