Thursday, July 30, 2015

Mat Sabu dan rakan rakan tak malu ke



Penulis sangat menghormati Mahyuddin Yassin, kerana tak mengamuk malah tetap setia dengan umno dan redha walaupun dipecat dalam kabinet Najib.

Bayangkan, hilang jawatan timbalan perdana menteri dan hilang jawatan menteri pendidikan.Pendek kata hilang segala segalanya dan tidak ada cam lagi untuk kekal dalam umno walaupun masih setia dan redha.

Tidak macam Mohammad Sabu Timbalan presiden PAS ( mat sabu)  dan rakan rakannya yang kalah dalam pemilihan muktamar tahunan ke 62 tidak lama dahulu mengamuk sakan sehingga tergamak nak tubuh parti baru.

Sesungguhnya tindakan Mat Sabu dan rakan rakanya itu boleh disifatkan sebagai  mengkhianati  PAS yang diperjuangkan selama ini.

Apakah Mat Sabu dan rakan rakanya  tak malu ke dengan Tan Sri Mahyuddin Yassin seorang  tokoh  yang berjuang atas dasar kebangsaan boleh setia dan redha dengan apa yang berlaku keatas dirinya.

Tan Sri Mahyuddin boleh redha dan setia dengan parti miskipun telah dipecat, sedangkan Mat Sabu dan rakan rakannya yang mendadik dada berjuang atas dasar Islam tak boleh redha, sebaliknya menjadi pengkhianat dengan parti yang mereka dukung selama ini.


23 comments:

Anonymous said...

Haji hadi yg patut malu kerana bersekonkol dgn najib, begitu lah maruah Pas hari ni, dah tau penyelewwngan perlu ditangani dgn amanah, namun demi nak sekongkol hadi buat macam semuanya betul, malu lah dgn Allah wahai ulamak!

Anonymous said...

macam gampanggg.

ibnu zambri said...

Assalam...Gulungan ni kalah kerana senarai cai..yang di buat oleh puak ustaz. Parti Islam ni berpuak2 pula. Adakan Islam menganjurkan berpuak2 dan bila duduk dlm satu jemaah kita seharusnyan tulong menulong, bersatu padu. Ini pula ada hasat dengki, berpuak-puak dan pileh kasih. Memileh pemimpin bukan melihat ke bolehan mereka dan pengelaman mereka. Akan hancur parti jika berpuak-puak macam ni dan tiada mendapat sokongan rakyat. ws

ibnu zambri said...

Assalam...Gulungan ni kalah kerana senarai cai..yang di buat oleh puak ustaz. Parti Islam ni berpuak2 pula. Adakan Islam menganjurkan berpuak2 dan bila duduk dlm satu jemaah kita seharusnyan tulong menulong, bersatu padu. Ini pula ada hasat dengki, berpuak-puak dan pileh kasih. Memileh pemimpin bukan melihat ke bolehan mereka dan pengelaman mereka. Akan hancur parti jika berpuak-puak macam ni dan tiada mendapat sokongan rakyat. w

Anonymous said...

Sembang... cuba kalau hadi kalah dan ug tumbang.

hazri abdullah said...

Komentar dari Geng PasCai ke nie!!

Borhan Sharif said...

Tindakan GHB adalah atas kehendak rakyat yang benar 2 mahu menumbangkan BN.

PAS dah tak boleh bersama PR, maka wajarlah kita wujudkan GHB untuk insan yang benar benar mahu menumbangkan BN.

Harapkan PAS, mereka nak sesangat di satukan dengan UMNO. Sekarang ni tengah memuji muja.

Harap rakyat yang benar benar mahu menumbangkan BN, segera bersama dengan mana mana parti dalam naungan PR2.

Anonymous said...

tsmy tak dituduh jebon atau ketua jebon. dia sebenar ada stand x skg pm. tapi tok lebai skg pm. siapa patut malu weh.

Anonymous said...

tsmy tak dituduh jebon atau ketua jebon. dia sebenar ada stand x skg pm. tapi tok lebai skg pm. siapa patut malu weh.

Anonymous said...

Mat sabu dah byk Kali kalah dah sblm ni pun. Tak keluar parti pun malah antara penceramah yg paling kerap serata Malaysia. Nak harapkan puak-puak ketayap Ustaz macai haji Hadi berceramah mcm mat sabu lak. Selepas Tuan Guru Haji Nik Aziz bermulalah penyingkiran puak2 bukan Ustaz. Nak tengoklàh golongan hebat dlm agama berceramah isu2 nasional, sosial, ekonomi, dsbnya lebih dr mat sabu and the geng. Àgaknya blh tak puak ustaz ni kemukakan fakta2 mcm rafizi kemukakan. Puak ustaz kan hebat.....

