Tuesday, July 7, 2015

Siapa yang makan lada



Tidak semua lada pedas. Ada juga lada yang tak pedas. Jadi perumpamaan siapa yang makan lada dialah yang merasa pedas suatu lafaz umum bukan khusus, kerana tak semua lada pedas. Ada yang pedas dan ada yang tak pedas. Yang tak pedas boleh dibuat ulam.

Berbeza dengan lafaz salakan atau menyalak. Perkataan meyalak adalah lafaz khusus ditujukan  kepada haiwan yang bernama anjing. Lembu, kambing, kerbau dan harimau tak menyalak.

 Yang menyalak hanya anjing sahaja.Oleh itu tidak perlu sesiapa yang cuba mengatakan Haji Hadi Awang tidak sebut pun nama anjing atas alasan untuk membela dan kononnya kasar.

Menyalak lafaz bahasa Melayu, maka mereka yang makan lada dialah yang merasa pedas dan terasa  tersangat hina  apabila telah dibandingkan dengan lafaz menyalak dan biarlah mereka menyalak.

Kecuali yang tak fasih  dengan bahasa Melayu sudah pasti tidak memberi apa apa kesan dan makna dengan lafaz tersebut.

Timbalan presiden dan ketua Dewan ulamak pas cuba sedaya upaya mengatakan presiden tak sebut pun anjing.

Sama ada sebut atau tidak sebut lafaz menyalak itu adalah lafaz khusus anjinglah tu bukan lafaz umum yang boleh berbeza tanggapan  yang mendengarnya.

Pada penulis perumpamaan yang dibuat oleh Haji Hadi Awang ketika berceramah tempoh hari (jika berita itu benar) suatu yang bertepatan dan sesuai dengan masa dan ketika kerana Allah pernah buat perbandingan seumpama dalam Al Quran yang bermaksud:

“Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.  Amalaht buruk bandingan orang orang yang mendustakan ayat ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri sendiri” (Surah al-A’raf: ayat 176-177)

Tidak ada yang berani mengatakan perumpmaan yang Allah buat itu tidak bagus dan buruk, kecuali orang orang kafir sahaja yang terasa hina dengan bandingan tersebut.

Demikian juga dengan  perumpamaan yang dibuat oleh presiden.Presiden Pas pernah membaca ayat Allah  ini dalam siri ceramahnya di seluruh  pelusuk Negara sebelum ini.Bukan setakat perbandingan yang buruk buruk malah Allah juga ada memerintah orang orang beriman , maka seranglah mereka apabila mereka  menyerang kamu,Allah memerintah bunuhlah mereka, tetapi jangan melampaui batas.

 Penyokong yang dengar tak pun giling kepala dengan perbandingan Allah tadi.Yang pasti musuhnya sahaja yang terasa dan terpanggil membuat pelbagai komen untuk memburuk buruk nama baik seorang ulamak.Hari ini orang PAS yang kalah  tak enak  dengan bandingan seumpama itu kerana terkena kepala sendiri.

Ada yang mengatakan sangat tak patut lafaz itu keluar dari mulut seorang ulamak. Sebab, itu adalah lafaz buruk. Akan apabila lafaz buruk yang dari Mulut Muhammad Sabu dan rakan rakan sedap berlaka hatta menghina ulamak dianggap baik dan tidak memalukan Islam.

Muhammad Sabu dalam banyak siri ceramahnya suatu ketika dahulu pernah menggunakan bahasa yang kasar dan buruk terhadap Dr Mahathir .sedangkan Allah larang helar mengelar sesama manusia dengan gelaran yang buruk buruk.

Lafaz itu bagi penulis adalah suatu lafaz khusus yang sangat kasar dan tak patuk keluar dari mulut seeorang pemimpin parti pas dan memalukan Islam dan parti PAS itu sendiri.
Akan tetapi tidak ada orang pas yang bangun buat komen. Ini menunjukkan mereka setuju Mohammad Sabu menggunakan bahasa yang kasar dan kesat terhadap musuh.

Pada penulis, lafaz tersebut merupakan suatu lafaz yang sangat tidak patuk, malah sudah melampaui batas, sedangkan dalam peperangan bunuh membunuh,  Allah meminta  kalangan  orang orang yang beriman, janganlah kamu melampaui batas.

Pada penulis lafaz menyalak itu adalah suatu lafaz yang lunak dan wajar digunakan oleh presiden PAS, kerana mereka yang duduk dalam satu kapal cuba sedaya upaya menggelamkan bahtera PAS yang akan mendaulat islam di Negara ini.




7 comments:

Unknown said...

pil kuda berapa satu biji bang

Unknown said...

kata orang bukan main lagi kena bawa saksi kena tang dia mana saksi main sedap je bedal kata orang jual pil kuda,

Anonymous said...

Ni seorang lagi yg makan cili........tghh cakap secara umum tak tuju kat sesiapa pun yg kau tersa pedas sapa suruh !

Anonymous said...

I think this is one of the most vital info for me. And i'm glad reading your article.

But wanna remark on few general things, The web site style
is wonderful, the articles is really excellent :
D. Good job, cheers

Here is my blog :: fotograf wroclaw

Prince of Noob said...

mendalam betul maksud artikel ni. btw done follow u, follow mine too - Noob

IrWrWs said...

Yey... dah ada parti baru.. Parti Gerakan Harapan Barua..

Anonymous said...

sesia hidup selama berpuluh tahun..berjuang dalam pas yang dikatakan perjuanagn islam..tetiba dipukul hina oleh pejuang itu sendiri..mau menubuhkan perjuangan baru...mana nak letak air muka beb?