Anonymous said...

perbandingan yg tak kena bro...

Anonymous said...

Mahyuddin tak hilang pun jawatan Timbalan Presiden

Anonymous said...

Yg nak ber ug sangat dgn umno tu apa bukan pengkhianat

Anonymous said...

Saudara Borhan,

Betul ke penubuhan GHB (Gerakan Harapan Baru) ni atas kehendak dan desakan rakyat? Saya rakyat...keluarga saya rakyat....kawan-kawan saya di Selangor, Kedah & Perak adalah rakyat....mereka pengundi...anda juga pengundi....yang tubuh GHB tu Mat Sabu & kawan-kawan...semua politician....semua nakkan jawatan, pangkat dan pengaruh....bukti? Terbentang luas...tepuk dada tanya diri sendiri.........kalau kentut, susah sangatke nak mengaku? Apa beza Bijan, Hadi, Anwar dan Mat Sabu? SEMUA SAMA!!!!

mamat said...

mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh redha dan setia dengan parti setelah dipecat. Mungkin dia dan keluarga jadikataraya dan habis makan dan mengapa Mat Sabu dan rakan rakannya memperjuangkan Islam tidak boleh tedha dan setia dengan Parti selepas kalah teruk dalam pemilihan.Mungkin mat Sabu belum kayaraya dan bercita cita nak jadi jadi ketua. Allah menyatakan, sabar itu segala galanya, malah orang yang sabar dijanjikan dengan kemenangan. mengapa tidak boleh bersabar buat semantara waktu macam Tuan Ibrahim tuan man, dua kali kalah itu.itu kan ajaran islam.sah tak ikut ajaran Islam yang Rasulullah SAW ajar

Anonymous said...

Setuju.PAS ulama yg jadikan agama sebagai alat.Mereka ta tahu mentakbir negara cuma pandai mengkafirkan orang yg lain fahaman.

Seolah kunci surga milik mereka.

Kegagalan mreka perintah Kelantan akan di persalahkan kpd UMNO walau Kelantan penerima bantuan kerajaan pusat terbesar.

Salah takbir dan kemiskinan Kelantan di salahkan kpd Royalti minyak. Memang perjanjian sebut perairan Kelantan.

Tetapi bagaimana kalau bertindih dgn laut Thailand

Anonymous said...

Kota ta mahu parti yg gagal naikkan gaji guru2 PASTI dan tolak bijak pandai yg ta ada ijazah agama.

Silap2 golongan macam Rafizi pun layak paaang bendera saja dlm PAS

Anonymous said...

Mat Sabu dan Mujahid berani letak jawatan.Tp ustaz2 PAS ta berani

Anonymous said...

Mereka ini dibuang setelah melalui kempen yang panjang. Ada yang mengatakan 18 bulan pasca muktamar 2013 hingga 2015 kempen non stop dilancarkan untuk membuang mereka. Sebenarnya tidak. Sebelum itu lagi. Sejak pemilihan tahun 2009 lagi.

Mereka ini dilihat menentang UG atau Kerajaan Perpaduan dengan PAS - Umno. Sebenarnya UG ini tidaklah sama maksud dengan apa yang Presiden lontarkan pada tahun 2009. Presiden TGHA lontarkan UG yang menggabungkan kesemua parti politik termasuk PKR dan DAP untuk buat perubahan dalam kerajaan.

Anonymous said...

muhyidin tidak dihina dan dimaki...apa laa mangkokk nii

Anonymous said...

apa yang ditulis menggambarkan apa yang dihajati. Perjuangan mendaulatkan islam dan dibawah sepakat ulamak adalah ajaran islam. Membuat keputusan sendiri melalui pecahan tanpa sepakat ulamak adalah luar budaya islam. Memperlekehkan ulamak juga memperlekehkan Islam. Setuju ke tidak ini suatu kenyataan. Apa pun pangkat dalam GHB atau dap juga akan tertakluk kepada ketentuan Allah.

Anonymous said...

dah kalah pemilihan buat cara orang kalah je. Jangan ikut rentak penggodam Islam. Lupa ke sepakat ulamak dalam menjalankan hukum islam. Suka gila kah dengan sepakat ketua anti hudud?

Wan Rosli said...

Bila plk nak keluar PAS..